Showing posts with label gambar artis kahwin. Show all posts
Showing posts with label gambar artis kahwin. Show all posts

Jimmy Shanley nikah lagi, comel isterinya ~


Jimmy Shanley nikah


Setelah hampir 2 tahun menjalani kehidupan sebagai duda, akhirnya pengacara dan juga pelakon terkenal Jimmy Shanley dan Mariam Jamilah Abdul Jalil sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz yang berwalikan bapa kepada Mariam, iaitu Tuan Haji Abdul Jalil dengan mas kahwin berjumlah RM 1,000.


Manakala wang hantaran berjumlah RM 15,000. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Tuan Haji Nurul Hisham yang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam Selangor 6.20 petang. Turut hadir adalah ahli keluarga dan sahabat handai terdekat termasuk di kalangan artis dan selebriti tanah air.


Pihak lelaki membawa 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak perempuan. Barang-barang hantaran seperti jam tangan G-Shock dan tali pinggang Louis Vuitton, wangian Armani Mania, sepasang kasut Louis Vuitton, jubah, set kemeja Dolce & Gabana dan sirih junjung. sumber rotikaya


Radhi OAG Kahwin kali kedua,comel dan muda isterinya~


Setelah hampir empat tahun menduda, vokalis kumpulan OAG, Radhi sah bergelar suami kepada Nur Shahira Ayu Zahiri atau Ayu, dengan sekali lafaz, sekitar jam 10.30 pagi ini. Majlis akad nikah mereka telah diadakan di masjid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pemilik nama sebenar, Muhammad Radhi Razali, 37, telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Neger, Mohd Firdaus Subhi. Ayu, 20, yang merupakan seorang model sambilan menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM30,000.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Radhi menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian Ayu pula menyarungkan cincin kepada suaminya.

Radhi memberi 12 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa tepak sireh, kek, sejadah, beg tangan berserta dompet, produk wangian, produk kecantikan dan sebentuk cincin.


Sebagai balasan, gadis manis berasal dari Kuala Lumpur ini memberikan 14 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa Al-Quran, sireh junjung, sejadah, buah-buahan, dompet berserta tali pinggan dan cermin mata.

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih. Radhi segak berbaju Melayu dan Ayu anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional. Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.

Mengimbas detik perkenalan mereka, pasangan ini bertemu ketika Radhi membuat persembahan di pusat beli belah The Curve, Damansara, kira-kira lima tahun lalu. Ketika itu Ayu baru berusia 15 tahun. Selepas pertemuan itu mereka menjadi akrab sehinggalah kedua-duanya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.

Sementara itu majlis resepsi mereka pula bakal diadakan selapas Hari Raya Aidilfitri.Radhi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif, 35, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 10 tahun.


Gambar suami Linda Onn.




Ini dia wajah kacak suami Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn pada 27 Disember lalu selamat diijab kabulkan dengan Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di kediaman Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang.




[13Gambar] Sekitar Resepsi perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin


Sekitar Resepsi Perkahwinan Zain Saidin Dan Rozita Che Wan

Mengambil tempat di Setia City Convention Centre di Shah Alam, majlis resepsi perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin memang tampak meriah & mewah selari dengan gelaran Wedding of the Year yang mereka terima dari para peminat & pemerhati dunia hiburan.sumber http://www.rotikaya.com


















[VIDEO] Rozita Che wan ~ Zain Saidin sahkan nikah 11 Disember ini , tajaan RM13juta~



Zain Saidin & Rozita Che Wan 
Setelah hampir empat tahun menyemai kasih, pasangan selebriti popular, Zain Saidin & Rozita Che Wan mengambil keputusan untuk memilih tarikh 11 Disember 2013 untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.


Pasangan popular ini terlebih dahulu telah mengadakan majlis merisik bertempat di Carcosa Sri Negara pada 29 September 2013 lalu. Majlis merisik telah berlangsung pada pukul 3.00 petang dan disaksikan seramai 60 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.


Terdahulu pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi pra-perkahwinan di beberapa lokasi menarik sekitar Eropah dan Bali. Bagi melengkapkan majlis yang bakal diadakan secara gilang-gemilang ini, mereka telah banyak menerima tawaran daripada ramai pihak yang sudi menaja.

