[VIDEO] Pertemuan menyentuh hati emak -anak 'kenapa mak buang Mat Nor...?'



MEK Yah dan AC menangis ketika dipertemukan, semalam.
Kuala Lumpur: “Kenapa emak buang Mat Nor? Emak tak ada niat macam tu nak... emak mintak maaf. Macam-macam orang buat pada Mat Nor. Sabarlah nak, nanti Tuhan balas.”

Itu antara dialog awal diungkapkan dengan diiringi esak tangis dan juraian air mata oleh pemuda cacat yang dipaksa mengemis, Mohd Nor Abdullah dan ibu kandungnya, Mek Yah Yusuf, ketika dipertemukan semalam, selepas terpisah sejak 17 tahun lalu. 

Pertemuan menyentuh perasaan itu yang diaturkan Harian Metro dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) berlangsung di pejabat jabatan itu di Jalan Pahang, di sini, jam 2.30 petang semalam. 

Kisah Mohd Nor, 21, yang dijaga lebih 20 keluarga angkat sejak berusia empat tahun dan dipaksa mengemis oleh keluarga angkatnya yang terakhir pada Oktober lalu, disiarkan Harian Metro, Selasa lalu dan kelmarin.

Sejak melarikan diri daripada keluarga angkat terakhirnya, dia yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan hidup menumpang di rumah rakan dan pihak yang bersimpati kepadanya di Taman Wahyu, di sini, buat sementara waktu.

[VIDEO] Pertemuan menyentuh hati emak -anak 'kenapa mak buang Mat Nor...?'





Johan As’ari & Lana Nordin Bercinta~ bakal berkahwin?



Johan As’ari & Lana Nordin Bercinta

Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.Mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin.

Johan As’ari juga percaya & yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.

“Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” jelas Johan As’ari.

Lana Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan As’ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri hidupnya. sumber http://www.bharian.com.my







Pasangan pengantin remaja ini akhirnya bercerai~


mohd. fahmi dan Fazira ketika saat bahagia mereka 
selepas dinikahkan di Padang Serai, Kedah tahun lalu.

Dua remaja yang pernah menggemparkan negara kerana berkahwin muda mengumumkan mereka telah pun bercerai dengan talak satu kerana tiada persefahaman lagi antara mereka.

Mohd. Fahmi Alias, 19, dari Kampung Naga Lilit di sini mengakui usia rumah tangganya tidak sampai setahun apabila mengesahkan dia telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Nor Fazira Saad, 13.

Lelaki yang bekerja kebun bersama bapanya itu berusia 18 tahun ketika dia berkahwin dengan Fazira yang ketika itu berusia 12 tahun.

“Jodoh kami tidak panjang, tidak sampai setahun. Saya ambil dia cara elok jadi saya lepas cara elok," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, kes rumah tangganya menjadi runcing kerana ada pihak lain cuba memporak-perandakan rumah tangganya mereka setelah isterinya mula bekerja di pekan Padang Serai.

“Dulu saya pernah berjanji untuk bertanggungjawab malah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik tetapi keadaan menjadi sebaliknya,” katanya.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Kampung Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November tahun lepas. sumber http://www.kosmo.com.my




Hebatnya hasil seni landskap dari makanan




'Foodscaper'  iaitu mewujudkan adegan yang menakjubkan dengan menggunakan gula-gula , buah-buahan dan sayur-sayuran. Artist Carl Warner menghabiskan masa berminggu minggu bermain dengan makanan untuk menghasilkan seni  landskap ini. Gambar-gambar seni dari makanan ini akan dipamerkan di pameran pop-up di Ripley Percaya atau Tidak ! [Ripley's Believe it or Not] di London. sumber http://www.dailymail.co.uk 













[VIDEO] Rozita Che wan ~ Zain Saidin sahkan nikah 11 Disember ini , tajaan RM13juta~



Zain Saidin & Rozita Che Wan 
Setelah hampir empat tahun menyemai kasih, pasangan selebriti popular, Zain Saidin & Rozita Che Wan mengambil keputusan untuk memilih tarikh 11 Disember 2013 untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.


