Macam-macam. Seorang lelaki bertindak licik dengan memecahkan pintu belakang sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Stesen Aliran Ringan Universiti di Bangsar di sini sekali gus dapat melarikan wang lebih RM100,000.
Kejadian itu hanya disedari pada pukul 1 petang semalam apabila seorang juruteknik, Rahim Nasir, 29, melakukan pemeriksaan sebaik menerima laporan wang di dalam mesin berkenaan lesap.
Katanya, sebaik tiba, dia dapati papan kekunci di belakang ATM tersebut telah diumpil dan pencuri menggunakan mesin gerudi untuk memecahkan dinding konkrit yang menempatkan peti besi.
“Penjenayah juga mematikan alat penggera yang dipasang di peti besi tersebut.
“Dia juga dapat melengah-lengahkan pihak berkuasa untuk mengesan jenayah itu dengan memecahkan bahagian belakang mesin tidak seperti kes-kes sebelum ini yang dirosakkan di depan,” ceritanya.
No comments:
Post a Comment
thank you for ur comments!