Kutuk suami di facebook | buka aib sendiri!



Assalamualaikum.Beberapa hari lalu saya terbaca status seorang rakan facebook yang naik hangin dengan suaminya.Serius,banyak betul meraih 'like' dan comment memberangsangkan.Terkesima saya membaca status dan komen2 yang bagi saya agak extreme.Sebenarnya rakan facebook ni takdelah kawan sgt,cuma dia jd friend di blogshop saya,kebetulan husbandnya - yg sibuk dicanangkan tu adalah  sahabat  abang saya di kampung dulu. Memang lah saya kenal sgt perangai suaminya yg playboy sedari dulu lagi tu,tapi tak sangka pulak terbawa2 sampai dah kawin beranak pinak pun tak insaf lagi rupanya.

Saya simpati dengan si isteri ni.Kisahnya - suaminya bagi hadiah pada girlprennya,barang kemas milik si isteri dah si suami  hadiahkan kat si wanita pihak ketiga tu! ada juga orang camni erk - o'owh saya tak jaga tepi kain orang,kerana ini cerita dipublish oleh empunya badan sendiri..sowi yer..saya bukan minah kaypohhh nget nget.


gambar merapu..!!

Ya,sebagai isteri,saya faham bila ada dugaan2 seperti ini datang melanda rumahtangga,tentu goyah hati dan perasaan wanita,terluka jiwa dan hancur luluh rasanya kan.. nak cari tempat mengadu,untuk luahkan perasaan..

Tapi tolonglah,jangan publish di facebook,ini membuka aib sendiri..membuka pekung rumahtangga sendiri..nak satu dunia tahu ker suami kita begitu perangainya.Itu sedang berperang,kalau nanti dah berbaik,macamana kita nak cover story tu? boleh ker nak tarik balik apa yg dah terkecoh kat laman sosial tu?

Semua insan melalui saat2 duka dan konflik dalam hidup,mengadulah pada insan yang tepat,mengadulah hanya pada Allah.Jangan membuka aib dan kelemahan sendiri dengan bercerita sebegitu rupa tentang kisah medan perang rumahtangga kita.

Ini peringatan untuk diri saya sendiri,sama2 kita kongsikan dan ambil iktibar.Maafkan saya jika tersalah kata dan menyinggung mana2 pihak.


What say you?




9 comments:

  1. Salam Kak. Sy sokong apa akak cakap tu. Life is to personal to share with a lot of people. Nak pulak dlm laman sosial mcm tu. Bkn semua kita knl. Tu laa.. Kena sentiasa berwaspada dgn segala tindak tanduk kita. Benda mcm ni boleh bwk padah. :) Ini pendapat sayalah. Apa pun sy memang agree dgn akak :)

    ReplyDelete
  2. @IzyanWasli : tq izyan,somestimes people obses sgt dgn fb smp lupa diri bila emotional.

    ReplyDelete
  3. kesian dgn org mcm tuh. x boleh pk panjang

    ReplyDelete
  4. memang apa yg terjadi kat dia x patut sangat, tapi mcm yg awk kata x baik buka aib rumahtangga di laman sosial ni kan..walau sejahat mana laki dia tapi bila dia membuka pekung didadanya sendiri lagi berdosa dia kan..

    ReplyDelete
  5. @cik tikah : hehe mmg kesian,tp dia tak kesian dgn diri sendiri pulak =(

    ReplyDelete
  6. @ija miza : betul2 tu,canang keburukan suami,berdosa besar dear

    ReplyDelete
  7. sokong2!

    kalau iye pown geram jgnlah post at fb.. aib tu..

    ReplyDelete
  8. @Clara : ye betul..takyah cari perhatian publish kat fb..jd nyampah ada!

    ReplyDelete
  9. sepatutnya bersabar bila suami buat hal..kalau kecoh2 hati suami makin panasss!!

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...