Pasangan popular ini terlebih dahulu telah mengadakan majlis merisik bertempat di Carcosa Sri Negara pada 29 September 2013 lalu. Majlis merisik telah berlangsung pada pukul 3.00 petang dan disaksikan seramai 60 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.


Terdahulu pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi pra-perkahwinan di beberapa lokasi menarik sekitar Eropah dan Bali. Bagi melengkapkan majlis yang bakal diadakan secara gilang-gemilang ini, mereka telah banyak menerima tawaran daripada ramai pihak yang sudi menaja.

Tonton Video Save The Date Zain Saidin~ Rozita Che Wan




Kesemua majlis seperti berinai, akad nikah dan bersanding akan diadakan di Shah Alam. Majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 10 Disember 2013. Majlis tersebut dijangka akan bermula sekitar jam 8.00 malam.


Seterusnya pasangan ini bakal dinikahkan keesokan harinya, 11 Disember 2013 di Gazebo Setia City Convention Centre, selepas solat Maghrib sekitar jam 7.30 malam.Astro Ria adalah penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan. (rtky/hfz)


Gelaran Wedding of the Year 2013 boleh diberikan kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Mereka sudah berbelanja lebih RM200,000 untuk barangan hantaran sahaja namun ini ada informasi tentang kos keseluruhan.

Dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro, Zain Saidin berkata yang hantaran berjumlah RM100,000 kepada Rozita Che Wan adalah hasil kerja keras beliau sepanjang tahun manakala sebahagian besar kos RM1.21 juta untuk perkahwinan mereka datang dari tajaan.

“Saya terharu apabila banyak pihak sudi menaja hari bahagia kami & pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak yang sudi menaja majlis berinai, akad nikah dan resepsi kami,” ujar Zain Saidin.


Zain Saidin turut berkata yang beliau menyerahkan RM100,000 kepada Rozita Che Wan untuk membeli apa sahaja yang dihajati kerana ingin melihat bakal isterinya itu berpuas hati dan dalam masa yang sama membelikan barang hantaran untuk dirinya di London & Paris.sumber http://www.rotikaya.com


Wedding of the Year 2013

Perkahwinan Janda termahal,dapat tajaan RM13 juta

Majlis perkahwinan pelakon Rozita Che Wan bersama pasangannya pelakon sensasi, Mohamad Zain Mohd. Saidin bulan depan mencatat sejarah tersendiri dalam dunia hiburan tempatan apabila ia mendapat tajaan berjumlah RM13 juta.

Rozita atau lebih sinonim dengan panggilan manja Che Ta, 40, bakal melangsungkan perkahwinan paling mahal dalam sejarah tanah air yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini pada 11 Disember depan.

Beliau berkata, syarikat barangan kemas terkenal Habib Jewels merupakan penaja utama apabila sanggup menaja set barangan kemas berjumlah RM10 juta untuk perkahwinan tersebut.

Katanya, barangan kemas Habib Jewels itu akan diperagakan semasa majlis berinai, akad nikah dan resepsi.

Penajaan lain bernilai RM3 juta adalah daripada 27 pihak lain yang sudi memeriahkan perkahwinan pasangan tersebut.

“Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu rezeki.

“Kami memang tidak menyangka apabila ramai pihak sudi untuk menjadi penaja.

“Pada awalnya kami cuma merancang untuk mengadakan majlis yang ringkas, misalnya upacara akad nikah pun sudah memadai.

