Omayra Sanchez ~ kisah pilu menyayat hati



Tragedi MH370 yang bikin hati menangis, termasuklah  menonton berkali-kali video si pembaca berita TV3 yang tak dapat menahan rasa pilu tatkala mengakhiri slot MH370 tu..[sedih kan] walaupun PM dah buat pc kata MH370 berakhir di Lautan Hindi , tapi kisah sebenar tragedi kehilangan pesawat terbabit masih menjadi tanda tanya , semua ingin tahu apakah sebenar benarnya yg berlaku..Allah jua maha mengetahui.. kerana DIA lah yang mencipta, dan berkuasa di laut udara darat dan hujung dunia sekalipun.



Selain itu,saya  ingin berkongsi pula kisah Omayra Sanchez...kisah ini dah lama saya tahu, tapi setiap kali teringat, tiap kali tu jugalah rasa pilu dan menyentuh hati. Dalam dunia ni, banyak perkara dan tragedi berlaku setiap saat, banyak peristiwa menyentuh perasaan kita....



 Siapa Omayra Sanchez ?



Omayra adalah gadis berusia 13 tahun , gadis sunti ini antara mangsa kerakusan letupan gunung berapi Nevado Del Ruiz berhampiran kota Armero Columbia.Letusan gunung berapi tersebut adalah bencana terburuk abad ke 20 berlaku pada  13 November 1985.

Pasukan penyelamat menemui Omayra Sanchez, antara mangsa yang masih hidup pada waktu tersebut, Omayra tersekat dan terperangkap  dengan separuh daripada tubuhnya ke bawah terbenam kedalam lumpur.Di kelilingi binaan konkrit membuatnya tidak dapat ditarik keluar oleh para pasukan penyelamat.

Setiap kali cuba ditarik keluar, air akan semakin meningkat naik dan boleh menyebabkan Omayra kelemasan.Kakinya tersepit dicelah konkrit dan menyedihkan, omayra hanya menahan letih kakinya diatas mayat ibu saudaranya,yang turut terkorban dalam bencana itu.


Selepas hampir 36 jam cuba menyelamatkan Omayra, gadis ini semakin letih dan  salah satu cara untuk menyelamatkannya adalah dengan memotong bahagian bawah kakinya namun perkara tersebut tidak dpt dilakukan kerana kekurangan peralatan dan perubatan.

Para petugas, wartawan dan jurukamera saling memberi semangat pada Omayra untuk terus hidup, memujuknya untuk makan dan minum ,pelampung yang diberikan padanya untuk menyokong tubuh sudah semakin tidak membantu,hari ketiga Omayra mula berhalusinasi dengan mengatakan dia akan lewat kesekolah..


60 jam selepas itu Omayra akhirnya tewas, akibat gangren dan hypothermia kerana terendam terlalu lama dalam air ,beliau  pergi  dengan meninggalkan kontroversi dan persoalan terhadap kerajaan Columbia yang sangat lambat bertindak  memberi bantuan keselamatan dan perubatan dalam bencana tersebut.

Bayangkan 3 hari dalam selut.. Omayra tidak merungut dan tenang..ketika waktu waktu terakhir,Omayra meminta semua petugas dan wartawan yang mengelilinginya agar memberinya ruang untuk dia bersendirian..

Seorang jurugambar  profesional dari Perancis, Frank Fournier telah memotret gambar Omayra yang ketika itu sudah terlalu lemah dan warna matanya sudah bertukar kehitaman..Omayra sempat  mengucapkan terima kasih  kepada mereka yang cuba membantu dan  mendoakannya.


Potret inilah yang menggegarkan dunia hingga memenangi Anugerah Pulitzer 1986,  hingga kini potret ini sangat terkenal di dunia ,Omayra Sanchez dalam memori.

Omayra Sanchez Video




Tragedi MH370 ~ FBI tak jumpa sebarang bukti kaitkan Kapten Zaharie.



FBI tak jumpa bukti
Kuala Lumpur: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu, lapor New York Times.

Perkara itu didedahkan dua pegawai penyiasatnya selepas FBI menyiasat cakera keras dan simulator penerbangan yang diambil dari rumah kedua-dua juruterbang MH370 di Malaysia. 

Menurut jurucakap FBI Michael Kortan, buat masa ini biro berkenaan tidak akan berkongsi maklumat kerana siasatan lanjut masih dijalankan. 

