Bercucuk tanam ~ Kangkung


Kangkung yang sedikit masa lalu kontroversi sangat tu, memang sayur feveret suami, masak kangkung belacan pedas-pedas, so kalau seminggu tu dua kali beli di pasar..jadi selepas ni boleh berjimat sedikit bila kita tanam sendiri kangkung kan.


Kangkung senang sangat nak hidup, kalau tanam guna biji benih lagi cantik,pernah tengok my mom tanam kat kampung cantik gebus je..yang ini saya tanam guna  batangnya je, sayur kangkung yang beli kat pasar tu, dah kerat pangkalnya yang berakar tu then  saya main  cucuk cucuk je kat tanah. Paling best guna je  tong cat yang besar tu jadi tempat tanam, recycle..go green la katanya ya haha ..ni gambar  usia 2/3 minggu .

Kangkung
  • Kangkung yang namanya latinnya Ipomoea Aqatica ternyata pada awalnya berasal dari India, kemudian merebak ke Malaysia, Myanmar, Indonesia, China Selatan, Australia, dan Afrika. Di China, Kangkung dikenali dengan nama Weng Cai. 
  • Di Eropah, Kangkung disebut Swamp Cabbage, Water Convovulus, atau Water Spinach. Di Indonesia sendiri, kangkung boleh didapati di hampir seluruh daerah.
  • Tanaman Kangkung masuk ke dalam suku Convolvulaceae atau keluarga kangkung. Kangkung merupakan tanaman yang tumbuh cepat dan sudah memberikan hasil hanya dalam masa 4 hingga 6 minggu. Dalam satu musim saja, kangkung boleh tumbuh dengan panjang 30 hingga 50 cm. 
  • Kangkung terdiri atas dua jenis, iaitu Kangkung Darat yang disebut Kangkung China, dan Kangkung Air yang tumbuh secara semulajadi di sawah, paya, atau parit. 


Khasiat pemakanan dan manfaat kesihatan sayur kangkung


  • Kangkung adalah salah satu sayur-sayuran sihat yang banyak sekali manfaatnya. Kangkung mengandungi zat seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, protein, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, hentriakontan, dan sitosterol. Berdasarkan penelitian, Kangkung juga menghasilkan petunjuk manfaat untuk merawat pelbagai macam gangguan kesihatan yang bersifat antiracun.
  • Kangkung juga termasuk sebagai sayuran tinggi serat, sehingga kangkung boleh digunakan mencegah sembelit. Kerana sifatnya yang antiracun, kangkung juga Juga boleh mengatasi keracunan akibat makanan, mimisan serta sariawan. Daun dan akar kangkung boleh mengurangkan sakit bisul dan ubat untuk rawatan tradisional buasir. Di negeri Thailand, Kangkung digunakan sebagai bahan tradisional untuk rawatan kulit. Air rendaman kangkung juga digunakan untuk membasmi kelemumur.


Kangkung Kaya dengan zat besi.
Zat besi sangat penting untuk tubuh kita, peranannya dalam membentuk sel darah merah adalah penting. Lemas, pusing dan pandangan kabur adalah ciri awal anemia kerana kekurangan zat besi. Pada kangkung terdapat 2.5 mg/100g zat besi, sehingga sangat baik untuk mengatasi anemia / kurang darah.


Mengurangkan haid berlebihan.
Jika anda mengalami haid berlebihan, boleh memanfaatkan kangkung untuk mengatasinya. Caranya : Ambil setengah kilogram daun Kangkung segar. Cuci bersih, lalu tumbuk halus. Tuangkan air setengah gelas, saring dan tuangkan satu sudu makan madu. Minum sekali sehari sekaligus. Haid akan jadi baik dan lancar. Jika suka terlambat haid, baca disini ubatnya.