“Mungkin dengan pelbagai tajaan yang diterima ini membuatkan majlis ini kelihatan besar dan meriah,” katanya pada sidang akhbar di SCCC semalam.sumber http://www.kosmo.com.my



Baca lagi entry berkaitan :




Kisah menarik Lee Ann Ellison yang mencetuskan pelbagai tanggapan ~




Siapa wanita ini , Lee Ann Ellison ?
Lea -Ann Ellison , 35, mencetuskan kemarahan ramai pihak  selepas menghantar gambar-gambar di akaun Facebooknya. Beliau mencetuskan pelbagai perdebatan  apabila dia  menayangkan gambarnya yang sedang sarat hamil lapan bulan sedang melakukan aktiviti sukan angkat berat! Ini antara gambar-gambarnya yang telah mengundang banyak komen  marah dan memaki hamunnya dilaman internet ~



Foto yang mencetuskan lebih 16,000 komen dan liputan media antarabangsa

Bagaimanapun, Ellison dan keluarganya menjadi semakin popular setelah melahirkan anak ketiganya Skyler,beliau yang telah mengisytiharkan mahu menjadi ' Hot Mama ' , melahirkan anak lelakinya Skyler pada 7 November di rumahnya sendiri  menggunakan kaedah  kelahiran dalam kolam . Ini sekaligus memberi tamparan dan tanggapan berbeza kepada para  pembencinya di Facebook sebelum ini , Skyler lahir sihat dengan  berat £ 7 dan tiga auns.


Keluarga: Lea -Ann dengan suaminya Shane , anak Blair , anak perempuannya dan seorang bidan sebelum kelahiran


Kejayaan: Bayi Skyler tidak lama selepas dia dilahirkan.  Ellison telah kembali kepada rejim CrossFit beliau

BERSENAM KETIKA  MENGANDUNG : TINDAKAN BODOH  ATAU SELAMAT ?

Setelah melahirkan Skyler, Ellison  kembali ke gimnasium dan melakukan  rejim CrossFit beliau, sistem latihan yang dicipta 13 tahun lalu dan kini digunakan oleh beribu-ribu gimnasium di seluruh dunia.

Royal College of jurucakap Bidan Janet Fyle berkata : ' Jelas sekali kita tidak memberi nasihat kepada wanita hamil untuk mengambil angkat berat jika mereka tidak pernah melakukannya sebelum ini, tetapi jika dia sudah biasa melakukannya untuk latihan itu OK.'

' Kami selalu berkata jika wanita menunggang basikal atau pergi ke gym sebelum mereka hamil mereka boleh terus berbuat demikian , mereka hanya perlu memberitahu pengajar mereka yang mereka mengandung dan kemudian mereka boleh menyesuaikan latihan.'

' Saya faham mengapa orang mungkin bimbang'

' Saya seorang peminat CrossFit tetapi saya TIDAK mengesyorkan ia langsung . Doktor sentiasa mencadangkan untuk tidak mengangkat berat kerana ia mungkin  boleh memutuskan plasenta dan menyebabkan kerosakan kandungan dan mungkin keguguran ...'

' Jumlah yang berat diangkat di atas kepala adalah amat berbahaya semasa mengandung. Ini sepatutnya  adalah hobi , bukan satu keperluan untuk hidup. Ia menjadi tidak sedarkan diri kepada bahaya realiti. '

Ellison digambarkan mengangkat kettlebells berat di atas kepalanya hanya beberapa minggu sebelum beliau dijangka melahirkan. sumber http://www.dailymail.co.uk






Jovian Mandagi & Nina Ismail Sabri bakal nikah 11.12.2013



Jovian Mandagi & Nina Ismail Sabri 
Jovian Mandagi dan Nina Ismail Sabri memilih tarikh 14.12.2013 sebagai majlis resepsi perkahwinan mereka dan  dilaporkan bahawa majlis pernikahan mereka berdua bakal berlangsung pada 11.12.2013 di Muzium Diraja Istana Negara lama kira-kira jam 3 petang.

