Hasil bercucuk tanam ~ Cekur


Assalamualaikum. Hari ni melayan sikit pokok-pokok kesayangan sambil  tengok apa yang boleh diambil hasilnya, ni dia si pokok herba Cekur yang gebus gebus tu kami nak pindahkan ke pasu lain sebab saya rasa terlalu banyak, dah 4 tahun lebih kami tanam si cekur, ni kali pertama nak ambik hasilnya sebahagian, dan sebahagian lagi  nak tanam semula.


Memang suka sangat cekur ni sihat semacam,padahal kami tanam macam biasa je dalam pasu panjang tu, cuma memang kena rajin siram la kan,sebab bila kami gi travel lama-lama tu memang dia merajuk,hampir mati..nak buat camne kan..hujan pun kurang.Tapi bila dah cabut tu, tengok takde pun isi cekur tu, atau rizom,atau saya panggil ubi cekur,daun dia punya  sihat walafiat..agak frust jugaklah rizomnya sikit sangat dan kecil -kecil je..padahal lebih 4 tahun tanam sepatutnya dah matang kan,..maybe sebab faktor tanah agaknya..apepun,alhamdulillah..masih boleh diguna untuk masak nanti.


Tapi takpelah,sebab biasanya kan, kami masak especially  ayam masak lemak  hanya gunakan daun dan batangnya , takpe-takpe sambil pujuk hati..kita tanam lagi sekali dengan harapan hasilnya lebih cantik ya. Kalau dulu  saya di Kelantan,keluarga abang ipar saya suka jadikan cekur muda ni jadi ulaman,Cekur juga banyak khasiatnya, selain penambah rasa dalam menu masakan.



Cekur yang sebahgian lagi tadi tu dah pindah dan tanam semula kat pasu lain


Khasiat Cekur


Nama Botani : Kaempferia galanga

Famili : Zingiberaceae (keluarga halia)


Cekur nie merupakan tumbuhan dalam famili halia iaitu zingiberaceae. Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur boleh membiak melalui isinya @ rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.


Rizom atau umbisi cekur mempunyai aroma yang agak lembut, Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak yang lain. Antara khasiat cekur nie adalah seperti berikut :


1. Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.

2. Menyembuhkan kembung perut,

3. Melegakan perut memulas 
4. Mengurangkan bengkak.
5. Melancarkan Haid. 
6. Melegakan batuk.
7. Sakit urat saraf
8. Senak perut 
9. Buang angin
10.Sakit sendi. 
11.Muntah


Biasanya orang ambik isi/rizom dia buat ubat.. Daun cekur muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan. Orang jawa kat malaysia nie gunakan rizom cekur untuk buat kuih tempeyek, Orang melayu dulu-dulu gunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk ubati malaria. Kat indonesia cekur digunakan oleh wanita lepas bersalin untuk panaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot. 

Orang filipina guna rizom cekur untuk menyembuhkan sakit selesema dengan cara menghidu rizomnya. 

Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik.



Baca lagi entri berkaitan :




No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...