Tonton Video Save The Date Zain Saidin~ Rozita Che Wan




Kesemua majlis seperti berinai, akad nikah dan bersanding akan diadakan di Shah Alam. Majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 10 Disember 2013. Majlis tersebut dijangka akan bermula sekitar jam 8.00 malam.


Seterusnya pasangan ini bakal dinikahkan keesokan harinya, 11 Disember 2013 di Gazebo Setia City Convention Centre, selepas solat Maghrib sekitar jam 7.30 malam.Astro Ria adalah penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan. (rtky/hfz)


Gelaran Wedding of the Year 2013 boleh diberikan kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Mereka sudah berbelanja lebih RM200,000 untuk barangan hantaran sahaja namun ini ada informasi tentang kos keseluruhan.

Dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro, Zain Saidin berkata yang hantaran berjumlah RM100,000 kepada Rozita Che Wan adalah hasil kerja keras beliau sepanjang tahun manakala sebahagian besar kos RM1.21 juta untuk perkahwinan mereka datang dari tajaan.

“Saya terharu apabila banyak pihak sudi menaja hari bahagia kami & pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak yang sudi menaja majlis berinai, akad nikah dan resepsi kami,” ujar Zain Saidin.


Zain Saidin turut berkata yang beliau menyerahkan RM100,000 kepada Rozita Che Wan untuk membeli apa sahaja yang dihajati kerana ingin melihat bakal isterinya itu berpuas hati dan dalam masa yang sama membelikan barang hantaran untuk dirinya di London & Paris.sumber http://www.rotikaya.com


Wedding of the Year 2013

Perkahwinan Janda termahal,dapat tajaan RM13 juta

Majlis perkahwinan pelakon Rozita Che Wan bersama pasangannya pelakon sensasi, Mohamad Zain Mohd. Saidin bulan depan mencatat sejarah tersendiri dalam dunia hiburan tempatan apabila ia mendapat tajaan berjumlah RM13 juta.

Rozita atau lebih sinonim dengan panggilan manja Che Ta, 40, bakal melangsungkan perkahwinan paling mahal dalam sejarah tanah air yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini pada 11 Disember depan.

Beliau berkata, syarikat barangan kemas terkenal Habib Jewels merupakan penaja utama apabila sanggup menaja set barangan kemas berjumlah RM10 juta untuk perkahwinan tersebut.

Katanya, barangan kemas Habib Jewels itu akan diperagakan semasa majlis berinai, akad nikah dan resepsi.

Penajaan lain bernilai RM3 juta adalah daripada 27 pihak lain yang sudi memeriahkan perkahwinan pasangan tersebut.

“Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu rezeki.

“Kami memang tidak menyangka apabila ramai pihak sudi untuk menjadi penaja.

“Pada awalnya kami cuma merancang untuk mengadakan majlis yang ringkas, misalnya upacara akad nikah pun sudah memadai.

“Mungkin dengan pelbagai tajaan yang diterima ini membuatkan majlis ini kelihatan besar dan meriah,” katanya pada sidang akhbar di SCCC semalam.sumber http://www.kosmo.com.my



Baca lagi entry berkaitan :




Jovian Mandagi & Nina Ismail Sabri bakal nikah 11.12.2013



Jovian Mandagi & Nina Ismail Sabri 
Jovian Mandagi dan Nina Ismail Sabri memilih tarikh 14.12.2013 sebagai majlis resepsi perkahwinan mereka dan  dilaporkan bahawa majlis pernikahan mereka berdua bakal berlangsung pada 11.12.2013 di Muzium Diraja Istana Negara lama kira-kira jam 3 petang.

Pasangan sama cantik sama padan ini akan mengenakan tema tradisional Melayu dan Jawa. Jovian yang mempunyai darah keturunan Jawa telah pun melamar Nina pada 14 Februari lalu. Untuk makluman, majlis resepsi 14 Disember di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur adalah untuk sebelah pengantin perempuan, manakala pada esok harinya akan diadakan majlis untuk pihak lelaki di hotel yang sama.Tahniah pada mereka berdua.sumber http://beautifulnara.com