Walaupun pasukan penyiasat tertumpu kepada juruterbang pesawat MH370, namun tiada bukti menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370.

Seorang bekas pegawai penguatkuasa undang-undang kanan berkata, sekalipun maklumat dari cakera keras milik juruterbang MH370 yang diperolehi FBI mungkin sedikit, namun informasi sedemikian mungkin dapat membantu kerajaan Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan MH370. - NYT  , hmetro




Kata-kata Hikmah ~ Bersabarlah

Berehat~


Rasa letih lah, fikir tu fikir ni..uruskan hal sana sini tak selesai juga.. rasa penat menyelubungi diri dan minda, badan rasa lembik je malas beraktiviti, minda lembam ni..banyak sangat nak fikir...  perlukan ruang waktu dan suasana yang lebih tenang.. ingin berehat , inginkan tidur secukupnya.. inginkan waktu santai inginkan waktu beribadah dengan tenang..inginkan rasa damai dan rasa sejuk dalam hati.. ingin tu ingin ni..lumrah manusia inginkan segalanya yang bikin hati tenang..banyak sangat keinginan...tak bersyukurkah aku?

Ada masanya , lebih baik mengasingkan diri seketika dari kebiasaan, dari keriuhan dan kebingitan. Menjauhkan diri dari sidia dan si itu si ini untuk kebaikan. Menyembunyikan diri dari isu isu yang menyemakkan minda..menjauhkan diri dari manusia manusia yang selfish, stubborn dan outspoken..

Diri cuma ingin berehat, luangkan waktu waktu yang berbunga bersama suami dan anak-anak. Tak mahu pelbagai isu  meracuni kebahagiaan keluarga. Diri hanya ingin mencari damai mencari cinta Ilahi bersama keluarga tercinta dengan doa semoga bahagia bawa kesyurga....

Jangan dipersoalkan kenapa aku  membawa diri....





Nasi goreng cekur ~



Salam Rabu semua, alamak teruknya service internet dua tiga bulan ni..slow sangat bikin cuaca panas makin panas la rasanya..bilalah agaknya Celcom nak kasi line ok balik macam dolu-dolu ni..kalau tak okey juga rasanya selamat tinggal la kesetiannku pada mu ya.. cari service yang lebih baik supaya hati pun lebih cool giteww , 

Sarapan kami pagi ni Nasi Goreng Cekur ya~ sarapan la sangat sampai tengahari anak-anak still melayan nasi goreng dan nugget saja.. biasanya macam tulah.., kami makan menu sarapan dan balance lauk malam punya sehinggalah jam 5pm baru ibu akan masak untuk dinner. Dun worry anak ibu sangat sporting sebab tak request lauk pauk hover ~ ibu pemalas ni khen,  yg anak jadi mangsanya.eh sufi syamim tak kesahhh..hihi


Senang aje nak sediakan Nasi Goreng Cekur, masak macam biasa tapi saya akan tumbukkan sekali sedikit ubi cekur tu dan hiris halus halus daun cekur dan taburkan. Nak sedap tumbuk sekali sedikit  pangkal serai tu,sikit je..naikla sikit rasanya..ni memang feveret suami, dah tiap minggu request sampai saya pun naik pelik..tak jemu ke ? alhamdulillah suami suka..bagus..good suka hatiku

Ni saki baki Cekur yang dicabut haritu masih ada, sesekali  guna untuk masak Ayam masak lemak cekur juga. Ha kan dah senang tu, tanam sendiri dapat hasilnya boleh masak anytime je bila kita nak kan, tak payah nak merungut  malas-malas gi start keta  rush ke market bagai.Senang, Allah dah bagi pinjam tanah kita manfaatkan apa yang ada. Till then wassalam.



Ford Fiesta Phase 2 ~




Alhamdulillah, baru masuk CPUV  Ford Fiesta Phase 2 ni..tadi tengok di blog dahpun show kat leaderboard pun .. terima kasih Nuffnang~ nak tahu apa itu Ford Fiesta Phase 2, silalah klik ads tu ya,tq..



Hasil bercucuk tanam ~ Daun bawang



Assalamualaikum readers Heartbreaking news la kan, pesawat MAS MH370 ..mari sedekahkan al-fatihah~ hati terasa sedih kerana Malaysia dilanda tragedi menyayat hati ini..semoga semua keluarga mangsa terbabit  redha dan bersabar. 

