Resepi masakan Kuih Cara Berlauk yang sedap.







Resepi masakan Kuih Cara Berlauk yang sedap

BAHAN UNTUK INTI DAGING : 

2 cawan daging kisar
1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )
1 labu bawang besar *
Sedikit daun bawang/sup*
* Dipotong dadu
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK BATER: 
2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan santan
1 butir telur
Pewarna kuning
Sedikit garam

Cara-caranya: 

Tumis rempah hingga naik minyak.
Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
Untuk menyediakan bater, pukul telur + garam.
Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu bater ini. Titikkan sedikit pewarna.
Kalau guna blender pun, lagi senang.

Cara memasak :

Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
Tuang bater 3/4 penuh sahaja.
Masukkan satu sudu inti daging.
Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi bater supaya kuih nampak kemas.
Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.

*Untuk kuih cara manis, tuangkan bater penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.



No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...