Pasangan sama cantik sama padan ini akan mengenakan tema tradisional Melayu dan Jawa. Jovian yang mempunyai darah keturunan Jawa telah pun melamar Nina pada 14 Februari lalu. Untuk makluman, majlis resepsi 14 Disember di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur adalah untuk sebelah pengantin perempuan, manakala pada esok harinya akan diadakan majlis untuk pihak lelaki di hotel yang sama.Tahniah pada mereka berdua.sumber http://beautifulnara.com






12 Lagu yang berjaya ke peringkat akhir AJL28



Barisan finalis yang berjaya ke peringkat akhir AJL28 

12 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas berentap di pentas separuh akhir Muzik Muzik 28 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Jumaat.

Lagu-lagu yang layak ke AJL28 yang akan diadakan pada 26 Januari hadapan terdiri daripada Penglipurlara (Hazama), Takkan Terpisah (Black), Bahagiaku Deritamu (Hafiz Suip), Aku Pelat (Salam Muzik), In Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan), Bosan (Stacy), Kalau Aku Kaya ( Awi Rafael & Altimate), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Sahabat (Najwa Latiff), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) dan Kau Yang Terindah (Alyah).

Separuh akhir Muzik Muzik 28 minggu ketiga ini turut menyaksikan persembahan daripada Kembali (Akim & Stacy), Anugerah Hidup (Estranged), Dwihati (Yuna &Aizat Amdan), Rumah Kita (Hujan) dan Jagalah Diri (Jaclyn Victor).

Muzik Muzik 28 minggu ketiga turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Cat Farish, Damien, DJ Fuzz, Mimie (One Nation Emcee) dan Waris.

Program ini telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut yang bermula 8 November dan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2013.

Kesemua lagu diadili oleh barisan juri profesional iaitu Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli MS selaku ketua juri.
sumber http://mstar.com.my


Rakyat Malaysia jadi mangsa dera di London



Gambar wanita Malaysia yang dipercayai menjadi hamba
selama 30 tahun di London yang dirakamkam BBC.
Rakyat Malaysia jadi mangsa dera di London

PETALING JAYA: Mangsa kes perhambaan di Lambeth yang melibatkan seorang wanita Malaysia berusia 69 tahun dan dua yang lain sering dipukul sebelum ini, dedah Polis Metropolitan dalam satu sidang akhbar, Jumaat.


Menurut laporan media British, mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".


Pihak polis telah dipetik sebagai berkata mereka perlu mengetahui apakah "gari yang tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.


Tiada bukti penderaan seksual, kata mereka, sambil menambah, ketiga-tiga mangsa dan dua suspek akan muncul sebagai sebuah keluarga yang normal apabila berdepan dengan orang luar.


Pihak polis juga berkata bahawa tidak ada bukti yang mangsa telah diperdagangkan.


Pada masa ini, kedua-dua suspek yang berusia 67 tahun, seorang lelaki dan seorang wanita masih belum pulang ke rumah mereka di Lambeth.


Mereka juga didakwa dengan kesalahan berkaitan imigresen dan sebelum ini ditangkap pada tahun 1970 atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Terdahulu, salah seorang daripada mangsa menghubungi Freedom Charity dan mendakwa dia telah dijadikan hamba dan haknya untuk bergerak bebas telah disekat oleh dua individu.


Freedom Charity merupakan sebuah persatuan yang membantu golongan muda memahami apa itu paksaan dalam perkahwinan serta keganasan dalam rumah tangga.

Polis berkata mangsa menghubungi persatuan tersebut selepas menonton dokumentari di televisyen yang memaparkan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh persatuan berkenaan.

Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem memberitahu media Britain bahawa wanita warga Ireland berusia 57 itu telah menghubungi persatuan itu.


"Saya rasa mereka semua melihat saya dalam berita dan membuat keputusan untuk menghubungi kami kerana dalam rancangan tersebut saya memberi galakan supaya mereka menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan," kata Prem merujuk kepada panggilan yang dibuat oleh mangsa.