Alhamdulillah hari ni dapat merasa hasil bercucuk tanam , si pokok bawang yang comel tu kita dah ambil daunnya , walaupun tak banyak tapi sebelum dia layu layuan better kita kasi trim dan guna apa yang patut..


Masak maggi pon sodappp... hehe layanzzz





Pesawat MH370 Sah Terhempas Di Selatan Lautan Hindi - Najib



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di selatan Lautan Hindi di barat Australia.

Beliau yang bercakap kepada media pada malam Isnin berkata, berdasarkan analisis baru, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 telah terbang di sepanjang Koridor Selatan, yang berada di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

"Kedudukan itu jauh dari mana-mana lokasi pendaratan, dan dengan duka cita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing. Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.
sumber http://www.mstar.com.my/



Jangan pandang rendah....






*p/s : Bloglist masih ghaib..sedihnya..di dashboard pun jarang jarang ada..susah sangat nak blogwalking..apa masalahnya ni ?



Layan sarapan Roti cicah kari kambing, selamat bercuti ~



Assalamualaikum sayang semua, ni entry pagi mood breakfast la ya , hari yang baik sebab cuti sekolah sudah bermula kan,selamat bercuti juga kepada diri saya ~ hehe cuti dari mengambil dan menghantar anak pergi balik sekolah  giteww..sedihnya ayah tak boleh bercuti kerana cuti dibekukan sehingga entah bila,sampai kapal MH370 ditemui Inshaallah, jadi nak jenjalan agak sukar dalam weekdays ni, tapi hari Sabtu ni kami decide nak strawberry plucking..bawak anak-anak seronok agaknya,walaupun dah pergi beberapa kali tapi kali ni mesti lain sebab bawa anak pulak,last pergi ketika kakak Sufi usia 6 bulan..tahun  2010.tengok gambar bawah, masa tu punya la tembam kak sufi semput mendukungnya hehe tengah petik strawberry dia tidur pulak.


Kat mana lagi Mesia ni..sudah semestinya Cameron Highland khennn , ek eh melayan anak-anak sarapan pagi ni Roti cicah kari kambing , alhamdulillah. Cuaca baik hari ni planning nak menanam bunga, semangat ni.



Jemput sarapan ye semua ,till then wassalam.



Bercucuk tanam ~ Pegaga


Antara herba paling femes, ulaman paling sedap..makan sekali dengan akarnya..tapi pastikan cuci bersih ya, pegaga memang terkenal sebab banyak khasiatnya.Bagi saya memang agak mudah pegaga ni nak tumbuh,tapi nak membuatnya subur dan gebus tu kenalah rajin menyiram kan.Ini saya panggil pegaga kampung, ambil dirumah mak mentua, yang hidup meliar, bawa balik dan saya tanam di pasu, siramkan selalu, mulanya memang tak berapa naik, saya cuba alihkan pasu ketempat redup sikit alhamdulillah dah mula gebus.Dulu dah pernah tanam tapi kurang penjagaan, sibuk jaga anak je, akhirnya mati la dia. Takpe,kali ni kita  cuba lagi sekali..penuh perhatian..nanti tengok bila agaknya dah  boleh buat ulaman.

khasiat Pegaga


Khasiat Pegaga


Nama saintifik bagi pegaga ialah Hydrocotyle asiatica Linn dan ia adalah daripada Famili Umbilliferae. Di dalam masyarakat Melayu, pegaga sering digunakan sebagai ulam.


Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan tradisi yang tinggi.

  • Serikan Wajah Anda 

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.
  • Kecutkan Peranakan 

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.



  • Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka 

Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Caranya: Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam.

Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.


  • Mengubati Sakit Kepala 

Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum.

  • Mengubati penyakit sengal-sengal badan 

Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.



  • Mengubati penyakit demam kepialu atau typhoid

Daun pegaga haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi.

Ternyata banyak khasiat pegaga di sebalik bentuknya yang kecil tersimpan rahsia besar membuktikan pegaga sungguhpun kecil namun tumbuhan ini banyak khasiatnya. 


