Kisah suka duka berblogging.

Assalamualaikum.Hari ni terasa nak membebel.Mahaplah kalau  bosan.Sila baca surat khabar + tengok TV + surfing. Itulah yg saya buat jika bosan,buat semua skali harung.Sudahnya habuk pun tak masuk dalam otak.Kelabu asap.Dah lama jugak cik timah berblogging rupenya.Since August 2010,kiranya  dah hampir dua tahun ea,tupun sebab tak keja,jadi sejak itu kononlah berblogshop sambil perabis duit bayar bil internet.Keperluan zaman sekarang.setuju kan.Godak punya godak macam2 jugaklah yg diharungi dalam dunia blog,lebih kurang je sebenarnya dgn dunia sebenar,lainnya kita bley buat bodo je ngan internet ni.

Dari kisah si Anon - anonymous BACA SINI , yg suka benar melebarkan sayap caci maki padahal sgtlah pengecut perangai Anon ni..tak kelass kau joyah.

Juga pengalaman Facebook cik timah kena godam  BACA SINI  hacker yang gersang itu mungkin sudah dapat pembalasan setimpal,siapa tahu kan.. kalau kerjanya siang malam guna jari jemari dan akal fikiran yg Allah kasi tu nak menggodam harta orang,jawabnya Allah ambik baliklah segala kelebihan Hacker yg gersang.wakaka

Paling nervous bila blog kena DELETED oleh google..pengsan jap BACA SINI.Sampai ati gugel tau nyampah!

Ataupun bila entry kita senang dan percuma je orang lain ciplak BACA SINI silakanlah labu labi..malas buat entry tapi nak kasik up trafik ea,bagus kau labu.genius.cemerlang gemilang terbilang.

Jom tengok keywords bulan ni yang tak pernah cik timah tawarkan pakej,tapi ada jugak menebeng dalam keywords haha.First place jatuh kepada BUBUR KACANG 18SX wehahaha serius karat betul minda.Kasihan si bubur kacang dapat 18sx apa relatednya pun cik timah tak paham!






Honestly,top keywords biasanya adalah story retis lah kan,no wonder lah kalau blog hiburan dan gosip tu boleh carik makan.Betul.tak tipu.Tapi cik timah buat story yg simple2 je dan takde isu memfitnah dan bergosip tanpa asas.Takut kena saman.Takde duit nak naik court.Antaranya story  Ally Iskandar ataupun story Rita rudaini  juga story Nora Danish. Lagi satu readers suka tengok gambar retis n baby comel diorang  Tapi kita buat story simple dan manis2 jelah kan..tak baik gosip melampau,kita tak tau kebenarannya.Gambar kahwin artis pun deyoll suka tengok.Cik timah listkan kat bawah ni kalau u ollz sudi nak baca lagi wokey :


 Dari dunia blogging juga cik timah mula belajar carik duit poket melalui medium pengiklanan.Sumpah serius tak tahu tentang ini sebelum berblogging.Orang gua betul cik timah ni.Terima kasih Nuffnang dan Churp churp,sebelum tu ada juga join Mangga and Heartbeat tapi mahaplah ea,hasilnya  slow sket jadi cik timah kasik relax dulu.So mintak pendapat u olls yg dah biasa buat cash out nuff n churpie,bila agaknya waktu paling sesuai nak cash out supaya cepat sket dpt check tu? Tolong bagitau cik timah ea.Ingatkan nak kasik duit keluar dah lama sangat mengeram.Nilainya sedang2 je tak banyak mana pun ngeh ngeh.




Page views juga banyak dibantu oleh Busuk.org klik banner kat tepi kanan tu,fungsinya untuk ping entry kita,terima kasih Busuk.Kamu busuk tapi wangi.Kipas sikit!



Pageviews  terbanyak juga calon2nya adalah yg banyak gambar mabeles.Perasan.Cik timah jd potograper cap ayam since berblogging.yeeehaa karat..malu malu.Kalau sudi tengoklah entry2 ini ea :

Kesimpulannya,cik timah rasa Follower yg ramai tak semestinya Commentor pun ramai.Sometimes ada silent reader yg setia jenguk blog kita.Ada juga Follower sikit tapi commentor pulak ramai,pageviews pun tinggi.Urmm..yang penting isi entry kita buat tu kot..teknik SEO pun penting.Blog cik timah sedang2 je tak femes dan pageviews sederhana.Jadi adakalanya malas nak layan,abaikan jelah blog bersawang.Hehe.Lately kalau cik timah join GA or contest,cam kena fraud pulak,bila menang hadiah tak sampai or bila dateline GA tu terus ghaib.Penatlah.Haus pulak walaupun cuma ketuk keyboard tapi sama tahap cam membebel.Till then,luv you!






6 comments:

  1. kelas cik timah! more and more entry kelas2 lagi eh...

    ReplyDelete
  2. hehe lucu ada pulak keywords macam tu =O tak paham diorang nih..selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing loving :) good luck~

    ReplyDelete
  4. @mummy : welcome dear,sharing is caring

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...