Dia menyifatkan layanan yang diterima mangsa sebagai ‘tidak berperikemanusiaan’.Dia turut mendakwa wanita berkenaan turut mengalami penderaan fizikal dan emosi. 

sumber http://www.mstar.com.my/


UPDATED 27 NOV 2013

Keluarga Mangsa Dera di London, Siti Aishah Dedah Kisah Silamnya 

Sebuah keluarga dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Kamar Mautum Abdul Wahab, bekas guru berkata, beliau yakin kakaknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.



Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.

Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.

“Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

“Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya kepada akhbar British itu.

Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.


Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.  Sumber The Malaysian Insider


UPDATED 28 NOV 2013

Keluarga sahkan itu Siti Aishah


Jelebu: “Kami sangat bersyukur apabila dimaklumkan wanita itu adalah ibu saudara saya yang hilang 30 tahun lalu. Malah berita baik ini disahkan ibu saudara di London,” kata Siti Zawiyah Othman, 55, anak saudara wanita Malaysia yang menjadi hamba selama 30 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab, 69, yang hilang selepas melanjutkan pelajaran di United Kingdom (UK) pada 1968.

Siti Zawiyah berkata, keluarganya dimaklumkan kakak Siti Aishah iaitu Kamar Mahtum, 73, yang kini berada di London untuk proses pengecaman.

“Keluarga menerima panggilan daripada Kamar pagi tadi (semalam) memaklumkan wanita itu adalah saudara kami yang hilang.

“Selepas menerima berita itu, saya kemudian memaklumkan kepada ibu, Hasnah, 88, kakak sulung kepada dua beradik berkenaan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Binjai, Kuala Klawang di sini semalam.
FOTO Aishah dalam simpanan keluarga (kiri) dan gambar rakaman ITV News pada 1997.
Katanya, mereka bersyukur apabila dimaklumkan wanita itu ibu saudara yang sememangnya dicari dan dirindui. sumber http://www.hmetro.com.my



Sinopsis drama Terukir di Bintang



Sinopsis drama Terukir di Bintang

Membariskan gandingan pelakon hebat Tasha Shilla, Wan Elyas, Shiha Mentor, Kamal Adli, Talha Harith dan ramai lagi, nukilan pengarah Jamal Khan dan penulis skrip Sofea J Rhyland, TERUKIR DI BINTANG mengisahkan percintaan anak muda yang penuh dengan pengorbanan, cinta terpendam dan juga cinta yang tidak kesampaian berlaku di pusat peranginan terkemuka, Cameron Highland.
Sinopsis Drama Terukir Di Bintang. Pengorbanan Sebuah Cinta Yang Tidak Kesampaian


Sinopsis drama Terukir di Bintang

Adam (Wan Elyas) seorang chef muda yang bekerja di sebuah hotel 5 bintang di Cameron Highland, bercita-cita tinggi untuk mendapat tempat dalam pertandingan memasak di peringkat antarabangsa. Peluang untuk ke pertandingan tersebut terbentang luas bila Adam mendapat perhatian daripada Ketua Chef di tempat kerjanya tetapi Adam perlu melalui beberapa pertandingan sesama chef ditempat kerjanya untuk maju ke pertandingan tersebut. Dalam masa yang sama, Adam berkawan baik sejak kecil dengan Jee (Shiha Mentor), seorang gadis yang berperwatakan kasar. Jee berkerja bersama keluarganya yang membuka perusahan ladang Strawberry di mana Jee menghantar bekalan buah Strawbery kepada hotel Adam setiap pagi. Dalam diam, sebenarnya Jee menaruh hati terhadap Adam tetapi tidak meluahkannya manakala Adam pula hanya menganggap Jee sebagai teman biasa.

tasha shilla

Dalam kesibukan Adam berkerja sambil menyiapkan diri bertanding dengan sekutu chef mudanya Rizman di hotel tempatnya bekerja, tiba-tiba muncul Asmara (Tasha Shilla), seorang gadis dari Kuala Lumpur menginap di Hotel dimana Adam bekerja. Adam sangkakan Asmara ialah seorang pengintip dari hotel lain untuk mengorek rahsia resepinya bagi pertandingan memasak tetapi sangkaan Adam meleset apabila mendapat tahu bahawa Asmara adalah seorang pengkritik makanan malahan Adam menjadi bertambah mesra dengan Asmara apabila Asmara membantunya dalam membuat persiapan untuk pertandingan tersebut. Adam telah jatuh hati terhadap Asmara dan mengetahuinya tetapi menganggap Adam sebagai teman baik sahaja.

