Tahniah~ Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sah suami isteri.





Pelakon Puteri Sarah Liyana sah diijabkabulkan dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.30 pagi. Pasangan itu disatukan di majlis nikah yang penuh sederhana yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara.


Mempelai dinikahkan oleh Penolong Pendaftar NikahKariah Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa berwakil walikan bapa Puteri Sarah, Megat Kamaruddin Megat Shamsudin.Majlis nikah itu dihadiri oleh ibu bapa kedua mempelai Megat Kamaruddin Megat Shamsudin dan Puan Paridah Puteh serta Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Patimah Ismail. 

Selain yang turut dihadiri oleh 200 tetamu lain termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan para media.Syamsul menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1111 kepada Puteri Sarah selain berbalas hantaran dengan 7 dulang dari pihak lelaki dan 9 dulang dari pihak perempuan.Namun majlis resepsi yang sepatutnya dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan N'dah Mahligai Shah Alam ditangguhkan kerana Syamsul masih lagi belum sihat sepenuhnya selepas menghidap deman denggi sejak 2 Mac.sumber 







No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...