Kek cheese leleh feveret sufi & syamim, selamat berkhidmat ayah~




Budak-budak memang suka makan cheese ya ? asyik sume nak cheese saja, hari ni layankan kak sufi and syamim nak makan cheese leleh..sebelum meleleh-leleh air liur diorang tu sampai ibunya kena tahan telinga better layankan aje.kena bg mood diorang baik sebab ayahnya takde kat rumah. Lagipun macam dah lama tak jumpa ayah yang kena on duty kat Putrajaya berkhidmat untuk company terchenta katanya, [ tu pun lepas dpt email kata volunteers dpt allowance kehkeh]  pagi buta baru balik..budak-budak dah tidur pun... takpelah sama kita berdoa  MH370 ditemui dlm keadaan terbaik, suami kata pun bukan senang nak serve para keluarga yg tengah bersedih tu..sebab setiap komunikasi kena sgt berhati hati kerana melibatkan emosi,duty sampai Ahad ni then boleh relax sikit sebab mereka dah tak stay hotel lagi. Sementara ayah setia berkhidmat, kenalah ibu berkorban sikit  uruskan hal rumah itu ini.Takpe..kena biasakan diri .

Lagipun sentiasa ber whatsupp ngan ayah..sementara ayah duk mewah kat Marriot Hotel tu..eheh bertugaslah lah....takpelah ibu tengok muka anak-anak ibu yang comel pun dah okey khennnn khennn sambil makan cheese leleh..





Bercucuk tanam ~ Kangkung


Kangkung yang sedikit masa lalu kontroversi sangat tu, memang sayur feveret suami, masak kangkung belacan pedas-pedas, so kalau seminggu tu dua kali beli di pasar..jadi selepas ni boleh berjimat sedikit bila kita tanam sendiri kangkung kan.


Kangkung senang sangat nak hidup, kalau tanam guna biji benih lagi cantik,pernah tengok my mom tanam kat kampung cantik gebus je..yang ini saya tanam guna  batangnya je, sayur kangkung yang beli kat pasar tu, dah kerat pangkalnya yang berakar tu then  saya main  cucuk cucuk je kat tanah. Paling best guna je  tong cat yang besar tu jadi tempat tanam, recycle..go green la katanya ya haha ..ni gambar  usia 2/3 minggu .

Kangkung
  • Kangkung yang namanya latinnya Ipomoea Aqatica ternyata pada awalnya berasal dari India, kemudian merebak ke Malaysia, Myanmar, Indonesia, China Selatan, Australia, dan Afrika. Di China, Kangkung dikenali dengan nama Weng Cai. 
  • Di Eropah, Kangkung disebut Swamp Cabbage, Water Convovulus, atau Water Spinach. Di Indonesia sendiri, kangkung boleh didapati di hampir seluruh daerah.
  • Tanaman Kangkung masuk ke dalam suku Convolvulaceae atau keluarga kangkung. Kangkung merupakan tanaman yang tumbuh cepat dan sudah memberikan hasil hanya dalam masa 4 hingga 6 minggu. Dalam satu musim saja, kangkung boleh tumbuh dengan panjang 30 hingga 50 cm. 
  • Kangkung terdiri atas dua jenis, iaitu Kangkung Darat yang disebut Kangkung China, dan Kangkung Air yang tumbuh secara semulajadi di sawah, paya, atau parit. 


Khasiat pemakanan dan manfaat kesihatan sayur kangkung


  • Kangkung adalah salah satu sayur-sayuran sihat yang banyak sekali manfaatnya. Kangkung mengandungi zat seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, protein, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, hentriakontan, dan sitosterol. Berdasarkan penelitian, Kangkung juga menghasilkan petunjuk manfaat untuk merawat pelbagai macam gangguan kesihatan yang bersifat antiracun.
  • Kangkung juga termasuk sebagai sayuran tinggi serat, sehingga kangkung boleh digunakan mencegah sembelit. Kerana sifatnya yang antiracun, kangkung juga Juga boleh mengatasi keracunan akibat makanan, mimisan serta sariawan. Daun dan akar kangkung boleh mengurangkan sakit bisul dan ubat untuk rawatan tradisional buasir. Di negeri Thailand, Kangkung digunakan sebagai bahan tradisional untuk rawatan kulit. Air rendaman kangkung juga digunakan untuk membasmi kelemumur.


Kangkung Kaya dengan zat besi.
Zat besi sangat penting untuk tubuh kita, peranannya dalam membentuk sel darah merah adalah penting. Lemas, pusing dan pandangan kabur adalah ciri awal anemia kerana kekurangan zat besi. Pada kangkung terdapat 2.5 mg/100g zat besi, sehingga sangat baik untuk mengatasi anemia / kurang darah.