Sebenarnya Asmara telah bertunang dengan Zen tetapi tanpa pengetahuan keluarga dan tunangnya, Asmara telah berhenti kerja dan melarikan diri ke Cameren Highland bila mengetahui dirinya menghidap radang hati. Jee lalu memgambil keputusan untuk menjadi kawan rapat kepada Asmara dengan harapan dapat mencungkil rahsia siapa diri Asmara sebenarnya tetapi akhirnya Jee terlepas cakap bahawa dia sebenarnya mencintai Adam.

Dalam kesibukan Adam menyiapkan diri untuk pertandingan itu, Jee bertemu dengan Adam dan memberitahu Adam bahawa Asmara telah berpunya dan suka bertukar-tukar pasangan. Adam merasa amat kecewa apabila terserempak dengan Asmara bersama tunangnya Zen. Adam lalu melarikan diri dari Asmara tetapi setelah diberitahu perkara sebenarnya, Adam lalu meluahkan perasaan nya terhadap Asmara.

Manakala Jee merasa cemburu dan terpukul dengan kehadiran Asmara, sedikit demi sedikit menukar personalitinya dari perwatakan kasar kepada lebih feminin dimana menjadi bahan ejekan kawan kawannya. Jee amat berbakat dalam mencipta lagu lalu melepaskan kekecewaannya dengan mencipta lagu yang berkaitan cintanya terhadap Adam dan diposkan melalui You Tube. Jee lalu membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita citanya menjadi seorang komposer.

Hubungan Adam dan Asmara bertambah intim, Asmara tahu bahawa Adam amat mencintainya lalu memberitau Adam, ia memghidapi radang hati dan menganggap Adam sebagai kawan sahaja. Asmara lalu pulang kepangkuan keluarga bila keadaannya bertambah teruk. Penyakitnya hanya boleh pulih hanya dengan prosess pemindahan hati dan Adam rela mendermakan hatinya untuk Asmara. Dalam pada itu Asmara memberitahu Adam bahawa Jee amat mencintainya. Adam baru tersedar atas keikhlasan cinta Jee lalu mencari Jee kembali ke Cameron Highland tetapi Jee telah membawa dirinya yang kecewa ke Kuala Lumpur. Adam nekad untuk memberikan hatinya pada Asmara walaupun mengetahui risikonya terlalu tinggi.

Berjayakah proses pembedahan itu kelak? Adakah Asmara berjaya diselamatkan? Bagaimana pula dengan keadaan Adam selepas pembedahan? Dapatkah Adam bertemu kembali dengan Jee? Adakah cinta Jee terhadap Adam berkesampaian? Saksikan drama siri terbaru Samarinda TERUKIR DI BINTANG sebanyak 15 episod mulai 6 November 2013, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di TV3, terbitan Primesworks Studio. Jika anda terlepas menyaksikan drama siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my.
sumber http://www.budiey.com




Sinopsis drama 'Ku cinta kau seorang'



Sinopsis drama 'Ku cinta kau seorang'

Sebuah lagi karya terbaru sutradara Khairul Amri Haji Khalid (Keoi) dan nukilan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria bakal mengisi slot Lestary menerusi drama rantaian 13 episod berjudul “Ku Cinta Kau Seorang”, menggantikan “Diandra”. Bakal disiarkan mulai 19 November 2013, “Ku Cinta Kau Seorang” terbitan Global Station Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Remy Ishak, Amyra Rosli, Ruminah Sidek, Faradhiya, Zack X-Factor, Hafizzuddin, Bill Azali, dan ramai lagi.

