Assalamualaikum readers, nak update sikit perkembangan my anak dara Sufi Insyirah. Sufi hujung bulan December ni nak masuk 4 tahun, so kami suami isteri dah daftarkan Sufi di sekolah paling dekat dengan rumah kami,di Pusat Asuhan Tunas Islam [PASTI]. Inshallah bulan Januari 2014 nanti bermulalah sesi persekolahan yang pertama dalam hidup anak dara aii. Setiap hari Sufi tanya bila nak sekolah ni ibu.. bila nak pakai baju sekolah ni..~ teruja agaknya nak belajar itu ini kan.
kawan² aii selalu ingat Sufi ni dah 5 tahun atau 6 tahun sebab badan dia agak dewasa berbanding usia, gen kot mak ayah dia pun 'besaw' hihi

Jadi aii layankan aje minatnya tu asalkan tak memudaratkan. Semuanya nak tema Barbie Princess.. semuanya nak pink. Jadi hari Deepavali tu kami ke GM Klang untuk shopping barang² Sufi sahaja~ Memang senang nak dapat apa yg kita listkan bila kat GM Klang tu sebab semua dah ada, syukurlah tak payah pening² kepala dah melayan karenah anak dara sorang ni. Siapa ber 'anak dara' tu,faham sangatlah khen karenah diorang ni,till then,wassalam.
Ini obses baru Sufi Insyirah~
biasa la..nme pon girl..memang akan obses punye dengan wrne pink..hehe
ReplyDeletebetuii tu dik..=)
Delete