Resepi masakan Kerabu Mangga yang sedap dan mudah.



 


Resepi masakan Kerabu Mangga

Bahan-Bahan:

3 biji mangga muda - mayang memanjang
5 ulas bawang merah - hiris nipis
6 biji cili api - potong kecil
Ikan bilis - digoreng
Kacang Tanah - digoreng 1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis - ambil air perahan
2 helai daun salad
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Gaulkan hirisan mangga, bawang merah, cili api, gula, sos ikan, garam, perahan limau nipis.
Masukkan pula kacang tanah dan ikan bilis.
Letakkan di atas pinggan yang telah dilapik dengan daun salad.

*Boleh dihidang segera atau disejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Jangan campurkan semua bahan terlalu awal kerana ikan bilis dan kacang akan menjadi liat dan lemau. Gaulkan bahan bahan 10 minit sebelum dihidangkan supaya ia rasa segar.




1 comment:

  1. boleh wat menu puasa ni..thanks :)

    http://www.kotak-lirik-lagu.com

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...