Sinopsis drama 'Ku cinta kau seorang'

Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang Batrisya (Amyra Rosli) yang dibesarkan di dalam keluarga berada, segala permintaan dan kehendak beliau dituruti oleh Dato’ Hisham. Ramai pembantu rumah terpaksa diberhentikan gara-gara kesalahan kecil. Suatu hari, Helmi (Remy Ishak), pekerja di restoran milik Dato’ Hisham telah menegur sikap biadap Batrisya. Hari itu, Batrisya merasakan telah memalukannya. Dia pergi menemui Dato’ Hisham di pejabat semata-mata ingin meminta ayahnya itu memberhentikan Helmi.

Helmi, anak yatim piatu, tidak dapat melanjutkan pelajaran atas faktor kewangan. Dia tinggal bersama-sama neneknya yang sudah tua dan nyanyuk. Kos perubatan neneknya yang menghidap penyakit buah pinggang amat tinggi, jadi dia terpaksa melakukan banyak kerja. Dia sanggup berhabis wang demi neneknya yang dikasihi, satu-satunya saudara yang dia ada. Bagi Dato’ Hisham, cukuplah beberapa orang gaji terpaksa dia berhentikan tetapi bukan Helmi kerana dia mengenali Helmi seorang anak muda yang rajin dan tidak pernah mempunyai masalah.
dibintangi oleh remy ishak dan amyra rosli

Oleh kerana kecewa terhadap ayahnya yang tidak mahu memberhentikan Helmi, Batrisya pergi ke luar negara selama sebulan tanda mogok. Dato’ Hisham yang runsing memikirkan Batrisya pergi menemui rakan baiknya, Rahim untuk meluahkan penyesalan kerana terlalu memanjakan anak perempuannya itu. Rahim bukan sahaja seorang sahabat yang setia mendengar keluhan Dato’ Hisham, beliau juga memberikan pendapat yang terbaik.

Selepas puas bercuti, Batrisya pulang ke tanah air. Apabila tiba di hadapan pintu rumahnya, dia amat terkejut melihat papan tanda ‘Untuk Dijual’. Batrisya bergegas ke restoran milik ayahnya, restoran itu juga telah ditutup. Batrisya berjumpa dengan Pak Cik Rahim yang kemudiannya menunjukkan surat mengatakan ayahnya telah muflis dan terpaksa melarikan diri disebabkan hutang-piutang yang banyak.

Di dalam surat itu juga mengamanatkan Batrisya untuk belajar tinggal bersama Helmi dan neneknya. Sebaik sahaja sampai di rumah Helmi dengan alamat yang diberikan, Batrisya seakan-akan tidak percaya bahawa dia harus menghuni di rumah seperti reban ayam. Dia tidak rela dan cuba meminta bantuan kawan-kawan baik yang setia dengannya. Tetapi, apabila dia berjumpa dengan Maya dan Farah, ada sahaja alasan dan mereka tidak mahu menolong. Dia cuba menghubungi teman lelakinya, Razman, namun hampa. 

Batrisya sangat sedih apa yang menimpa hidupnya dalam sekelip mata. Dia menyalahkan takdir dan sanggup ayahnya meninggalkan dia begitu sahaja. Dia melangkah semula ke rumah Helmi. Helmi memberitahu Batrisya tentang undang-undang di dalam rumah seperti apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh. Batrisya tidak boleh duduk sahaja dan kena menjaga neneknya jika tidak sila keluar daripada rumah ini. Apakah yang bakal berlaku kepada Batrisya seterusnya?