Mengurangkan haid berlebihan.
Jika anda mengalami haid berlebihan, boleh memanfaatkan kangkung untuk mengatasinya. Caranya : Ambil setengah kilogram daun Kangkung segar. Cuci bersih, lalu tumbuk halus. Tuangkan air setengah gelas, saring dan tuangkan satu sudu makan madu. Minum sekali sehari sekaligus. Haid akan jadi baik dan lancar. Jika suka terlambat haid, baca disini ubatnya.



Mencegah penyakit kencing manis.
Ekstrak Kangkung sudah diuji di makmal, dan hasilnya ternyata Ekstrak Kangkung berguna sebagai ubat anti diabetes. Hal ini kerana Ekstrak Kankung akan menghalang penyerapan kadar gula dalam darah. Perbanyaklah mengambil Kangkung, bila anda mengidap penyakit kencing manis. Ubat tradisional kencing manis lain adalah undur - undur.



Kangkung Kaya vitamin C
Kangkung juga banyak mengandung vitamin C. Secara umum, kandungan vitamin C pada Kangkung lebih banyak berbanding kebanyakan sumber vitamin C pada buah - buahan. Oleh kerana itu, kangkung baik untuk mencegah sariawan / gusi berdarah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh sehingga tak mudah terkena serangan penyakit akibat virus, misalnya flu. Baca Juga : Manfaat Vitamin C

Kangkung juga kaya vitamin B kompleks, sehingga boleh menenangkan otak.
Kadar vitamin B Komplek dan Omega 3 pada Kangkung, ternyata juga cukup banyak. Keduanya merupakan peningkat pengeluaran Serotin dalam otak kita, sehingga boleh mencipta suasana tenang melalui otak.Oleh kerana itu, kangkung boleh dikatakan boleh menyegarkan kembali otak kita.



Membuat tidur lebih nyenyak dan mencegah insomnia
Kangkung, mempunyai sifat sedatif, sehingga sering dikatakan sebagai penyebab ngantuk. Kangkung Juga berpotensi boleh mengendurkan saraf. Hal kerana adanya mineral seng dan selenium yang terkandung di dalamnya. Sehingga bila mengambil kangkung, saraf jadi kendur. Semakin kendur saraf - saraf kita, maka tidur pun akan semakin nyenyak dan lena. Mungkin sebaiknya jangan berlebihan mengambil kangkung jika bekerja dipejabat. Kebaikannya adalah, kangkung dapat membantu mengatasi masalah tidur/insomnia dan membantu untuk dapat tidur lebih nyenyak.



Menajamkan penglihatan.
Kangkung kaya akan vitamin A, sehingga Kangkung boleh menjaga kestabilan penglihatan mata. Vitamin A yang terdapat pada kangkung sebanyak 6300 IU, sedikit lebih banyak berbanding bayam yang hanya 6100 IU. Hal tersebut dapat dilihat dari warna daunnya, semakin hijau daunnya maka kandungan betakarotin juga semakin tinggi. Itulah sebabnya Kangkung dipercayai boleh menambah menajamkan pengklihatan mata.



Melancarkan air seni (Diuretic).
Ambilah akar Kangkung secukupnya. Direbus dengan 2 gelas air hingga tersisa 1 gelas. Minum air rebusannya sekaligus 1 kali sehari. Nescaya air seni akan lancar.



Menghilangkan kelemumur.
Ambillah seikat daun Kangkung. Rendam daun ini semalaman hingga airnya berwarna kebiruan. Lalu, mencuci dengan air rendaman. Lakukan setiap hari, nescaya kelemumur akan hilang.



Menghilangkan sembelit ibu hamil.
Bagi para ibu sedang hamil, biasanya merasa mual dan menderita sembelit. Maka ambillah seikat daun Kangkung. Ditumis biasa saja dan dimakan. Kandungan serat yang tinggi pada kangkung akan menghilangkan rasa mual dan sembelit pada ibu hamil.







Syamim belajar solat~


Bentang tuala, pastu dia solat..ada instructor kat sebelah ..kalau perasan ada towel pink kat sebelah dia tu, siapa lagi..kalau bukan kakak sufi ..dia kan dah selalu solat dan wudhu' di sekolah,bila balik memang dia rajin perturunkan ilmu pada adiknya.

