Resepi masakan Udang goreng tempura.





Resepi masakan Udang goreng tempura.

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

8-10 ekor udang segar sederhana besar
100g tepung tempura@tepung gandum
100g serbuk roti
1 biji telur
garam
lada sulah
minyak utk menggoreng


Cara-cara :



Kupas kulit udang, buang kepala dan basuh dengan bersih. Supaya udang tak bengkok semasa digoreng.kerat bawah badan udang tetapi jangan  sampai putus.Keringkan  badan udang sebelum menggoreng utk mengelakkan  meletup ketika menggoreng.taburkan garam dan lada sulah  secukup rasa.

Lumur udang dengan tepung,kemudian  celup dalam telur yang sudah dipukul hingga kembang. Kemudian lumurkan dengan serbuk roti.

Pastikan minyak sudah panas dan bolehlah goreng udang hingga warna  keemasan.

Sedia dihidangkan.






No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...