Omayra Sanchez ~ kisah pilu menyayat hati



Tragedi MH370 yang bikin hati menangis, termasuklah  menonton berkali-kali video si pembaca berita TV3 yang tak dapat menahan rasa pilu tatkala mengakhiri slot MH370 tu..[sedih kan] walaupun PM dah buat pc kata MH370 berakhir di Lautan Hindi , tapi kisah sebenar tragedi kehilangan pesawat terbabit masih menjadi tanda tanya , semua ingin tahu apakah sebenar benarnya yg berlaku..Allah jua maha mengetahui.. kerana DIA lah yang mencipta, dan berkuasa di laut udara darat dan hujung dunia sekalipun.



Selain itu,saya  ingin berkongsi pula kisah Omayra Sanchez...kisah ini dah lama saya tahu, tapi setiap kali teringat, tiap kali tu jugalah rasa pilu dan menyentuh hati. Dalam dunia ni, banyak perkara dan tragedi berlaku setiap saat, banyak peristiwa menyentuh perasaan kita....



 Siapa Omayra Sanchez ?



Omayra adalah gadis berusia 13 tahun , gadis sunti ini antara mangsa kerakusan letupan gunung berapi Nevado Del Ruiz berhampiran kota Armero Columbia.Letusan gunung berapi tersebut adalah bencana terburuk abad ke 20 berlaku pada  13 November 1985.

Pasukan penyelamat menemui Omayra Sanchez, antara mangsa yang masih hidup pada waktu tersebut, Omayra tersekat dan terperangkap  dengan separuh daripada tubuhnya ke bawah terbenam kedalam lumpur.Di kelilingi binaan konkrit membuatnya tidak dapat ditarik keluar oleh para pasukan penyelamat.

Setiap kali cuba ditarik keluar, air akan semakin meningkat naik dan boleh menyebabkan Omayra kelemasan.Kakinya tersepit dicelah konkrit dan menyedihkan, omayra hanya menahan letih kakinya diatas mayat ibu saudaranya,yang turut terkorban dalam bencana itu.


Selepas hampir 36 jam cuba menyelamatkan Omayra, gadis ini semakin letih dan  salah satu cara untuk menyelamatkannya adalah dengan memotong bahagian bawah kakinya namun perkara tersebut tidak dpt dilakukan kerana kekurangan peralatan dan perubatan.

Para petugas, wartawan dan jurukamera saling memberi semangat pada Omayra untuk terus hidup, memujuknya untuk makan dan minum ,pelampung yang diberikan padanya untuk menyokong tubuh sudah semakin tidak membantu,hari ketiga Omayra mula berhalusinasi dengan mengatakan dia akan lewat kesekolah..


60 jam selepas itu Omayra akhirnya tewas, akibat gangren dan hypothermia kerana terendam terlalu lama dalam air ,beliau  pergi  dengan meninggalkan kontroversi dan persoalan terhadap kerajaan Columbia yang sangat lambat bertindak  memberi bantuan keselamatan dan perubatan dalam bencana tersebut.

Bayangkan 3 hari dalam selut.. Omayra tidak merungut dan tenang..ketika waktu waktu terakhir,Omayra meminta semua petugas dan wartawan yang mengelilinginya agar memberinya ruang untuk dia bersendirian..

Seorang jurugambar  profesional dari Perancis, Frank Fournier telah memotret gambar Omayra yang ketika itu sudah terlalu lemah dan warna matanya sudah bertukar kehitaman..Omayra sempat  mengucapkan terima kasih  kepada mereka yang cuba membantu dan  mendoakannya.


Potret inilah yang menggegarkan dunia hingga memenangi Anugerah Pulitzer 1986,  hingga kini potret ini sangat terkenal di dunia ,Omayra Sanchez dalam memori.

Omayra Sanchez Video




11 comments:

  1. Sedihkan Immie...kisah beliau memang sangat menyayat hati...tapi dia tenangkan...banyak gambar-gambar dia yang kita tengok sebelum ni..Thanks immie coz berkongsi kembali kisah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kak, selalu etrkenang story ni..pembaca berita tu pun menangis time story ni

      Delete
    2. Ada keluar berita ke? Sedihnya baca kisah ni

      Delete
  2. sedihnya.. first time dengar kisah ni..

    ReplyDelete
  3. sedihnya...x sanggup nak bayangkan....tgk gambar tu pun rasa nak nangis...

    ReplyDelete
  4. sebaknyer rasa, pertama kali membaca kisah ni.. tq berkongsi yer.. nak ceritakan pada adik kisah ini nanti !

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome kak, amazing story wajar dikongsikan

      Delete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...