Tips rawat kaki terkehel | terseliuh.







Assalamualaikum.Pagi sabtu semalam ,hati riang ria je bila hubby ajak gi cuci mata tengok rumah baru.Siapa tak suka kan,sekeluarga rasa ceria jer.Dengan eksyennya,saya pun menyarung kasut tumit 2 n half inch ,nak bergaya katanya,poyos sungguh semangat pagi tu..berkobar nak melawa.Tengok rumah jer pun bukan nak catwalk kat Bukit Bintang tu..sawan agaknya aku neh!


Sambil dukung baby syamim,turun keta baru 2/3 langkah dah nak tersembam.Nasib baik tak terjatuh budak kecik ni...sakit tak terkata lah bila kaki terpelecookkk..nak meraung rasa..tak ambik kesah dah malu ke hapa tak terpikir bila kaki sakit dek kerana kasut tumit tinggi yg biasa pakai tapi entah nasib kurang baik kali ni terpleot pulak.. Hambik..sampai la ni bengkak takleh jalan langsung..semuanya urusan rumahtangga diambil alih serta merta oleh encik suami.Alhamdulillah ni macam dah okay sikit.Mak dah suruh balik kampung berurut,masalahnya minggu depan saja appointment klinik budak2 ni berderet pulak,mmg kena postpone je impian nak dpat service 5 star urutan kampung .


U all pernah tak terpleot camni punya teruk,atau mana tau nak terkena - ish harap jgn ler marilah cuba tips ni,mana tahu dapat membantu serba sedikit :

  • Pertama skali ini dia : Jangan nak mimpi catwalk kasut tumit tinggi lerrr - sarung sandal Scholl sudah..selamat.. selesa!
  • Ada air zam-zam,kebetulan kakak balik haji,baca selawat dan sapu tempat sakit tu..Insyaallah.
  • Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.
    Inilah rupa paras daun tembaga suasa,ha..dah tunjuk baru tahu kan,biasa dia tumbuh sendiri jadi bunga hiasan kat kampung..!

  • Dapatkan daun limau nipis dan sedikit kapur. Sapukan kedua-dua bahan ini pada bahagian sakit dan urut secara perlahan. Sekiranya dilakukan dengan kerap, rasa sakit akibat terseliuh akan berkurangan dan kemudian akan terus hilang.


*Mood rumah baru terus hilang....sekarang baru tahu rasanya situasi orang patah kaki,semua kerja tak jalan..kesian tengok suami penat lelah,doalah sgt cepat baik..dalam waktu sama,ada pihak yg tersedar akan kepentingan isteri,isteri sakit..semua kerja kelam kabut..hehe





6 comments:

  1. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  2. sakitnye rasa kaki tu..
    arap2 cepat sihat yer

    ReplyDelete
  3. @Ietams : tq yer..mmg sakit ni bengkak tak susut lagi =(

    ReplyDelete
  4. assalam imie,slm kenal dr mama..Thanks atas info yg sgt berguna ini !!..& thanks sudi singgah ke entry mama.. :)

    ReplyDelete
  5. @mama aini : ok mama,salam kenal juga dan selamat berblogging yer

    ReplyDelete
  6. terkehel jumpe tukang urut mmg sakit giler,tapi mmg power,alhamdulillah terus baik.

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...