Resepi masakan Kerepek Bawang Pedas.





Resepi masakan Kerepek Bawang Pedas Bahan-bahan:

Bahan-bahan :


DOH PEDAS:

1 Kg tepung gandum
200 gm bawang merah*
6 ulas bawang putih*
1 ketul lengkuas muda(saiz kecil)*
3 batang serai *
3 sb udang kering (tumbuk jgn halus sgt)
6 sudu besar cili kering kisar (nak pedas tambah lagi)
garam secukup rasa dan sape2 yg mkn pak aji boleh la letak skit..
1 cawan air utk blend bahan yg bertanda*
DOH PUTIH: 
1 kilo tepung gandum
3/4 cawan majerin
1 sk garam
air

Cara-caranya:

DOH PEDAS:

blend bahan2 yg bertanda* dgn 1 cawan air.
lepas blend tuang dlm penapis,air nya jgn dibuang.
masukkan tepung dlm bekas,kemudian masukkan bawang yg ditapis tadi,udang kering dan garam.
gaul semua sambil masukkan air dari bawang yg ditapis sedikit2.uli hingga jadi doh.jika air bawang tadi x cukup,boleh guna air biasa.
doh jgn terlalu lembut,agak2 keras sikit dari doh karipap 

DOH PUTIH:
gaul tepung dgn majerin dan garam
masukkan air dan gaul hingga jadi doh sperti doh pedas tadi.
bahagikan kedua2 doh kepada 10 bahagian.(10 ketul doh pedas & 10 ketul doh putih)
ambil 1 ketul doh putih dan canai hingga nipis .ketepikan kemudian canai 1 ketul doh pedas hingga nipis juga. semasa mencanai boleh guna mesin @ alat mencanai.
letak doh putih yg telah dicanai tadi di bhgn bawah dan doh pedas di bhgn atas.gelekkan kedua2 doh supaya melekat.
selepas itu boleh digulung doh tadi dengan kemas.
buat proses menggulung ini hingga habis.menghasilkan 10 ketul.
ambil seketul yg dh digulung ,hiris nipis2 dgn pisau yg tajam.
Selepas itu bolehlah digoreng hingga kekuningan.


No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...