Menu santapan ketika demam~


Assalamualaikum readers, dah masuk tiga hari ni suami demam, sebelum tu anak dara yang demam..tak sekolah dua hari, ni ayahnya dah MC then semalam gi keje  bos kasi time off lagi tetiba muncul depan pintu balik awal. Dalam seminggu ni menu demam saja..air masak pun abis memanjang..cuaca jerebu dan panas ni mmg laku sangat air minum..rajin la masak menu sup, singgang dan masak stim untuk family. Kurang berminyak, kurang pedas dan kurang garam. Sunyi sikitla rumah bila diorang demam ~


Kerapu stim halia, simple-simple saja...RESEPI SINI ya, adjust la mana yg patut , saya masak main campak-campak je..Kalau Chef Wan tu campak-campak je pun nampak seni kreatif kulinarinya,ni kalau kita entah le apa rupanya hihi


Ni masak lebih kurang, jadi sukatan ikut anda pandai-pandai la ya, saya masak biasanya 1 ekor je ikannya jadi bahan lain pun tak perlu banyak,sebab mmg suami seorang yang makan menu macam ni, saya kurang sikit..

RESIPI IKAN KERISI MASAK SINGGANG

Bahan-bahan :
 ikan kerisi - dibersihkan
Kacang bendi secukupnya
sedikit cili jika mahu rasa pedas
 bawang besar - dihiris
bawang putih - hiris
halia dihiris
lengkuas - diketuk
 serai - diketuk 
sedikit serbuk kunyit
 asam gelugur 
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara-cara :

Masukkan air secukupnya didalam periuk.
Masukkan semua bahan yang dihiris, cili kisar, asam gelugur dan serai.
Masak hingga mendidih.
Masukkan ikan, bendi dan cili . 
garam secukup rasa.

Ada juga terbaca tentang bahaya diserang strok haba ketika cuaca macam ni, banyak juga kes keracunan makanan sebab faktor cuaca menyebabkan makanan lebih cepat basi, sampai bawa kematian pada kanak-kanak yelah antibodi lebih lemah dari orang dewasa cepatlah mereka tewas.. jadi waktu macam ni kita kena lebih berwaspada, anak-anak tau terjah je main alldaylong .. jerebu ni saya mmg kunci terus anak dalam rumah.. kesian gak terjerit-jerit nak keluar..tapi saya buat stubborn je ..hihi ni emak hati batu ya..utk kebaikan kan, till then,wassalam.



4 comments:

  1. wah..ai masakan2 org demam ni mmg favourite...betul tu...kadang org tgk kejam..tapi kalau untuk kebaikan, x salah kalau suruh diorang main dalam rumah je...for their own sake!

    ReplyDelete
  2. Smoga cpt sembuh. Musim prg tak sihat skang ni.

    ReplyDelete
  3. wei simple2 pun sedap ni... orng sihat pun suka ni hehehe, moga en hubby kembali sihat yer

    ReplyDelete
  4. sedapnya ikan stim
    take care yea..jangan lupa makan ubat :)

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...