Sengkuang calit


Kononnya teringin makan sengkuang calit. Seriously, beberapa bulan lepas baru saya tahu kewujudan makanan ni, honestly zaman kecik saya pun tak pernah jumpa menda ni..betul tak tipu, malangnya tempat kelahiran saya tidak wujud pula sengkuang calit.Nak buat camner..tanya kat suami pun dia kata kampung dia takde menda ni. Jadi kami sekeluarga antara generasi yang malu-malu kucing nak mengaku,ni 1st time makan sengkuang calit.Jangan marahhh hokey..


Ini terjumpa di pasar malam, dan cik adik si gerai jual sengkuang calit ni pun bila saya tanya , ini kali pertama dia berniaga disitu, harga 1 slice yang agak besar dan tebal ni ialah RM1, kami cuba beli 4 slice gitu nak tahu apa feeling atau fening hehe


Hokey, memangla sedap, sengkuangnya sejuk kan, dan rasa sos rojak dan kacang tu memangla best, tapi kannn..kalaulah tepek sos dan kacang tu berbukit-bukit lagi sodappp... kihkih..takpe..weekend ni kita cari port sengkuang calit ni ....dah ku search internet ..kita terjah nanti .Insshaallah. Till then,wassalam.




3 comments:

  1. mesti sedap sbb sengkuang tu kan rangup, kena lagil dengan kuah rojak..

    ReplyDelete
  2. Rasanya sengkuang ni selalu ada dalam rojakkan..coz kalau makan macam tu aje tak best...mesti ada pencecah..

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...