Mulanya tu kami tak perasan tau sebab sibuk layan berita MH370.. pastu bila pandang  dia terkumat kamit..baca Allahuakbar.. terus snap gambar diorang tengah solat main-main..selalu memang kami solat berjamaah tapi lepastu budak dua orang ni buat ibu ayah macam main kuda kuda..sabo ajelah.




Memang dah beli buku Panduan Belajar Sembahyang untuk diorang .



Bloglist yang ghaib dan Celcom yang hampeh~


Ni dah seminggu jugak Bloglist kat sidebar sebelah kanan ni hilang secara misteri macam kapal MH370.. dah buat banyak kali hilang jugak,buat lagi ghaib lagi..pastu biarkan jelah..dia tengah nak berehat agaknya..bukan hape, susah sikitlah nak menjenguk blog member lainkan..dahler kat dashboard tu pun kadang ada kadang takde..jadi,jangan marah ya mana-mana blog yang saya rajin singgah tu kali ni maybe jarang-jarang sikit,sedang diusahakan ni..


Yang Celcom ni pulak macam hampeh..internet kau buat cam reta sendiri, customer ni bayar beb..tapi dalam seminggu tu boleh guna beberapa hari je..sabtu ahad langsung haremm takleh access.. paling bengang dia tulis kat wifi tu Invalid Sim atau insert sim,dah check dah my wifi hokey very good condition,call customer serive kata mmg ada problem network kat area sini, tapi ni dah jadi macam hape sebab kita bayar tapi tak boleh guna, kalau kita lambat bayar bukan kemain diorang nak push kita topup segala..ni dia tak bagi kita service,amacam camne u nak kira?

Penyelamat kat Yes la,  dapat wifi  FOC service selama setahun tu dapat time beli keta baru aritu.Tapi kalau layan Youtube je sehari terus data kong kehkeh merana kak Sufi dan adik Syamim takleh layan kartun feveret kannn



Bercucuk tanam ~ Pokok bawang


Jangan pernah bosan ya baca entri pertanian di blog saya, aish bukan pakar~ cuma hobi dan cinta yang baru berputik. Tak pandai maka kami berazam untuk belajar,semoga ilmu dan info yang ada dapat ditingkatkan dan kegembiraan hasil tanaman dapat dikongsikan - kongsi gambarnya ya haha.. banyak cakap punya orang ni..beberapa minggu lepas saya mula tanam pokok bawang merah,honestly..bukan nak dapat bawangnya tu tapi nakkan daun bawangnya, tiap-tiap minggu beli di pasar je kan..ape kata kita tanam  sendiri khen..dalam pasu dan polibeg je..simple punya kakak!


Bawang tu kerat 1/3 bahagian atasnya,bukan bahagian akarnya tau..Oleh kerana ni tanam sikit-sikit je, tak perlu rendam dulu dalam sebarang larutan,biasanya yang tanam kat ladang je diorang buat camtu sebab nak elakkan serangan fungus. Ni simple, lepas kerat saya terus je tanam dalam polibeg dan pasu.Beberapa hari je lepas tu dia  akan  mula bertunas ...keperluan cahaya matahri haruslah 100%.





Dah mula naik daunnya, tapi belum cantik lagi..kita tengok lagi nanti hasilnya...daun bawang ni memang penambah perasa dalam masakan, kalau buat cekodok bawang atau ikan bilis tambahkan daun bawang dia jadi lebih ummpphhh gitewww~

Bawang Merah

Keluarga: Alliaceae

Genus: Allium

Spesis: cepa
Nama saintifik: Allium cepa cv. aggregatum
Pembiakan: biji benih ataupun bebawang
Keperluan cahaya matahari: 100%
Fungsi di kebun: Sebagai tanaman penghalau. Daunnya yang berbau dapat menghindar daripada serangga perosak datang ke tanaman lain.


Khasiat bawang merah
  • Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi

  • Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory.
  • Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.

  • Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok.
  •  Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.
  • Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.




Hasil bercucuk tanam ~ Pisang Abu


Assalamualaikum readers, hari ni hampir sepanjang hari hujan,alhamdulillah..sekurangnya jerebu kurang la sikit, minggu lepas hari Jumaat tu sekolah pun tak  bukak sebab indeks pencemaran udara kat shah alam antara yang tertinggi. Thats why la ramai yang jatuh sakit ya..so pandai-pandai la jaga diri dan family time macam ni.. semalam area tempat tinggal kami ni dua tempat berlaku kebakaran..makin menjadi la jerebunya.

