Assalamualaikum readers, hari ni hampir sepanjang hari hujan,alhamdulillah..sekurangnya jerebu kurang la sikit, minggu lepas hari Jumaat tu sekolah pun tak bukak sebab indeks pencemaran udara kat shah alam antara yang tertinggi. Thats why la ramai yang jatuh sakit ya..so pandai-pandai la jaga diri dan family time macam ni.. semalam area tempat tinggal kami ni dua tempat berlaku kebakaran..makin menjadi la jerebunya.
Tengahari tu hujan berhenti sekejap, encik suami sempatla tebang pokok pisang Abu yang dah mula kuning sebiji dua tu..baru perasan semalam so sebelum terlupa lagi hari ni dapatlah hasilnya,setandan pisang abu atau pisang awak. Memang banyak sebab pisang nikan saiz dia besar-besar, macam biasa akan agihkan pada jiran dan officemate nanti,Inshaallah. Tak larat habiskan walau sesikat tu,kami berempat tak kuat makan.. hehe. Ni pisang abu atau nama lain pisang awak,betuii ka? kalau salah tolong tegur ya.bukan pakar pisang.
Ni tak lama lagi tunggu plak pisang tanduk matang. tapi kalau pisang tanduk..memang kami suka goreng lagipun biasanya tak banyak sangat kalau sepokok tu, kadang-kadang 9 atau 8 je buah pisangnya,tapi demand terover pulak sebab memang ramai peminat pisang tanduk tu.
Buat cekodok pon sodap...malas ke rajinnya je nak membuatnya tu kannnn ~ terbayang pengat pisang bubuh sagu..adeeiii nantilah difikirkan..
wah digoreng ni mmg sodap sngat lah !
ReplyDeletepengat pisang...perghhhh..anta sikit nnt tau..huhu
ReplyDelete