Ikuti drama siri “Ku Cinta Kau Seorang” yang menampilkan Remy Ishak dan Amyra Rosli di slot Lestary pada setiap hari Selasa jam 9.00 malam di TV3! Ia boleh disaksikan menerusi portal Tonton Premiere 48 jam sebelum ia ditayangkan di kaca televisyen dengan bayaran RM3 sahaja.
sumber http://www.budiey.com




Tukul saja, tak perlu jentera untuk buat jalan gunung ni..tabik spring lah~




Inilah dia pemandangan Koridor Cliff , jalan gunung yang menakjubkan di tebing setinggi 110m yang berfungsi sebagai satu-satunya akses ke Kampung kecil Cina.

Jalan ini adalah 1250 meter panjang yang perlukan sesiapa yang mahu ke kampung tersebut melalui gunung di Huixian County di Wilayah Henan pusat China , mulai dipahat dengan menggunakan tenaga manusia lebih kurang 40 tahun yang lalu oleh 14 penduduk dari kampung Guoliang . Koridor ini berukuran 5m tinggi dan 4m lebar, dan angin di sepanjang tebing di 110 meter tinggi.

Pada tahun 1972 ketua kampung Shen Mingxin memutuskan sesuatu yang terpaksa dilakukan dan membawa 13 penduduk kampung dalam usaha besar-besaran untuk memahat dan menggunakan tukul bagi membuat jalan ke dunia luar.

Tanpa menggunakan apa-apa jentera , mereka mencipta koridor tebing semata-mata dengan tangan.

Ia menggunakan tenaga 14 penduduk kampung dan masa selama 5 tahun untuk menyiapkan koridor tersebut , ia sangat luas dan memerlukan lebih daripada 10 tan batang gerudi dan 4,000 tukul.
sumber http://www.dailymail.co.uk/











Peluang kedua buat Chelewa si ibu Gorilla~




Chelewa ibu gorilla yang penyayang

Peluang kedua untuk ibu gorila.Setahun lalu Chelewa, ibu gorilla ini  menjadi ibu  buat kali pertama kalinya, tetapi bayi itu meninggal dunia 11 hari kemudian selepasChelewa bergerak terlalu cepat dan menyebabkan patah dua tulang rusuk dan kematian bayi perempuan  pertamanya.

Selepas mengalami kesakitan dahsyat dan  kecewa dengan kematian bayinya, ibu gorila ini sekali lagi penuh kegembiraan  menjadi ibu kali kedua.

Imej-imej yang mengharukan telah ditangkap oleh jurugambar bebas dan pemuzik Marina Cano di Cabarceno Natural Park di Cantabria , Sepanyol.Cabarceno adalah taman terbesar di Eropah, yang meliputi lebih 750 hektar.Gorila hidup dalam keadaan separuh liar di alam, ruang terbuka. 
sumber http://www.dailymail.co.uk/











Pergh~ Dewi bog@l keretapi ?



'Dewi bogel keretapi'

Seorang wanita menggemparkan penumpang kereta api komuter bandar Chicago apabila berbogel ketika menggunakan perkhidmatan awam itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Dewi Kereta Api dan merancang mengambil alih komuter itu.

Wanita yang tidak dikenali dan tidak berpakaian langsung itu muncul di Stesen Granville di Landasan Merah Chicago, laluan paling sibuk diurus Agensi Transit Chicago.

Dia kemudian menampar beberapa penumpang komuter sebelum berjalan ke gerabak paling depan dengan niat untuk memandu kereta api itu.

Menurut saksi, wanita berusia 31 tahun itu mengarahkan semua penumpang turun menyebabkan perjalanan tertangguh 15 hingga 30 minit.

Polis tiba di stesen itu pada 12:45 tengah hari dan mengiringi wanita itu keluar daripada komuter.Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital St Francis, Evanston untuk dinilai pakar perubatan.

Jurucakap polis mendakwa wanita itu mengalami masalah mental, tetapi tidak menyatakan secara spesifik penyakit yang dihidapinya.
sumber http://www.hmetro.com.my/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...