Tengahari tu hujan berhenti sekejap, encik suami sempatla tebang pokok pisang Abu yang dah mula kuning sebiji dua tu..baru perasan semalam so sebelum terlupa lagi hari ni dapatlah hasilnya,setandan pisang abu atau pisang awak. Memang banyak sebab pisang nikan saiz dia besar-besar, macam biasa akan agihkan pada jiran dan officemate nanti,Inshaallah. Tak larat habiskan walau sesikat tu,kami berempat tak kuat makan.. hehe. Ni pisang abu atau nama lain pisang awak,betuii ka? kalau salah tolong tegur ya.bukan pakar pisang.


 Ni  tak lama lagi tunggu plak pisang tanduk matang. tapi kalau pisang tanduk..memang kami suka goreng lagipun biasanya tak banyak sangat kalau sepokok tu, kadang-kadang 9 atau 8 je buah pisangnya,tapi demand terover pulak sebab memang ramai peminat pisang tanduk tu. 


Buat cekodok pon sodap...malas ke rajinnya je nak membuatnya tu kannnn ~ terbayang pengat pisang bubuh sagu..adeeiii nantilah difikirkan..





Ayam masak lemak cekur ~




Semalam dapat hasil bercucuk tanam dari cekur yang gebus kan, jadinya menu tengahari dah wajiblah ayam masak lemak cekur, tapi kali ni masak kurang pedas sebab suamiku sedang sakit jadi kena kurangkan makan pedas-pedas.Ni  kalau mak sendiri  yang masak adeii sodapnya..tapi kalau rumah mak mentua, dia lebih suka masak ikan keli masak lemak cekur/kencur katanya.Layanzz Khasiat Cekur.

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CEKUR 
Oleh : twentytwodecember.blogspot.com

Bahan-bahan: 
  • ayam dipotong - di goreng lembap[saya guna 1/2 ekor ayam saja 
  • 4 ulas bawang merah ditumbuk 
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk 
  • 7 biji cili padi ditumbuk
  • 1 biji cekur ditumbuk 
  • sedikit halia ditumbuk
  • sebatang serai di titik 
  • Daun cekur di hiris halus
  • 250 ml santan 
  • 1 keping asam gelugor
  • sebiji kentang dipotong-potong [goreng sekejap] 
  • Garam secukupnya 
  • Sedikit gula 
  • Minyak masak untuk menumis 
Cara: 
  • Tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga naik wangi, masukkan serai ,masukkan santan dan asam keping 
  • Masukkan ayam dan hirisan daun cekur, serta kentang tadi 
  • Renehkan sehingga kuah meresap.tambahkan garam dan gula secukup rasa


KFC Zinger Reloaded




Melekat sudah CPUV KFC~ Zinger Reloaded harini..terima kasih Nuffy ya..esok bagi lagi ya banyak -banyak..so far enam CPUV sedang running happily [ katanya].. seronoklah kalau bukak acc Nuffnang je nampak pemandangan indah macam ni..semangat ku nak berblogging...so far belum nampak langsung KFC Zinger tu tapi kat KFC aritu dah jeling-jeling..sodap sangatkah atau gambarnya saja menyelerakan kan kan..
nak tau cubalah sendiri..daaa





Hasil bercucuk tanam ~ Cekur


Assalamualaikum. Hari ni melayan sikit pokok-pokok kesayangan sambil  tengok apa yang boleh diambil hasilnya, ni dia si pokok herba Cekur yang gebus gebus tu kami nak pindahkan ke pasu lain sebab saya rasa terlalu banyak, dah 4 tahun lebih kami tanam si cekur, ni kali pertama nak ambik hasilnya sebahagian, dan sebahagian lagi  nak tanam semula.


Memang suka sangat cekur ni sihat semacam,padahal kami tanam macam biasa je dalam pasu panjang tu, cuma memang kena rajin siram la kan,sebab bila kami gi travel lama-lama tu memang dia merajuk,hampir mati..nak buat camne kan..hujan pun kurang.Tapi bila dah cabut tu, tengok takde pun isi cekur tu, atau rizom,atau saya panggil ubi cekur,daun dia punya  sihat walafiat..agak frust jugaklah rizomnya sikit sangat dan kecil -kecil je..padahal lebih 4 tahun tanam sepatutnya dah matang kan,..maybe sebab faktor tanah agaknya..apepun,alhamdulillah..masih boleh diguna untuk masak nanti.


