Pray for MH370 . Assalamualaikum readers, ni tengah mood bercucuk tanam , sepatutnya tanam menanam biasanya kami buat petang Ahad, tapi semalam mood kelaut eh mood ketaman la, so nanti la kita turun padang tunggu my suami sihat lagi sikit.
Nak cerita saya dah mula semai sayur Pak Choy, daun sup dan daun bawang serta pokok cili api. Semuanya dah mula tunjuk muka..seronok tu tapi cik cili tak nampak batang hidungnya. Dah dua kali semai tak jadi jugak..kenapa agaknya..
Kami dah sediakan beberapa peralatan wajib untuk bercucuk tanam, buat simple-simple je sebab bukan buat berskala besar, setakat melayan hobi saja, pada saya kalau dapat jimatkan belanja tidak membeli dipasar pun dah bagus jugak tu.
Antara yang kami dah berjaya tanam dan tak perlu beli ialah pokok serai, daun pandan, daun kunyit, daun kari , pokok bunga kantan, pokok lengkuas dan suami dah tuai hasil pelbagai jenis pisang since 4 tahun ni,alhamdulillah,biasanya memang kami kongsi dengan officemate dan neighbours , kalau kebetulan nak balik kampung, angkutlah hasil sekali.
Lagi misi tanam daun sup dan daun bawang, cili padi dengan matlamat tak perlu beli lagi di pasar, harapnya tercapai..
Polibeg ni kami beli saiz paling kecil ingatkan nak semai pelbagai bunga dan biji benih sayur yang dah mula senyum-senyum tu..[imaginasi terlampau ] Harga polibeg ni RM9 untuk 1kg..kami taram je beli sebab jarang membeli peralatan berkebun ni..sedang cari pengalaman la katanya...
Ni memang wajib ada, Sudip tangan,penggembur dan entah apa lagi namanya tu, kami dah ada satu set dulu tapi ghaib la pulak..kalau letak luar rumah tu ada saja tangan misteri yang rajin mengkaut buat harta sendiri..jangan kata menda ni,baldi, kepala paip semua orang curik..sabo ajelah...nasib jugaklah ada jiran yang panjang tangan tu...bukan ni je tau..apa hasil yg kami tanam tu pun selalu sangat hilang..sedih~ halalkan ajelah..terdesak sangat agaknya sampai nak mencuri ya
Tanah , kami biasa beli yang kompos kalau nursery area tempat tinggal kami, RM10 dapat 5 beg means RM2 la satu beg, kalau tanah biasa lagi murah ,tapi kenalah campurkan sendiri macam kita belajar kemahiran hidup asas pertanian zaman sekolah dulu kann, kau ada rajinn..khenn..sendiri jawab ya Kiah.Tapi pernah juga saya beli tanah organik mahal sikit la 1 beg RM4 macam tu rasanya, kalau balik kampung di Banting, kat sana memang ada nursery tu murah-murah bunga, pasu dan tanahnya..my mom yg suggest,masalahnya susah nak balik kampung lani anak dah sekolah kan..
Baja bunga ni, saya beli di Tesco la rasanya around RM6 something..efektif jugalah tapi kawan suami yang ada ladang sayur dan pokok buah selalu suggest guna baja taik ayam, mmg jadiklah katanya, kalau bunga atau pokok hiasan saya tak kisah nak letak baja taik ayam,tapi kalau tanam sayur atau yang hasilnya nanti kita nak makan tu, saya mmg takkan letak baja taik ayam..sendiri pikir la ya.. heee
Lagi biji benih yang menanti untuk disemai..termasuk yang mak mertua bagi tu..takpelah, perlahan belajar berkebun dan bercucuk tanam, belajar tanam bunga, tengok nanti hasilnya macamana..ini juga salah satu usaha saya nak bagi terapi diri, supaya tak pasif terhadap nature..ingin berbakti sedikit untuk dapur dan juga bumi. Untuk berseronok dengan suami dan anak-anak, ini salah satu caranya. Go green katanya..till then, wassalam.
Dulu masa sekolah,rajin jugak bercucuk tanam denganmak,tapi skarang nie takde masa nak bercucuk tanam..hehe
ReplyDeletewah..bestnya...lama dah x pegang tanah gini...last masa sekolah dulu2 je....
ReplyDelete