Bercucuk tanam ~ Pokok bawang


Jangan pernah bosan ya baca entri pertanian di blog saya, aish bukan pakar~ cuma hobi dan cinta yang baru berputik. Tak pandai maka kami berazam untuk belajar,semoga ilmu dan info yang ada dapat ditingkatkan dan kegembiraan hasil tanaman dapat dikongsikan - kongsi gambarnya ya haha.. banyak cakap punya orang ni..beberapa minggu lepas saya mula tanam pokok bawang merah,honestly..bukan nak dapat bawangnya tu tapi nakkan daun bawangnya, tiap-tiap minggu beli di pasar je kan..ape kata kita tanam  sendiri khen..dalam pasu dan polibeg je..simple punya kakak!


Bawang tu kerat 1/3 bahagian atasnya,bukan bahagian akarnya tau..Oleh kerana ni tanam sikit-sikit je, tak perlu rendam dulu dalam sebarang larutan,biasanya yang tanam kat ladang je diorang buat camtu sebab nak elakkan serangan fungus. Ni simple, lepas kerat saya terus je tanam dalam polibeg dan pasu.Beberapa hari je lepas tu dia  akan  mula bertunas ...keperluan cahaya matahri haruslah 100%.





Dah mula naik daunnya, tapi belum cantik lagi..kita tengok lagi nanti hasilnya...daun bawang ni memang penambah perasa dalam masakan, kalau buat cekodok bawang atau ikan bilis tambahkan daun bawang dia jadi lebih ummpphhh gitewww~

Bawang Merah

Keluarga: Alliaceae

Genus: Allium

Spesis: cepa
Nama saintifik: Allium cepa cv. aggregatum
Pembiakan: biji benih ataupun bebawang
Keperluan cahaya matahari: 100%
Fungsi di kebun: Sebagai tanaman penghalau. Daunnya yang berbau dapat menghindar daripada serangga perosak datang ke tanaman lain.


Khasiat bawang merah
  • Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi

  • Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory.
  • Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.

  • Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok.
  •  Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.
  • Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.




6 comments:

  1. nak try jugak..tanah apa bagus sumbat dlm polibeg tu imie?..

    ReplyDelete
  2. SB meh try senang sangat tau , IF guna tanah kompos beli di nursery satu pek around RM2/RM3 je..

    ReplyDelete
  3. dia tak mati eh nanti-nanti..
    nak kene siram tiap2 hari ke eh..
    nak letak kan sama macam pokok bunga ke?
    wahhh banyak persoalan saya.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. siram kena rajin.kalau dah keluar daun-tu saya alihkan ketempat redup sikit dia mudah layu

      Delete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...