Tapi takpelah,sebab biasanya kan, kami masak especially  ayam masak lemak  hanya gunakan daun dan batangnya , takpe-takpe sambil pujuk hati..kita tanam lagi sekali dengan harapan hasilnya lebih cantik ya. Kalau dulu  saya di Kelantan,keluarga abang ipar saya suka jadikan cekur muda ni jadi ulaman,Cekur juga banyak khasiatnya, selain penambah rasa dalam menu masakan.



Cekur yang sebahgian lagi tadi tu dah pindah dan tanam semula kat pasu lain


Khasiat Cekur


Nama Botani : Kaempferia galanga

Famili : Zingiberaceae (keluarga halia)


Cekur nie merupakan tumbuhan dalam famili halia iaitu zingiberaceae. Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur boleh membiak melalui isinya @ rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.


Rizom atau umbisi cekur mempunyai aroma yang agak lembut, Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak yang lain. Antara khasiat cekur nie adalah seperti berikut :


1. Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.

2. Menyembuhkan kembung perut,

3. Melegakan perut memulas 
4. Mengurangkan bengkak.
5. Melancarkan Haid. 
6. Melegakan batuk.
7. Sakit urat saraf
8. Senak perut 
9. Buang angin
10.Sakit sendi. 
11.Muntah


Biasanya orang ambik isi/rizom dia buat ubat.. Daun cekur muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan. Orang jawa kat malaysia nie gunakan rizom cekur untuk buat kuih tempeyek, Orang melayu dulu-dulu gunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk ubati malaria. Kat indonesia cekur digunakan oleh wanita lepas bersalin untuk panaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot. 

Orang filipina guna rizom cekur untuk menyembuhkan sakit selesema dengan cara menghidu rizomnya. 

Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik.



Baca lagi entri berkaitan :




Melayan anak-anak~


PRAY FOR MH370. Lately, Sufi Insyirah suka sangat ajak gi playground kalau kami [ ibu n syamim] pickup dia balik sekolah,bayangkanlah, pukul 12 tengahari..terik matahari memang terasa sangat..boleh ajak gi main-main segala. Mau pitam dibuatnya. Macam tak puas aje main kat playground sekolahnya tu...hishh mmg hangin kadang-kadang tu..kalau tak dilayan merajuk buat muka kang sat lagi menjerit pulak meroyan..macam tulah perangai dia..adik dia pun sama je satu kepala..diorang macam dah buat pakatan merajuk supaya ibu melayan semua kehendaknya tu.

No choice kena bawak jugak gi playground, paling selamat tak panas kat KFC lah paling dekat. Biasanya diorang main dulu sampai puas hati pastu baru makan. Ni kalau ikut anak tekak dah kembang, entah kenapa sekarang tak layan sangat KFC dah tahap bosan agaknya..tapi budak-budak ni layan je.. kalau hari-hari cenggini kopak nak oii.. yang bestnya memang ibu tak payah masak lunch... tapi bukan healthy sangat pun fast food tu kan..Melayan budak-budak ni..janji diorang hepi..



* BLOGLIST  kat sidebar kanan ni kan, sekejap ada sekejap hilang,harini terus hilang...nape erk? 


Tahniah, Rozita Che Wan sah hamil~



Pelakon Rozita Che Wan pada petang Isnin mengesahkan sedang hamil anak pertamanya bersama aktor Zain Saidin menerusi laman Instagram miliknya.


Rozita, 41, dalam satu entri di laman tersebut memberitahu dia mengetahui sedang mengandung selepas melakukan sendiri ujian kehamilan selain turut gembira kerana dapat memberikan seorang anak buat suaminya.

"Alhamdulillah, ...syukur dengan nikmat mu ya Allah," katanya pada kapsyen gambar alat ujian kehamilan yang dimuat naik di Instagram milik Rozita.

Bagaimanapun Rozita tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungannya itu.

Sebelum ini menerusi laporan mStar Online pada 3 Mac lalu, Zain, 30, pernah meluahkan perasaan gembiranya bahawa Rozita berkemungkinan besar sudah mengandung.



Foto alat ujian kehamilan yang dimuanaik dalam Instagram milik Rozita Che Wan.

Bagaimanapun ketika itu, Rozita belum membuat pemeriksaan doktor lagi dan menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya jika Rozita benar-benar mengandung.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.Rozita juga mempunyai dua cahaya mata anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.sumber 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...