Datuk Seri Jalani Sidek kahwin Datin Seri Zaleha




Jalani Sidek dan Datin Seri Zaleha Mohd Khalid
Bekas suami Raja Azmi  iaitu Datuk Seri Haji Jalani Sidek  telah melangsungkan perkahwinan dengan Datin Seri Hajah Wan Zaleha Mohd Khalid.Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Majlis mereka berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Pasangan ini diiringi dan diraikan oleh anak-anak mereka dan antara yang turut hadir ialah Datin Paduka Umie Aida dan Norshila Amin, penyanyi popular 80′an

Untuk info , Jalani Sidek dan Datin Seri Zaleha Mohd Khalid telah pun bergelar suami isteri sejak 2 tahun yang lalu. Namun perkahwinan tersebut terpaksa dirahsiakan daripada media massa atas permintaan nereka berdua. Berita tersebut hanya diketahui oleh ahli keluarga dan wartawan yang rapat dengan Jalani dan Zaleha.sumber http://beautifulnara.com










[Gambar] Fizo Omar dan Mawar selamat bernikah.




Pelakon Fizo Omar selamat diijab kabul dengan wanita pilihannya, Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz sekitar jam 9.32 pagi hari ini. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah, Mohd Arif Abdul Samad yang merupakan Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat.

Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sehari sebelum ijab kabul selepas perkenalan hampir setahun. Majlis pernikahan Fizo Omar & Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang. sumber http://www.rotikaya.com








Gambar majlis pertunangan Fizo dan Mawar






Ini gambar majlis pertunangan Fizo dan Mawar awal pagi ini. Selepas upacara menyarungkan cincin ke jari manis Mawar oleh ibu Fizo, Wan Hafizol bin Wan Omar atau Fizo Omar kini bergelar tunangan pengusaha muda tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim.



Majlis pertunangan yang serba ringkas itu telah dijalankan di rumah pihak perempuan di Country Height, Kajang dengan dihadiri lebih kurang 300 tetamu terdiri daripada sanak saudara, ahli keluarga kedua pihak dan beberapa wakil media.



Keluarga Mawar menerima rombongan keluarga Fizo Omar dengan iringan 5 dulang hantaran. Manisan antara hantaran iringan melambangkan manisnya pertunangan pasangan yang sedang disirami kehangatan percintaan ini.



Hasil perbincangan yang telah dipersetujui sebelum ini, pasangan ini akan bernikah para esok hari, bersamaan 10 Nov, bertempat di kediaman pihak perempuan, Country Height Kajang.



Majlis pernikahan mereka esok boleh disaksikan secara langsung di program Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9. sumber http://www.rotikaya.com






Baca lagi menarik :





Gambar Ashraf Muslim dan Wan Sakinah bersanding





Majlis persandingan Ashraf Muslim dengan isteri keduanya, Wan Sakinah. Sakinah yang kini disahkan hamil memang jelas nampak wajah mengandungnya kan.. hehe. Ashraf Muslim pula seperti biasa memang sentiasa segak. Tidak dapat sahkan di manakah majlis persandingan ini dijalankan. sumber http://beautifulnara.com







Adam AF bakal nikahi Fiza Elite Khamis ini.




Pasangan selebriti, Adam dan Fiza Elite, memilih tarikh 26 September untuk menamatkan zaman bujang mereka di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi. 


Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, cukup dikenali selepas menyertai program Akademi Fantasia musim kedua pada 2004. Penyanyi berasal dari Kota Kinabalu ini mendapat tempat ketiga dalam program realiti terbabit.

Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula ialah bekas anggota kumpulan Elite dan aktif berlakon drama dan filem. Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada September 2006, namun bercerai pada November 2010. 

Baru kenal Ramadan lalu 


Artis wanita itu baru-baru ini mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga semula pada Jun lalu, bersama individu yang tidak mahu didedahkan identitinya, namun rancangan berkenaan tidak kesampaian.sumber http://www.bharian.com.my





Gambar majlis pernikahan Izzue Islam dan Awin Nurin





Semalam telah berlangsung majlis pernikahan pelakon dan penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam, atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan dengan gadis pilihan hatinya Nurinafilah Waharudin, atau Awin Nurin.Izzue Islam juga kini sedang popular dengan drama Saya Sebenarnya Isteri Dia. sumber beautifulnara.com











Gambar majlis pernikahan Izzue Islam dan Awin Nurin, gosip artis, hiburan, gambar artis kahwin, gambar izzue islam dan awin nurin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...