Emmanuel Yeboah dilahirkan di Ghana,ditinggalkan oleh ayah kandungnya sejurus dilahirkan kerana lahir hanya dengan sebelah kaki.Dilahirkan dalam keluarga miskin,kehidupan Emmanuel penuh dengan ranjau duri.Ini kerana sepuluh peratus penduduk Ghana dari golongan kurang upaya kebanyakannya sering diperlekehkan dan dibuli.
Emmanuel seorang lelaki tanpa sebelah kaki yang penuh motivasi,gemar membantu ibunya didapur dan memanjat pokok kelapa serta mengambil air disungai bagi meringankan beban keluarga.Beliau mengumpul wang hanya untuk membeli sebiji bola setelah disingkirkan oleh rakan-rakan,selepas itu dia memberi pinjam bola kepada rakan-rakannya dengan syarat dia boleh turut serta bermain bola keranjang.
Bagaimanapun,beliau membuat keputusan untuk menunggang basikal setelah ibunya meninggal dunia.Beliau kemudian mengelilingi Ghana menunggang basikal setelah menerima bantuan dari pertubuhan luar,misi ini bagi membangkitkan kesedaran terhadap golongan kurang upaya di Ghana serta kempen kesedaran diskriminasi terhadap golongan sepertinya.
Beliau kemudiannya memenangi triatlon di Amerika serta menerima anugerah antarabangsa kerana mengubah persepi rakyat Ghana terhadap golongan kurang upaya serta membuka peluang pendidikan dan giat dalam sukan.Rakyat Ghana serta seluruh dunia terkesan dengan kecekalan Emmanuel Yeboah serta mempersoalkan tahap kecekalan sendiri " Kalau dia mampu,kenapa kita tidak?"
No comments:
Post a Comment
thank you for ur comments!