Mencegah penyakit kencing manis.
Ekstrak Kangkung sudah diuji di makmal, dan hasilnya ternyata Ekstrak Kangkung berguna sebagai ubat anti diabetes. Hal ini kerana Ekstrak Kankung akan menghalang penyerapan kadar gula dalam darah. Perbanyaklah mengambil Kangkung, bila anda mengidap penyakit kencing manis. Ubat tradisional kencing manis lain adalah undur - undur.



Kangkung Kaya vitamin C
Kangkung juga banyak mengandung vitamin C. Secara umum, kandungan vitamin C pada Kangkung lebih banyak berbanding kebanyakan sumber vitamin C pada buah - buahan. Oleh kerana itu, kangkung baik untuk mencegah sariawan / gusi berdarah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh sehingga tak mudah terkena serangan penyakit akibat virus, misalnya flu. Baca Juga : Manfaat Vitamin C

Kangkung juga kaya vitamin B kompleks, sehingga boleh menenangkan otak.
Kadar vitamin B Komplek dan Omega 3 pada Kangkung, ternyata juga cukup banyak. Keduanya merupakan peningkat pengeluaran Serotin dalam otak kita, sehingga boleh mencipta suasana tenang melalui otak.Oleh kerana itu, kangkung boleh dikatakan boleh menyegarkan kembali otak kita.



Membuat tidur lebih nyenyak dan mencegah insomnia
Kangkung, mempunyai sifat sedatif, sehingga sering dikatakan sebagai penyebab ngantuk. Kangkung Juga berpotensi boleh mengendurkan saraf. Hal kerana adanya mineral seng dan selenium yang terkandung di dalamnya. Sehingga bila mengambil kangkung, saraf jadi kendur. Semakin kendur saraf - saraf kita, maka tidur pun akan semakin nyenyak dan lena. Mungkin sebaiknya jangan berlebihan mengambil kangkung jika bekerja dipejabat. Kebaikannya adalah, kangkung dapat membantu mengatasi masalah tidur/insomnia dan membantu untuk dapat tidur lebih nyenyak.



Menajamkan penglihatan.
Kangkung kaya akan vitamin A, sehingga Kangkung boleh menjaga kestabilan penglihatan mata. Vitamin A yang terdapat pada kangkung sebanyak 6300 IU, sedikit lebih banyak berbanding bayam yang hanya 6100 IU. Hal tersebut dapat dilihat dari warna daunnya, semakin hijau daunnya maka kandungan betakarotin juga semakin tinggi. Itulah sebabnya Kangkung dipercayai boleh menambah menajamkan pengklihatan mata.



Melancarkan air seni (Diuretic).
Ambilah akar Kangkung secukupnya. Direbus dengan 2 gelas air hingga tersisa 1 gelas. Minum air rebusannya sekaligus 1 kali sehari. Nescaya air seni akan lancar.



Menghilangkan kelemumur.
Ambillah seikat daun Kangkung. Rendam daun ini semalaman hingga airnya berwarna kebiruan. Lalu, mencuci dengan air rendaman. Lakukan setiap hari, nescaya kelemumur akan hilang.



Menghilangkan sembelit ibu hamil.
Bagi para ibu sedang hamil, biasanya merasa mual dan menderita sembelit. Maka ambillah seikat daun Kangkung. Ditumis biasa saja dan dimakan. Kandungan serat yang tinggi pada kangkung akan menghilangkan rasa mual dan sembelit pada ibu hamil.







8 comments:

  1. menarik idea ni eh...boleh gak tanam2 kat umah kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah..tanam simple-simple je tapi bagi terapi kat kita..best tuu

      Delete
  2. sok-sok dah boleh goreng kangkung belacan kan..uuuuu sedapnyaaa

    ReplyDelete
  3. Kangkung ni sedapp
    Baik untuk lawas perut :-)

    ReplyDelete
  4. mmg feveret KA juga kangkung grg belacan tu.. suka tgk hijau subur naiknya kankung ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru belajar menanam kak, tanam simple-simple dulu

      Delete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...