Sambal hitam Pahang ~


Ole ole dari Kuantan, my bik Niah ~ adik my MIL  yang bagi sambal hitam belimbing buluh dari Pahang, buat sendiri katanya. Last week jumpa di kenduri kahwin adik ipar, banyak dia bawak termasuk gula nise dan sambal ..dia dah siap packingkan, yg paling besh saya pulak dapat dalam bekas paling besar.. sume jeles ler tu.. hee dia paling sayang saya dan my hasben tu yang kasik lebih...alolo perasan ! ala  kami kan suka layan dia borak huha itu ini ..lagipun last time jumpa yang dulu tu saya yg beria sangat tanya resepi dan cara nak masak sambal hitam ni.. Sambal hitam ni buat dari belimbing buluh dengan ikan bilis,selalu memang beli je dekat parents di PASTI kak Sufi, satu bekas kecik tu RM5  mmg la sedap pembangkit selera..jadi cepat la licin setakat bekas kecik tu.

Oleh kerana saya dan  hasben suka sangat makan ni, saya berazam sangat  nak belajar buat sendiri, tunggu belimbing buluh  kat rumah mak dan mak mertua buah lebat, pokok dan buah dah ada rugi rasanya tak manfaatkan.Selalu belimbing buluh tu bersepah sepah je tak terguna. Inshaallah nanti  kita buat sedap sedap hokey ~

sambal hitam belimbing buluh  Pahang
sambal hitam belimbing buluh  Pahang


Meraikan pengantin baru ~



Alhamdulillah, selesai sudah majlis meraikan pengantin.Majlis walimatulurus adik ipar saya,berlangsung hari Sabtu 29 Nov lalu semuanya berjalan lancar,sederhana dan syukur, syukur sangat cuaca redup dan dapat jumpa saudara mara sebelah suami. Kebetulan cuti sekolah ni biasalah banyak sangat kenduri yang berjalan sama tarikh, so redha ajelah kalau tetamu tak seramai mana, tapi tetap meriah lebih lagi ada pelajar pelajar tahfiz sudi berqasidah dan berhanana.Suka sangat anak anak saya sampai melompat lompat.hehe

gambar kahwin


gambar kahwin

Tukang masak amatur katanya, kihkih ~

gambar kahwin


gambar kahwin

Inilah untie baru sufi dan syamim ~




Balik kampung ~ sangat nyaman.


Sedang bercuti di kampung halaman dengan anak anak,cutikan Sufi dari sekolah lebih awal sebab ayahnya outstation..sunyi la tinggal rumah sendirian. Solutionnya tentulah balik kampung. Betul betul bagi energy luar biasa la kalau saya balik rumah my mother. Sebab apa, sebab saya boleh cuci mata tengok laman bunga mak, betul kasi terapi minda dan hati.. bunga bungaan, dan pelbagai tumbuhan hijau ni betul mengusik perasaan saya.. menyuntik aura positif ,kat bandar tak jumpa selalu pemandangan macam ni, pagi lepas subuh bila buka pintu dah dengar burung berkicauan.. nyaman betul.. 

balik kampung,bunga

bunga gantung

Ni feveret saya, aritu duk bawak mak shoping kat nursery bunga di sepanjang jalan sungai buluh tu, theyall jual murah murah je sabut bertingkat ni,esoknya bila sy nak grab dah sold out dah..frust pulak ~


Pokok pokok buah sume duk belakang ni, buah limau bali, buah nona, durian belanda etc

laman bunga

buah nona
ni dia buah nona.. tengah buah banyak sangat sekarang ni.. rasanya macam durian belanda ~

laman bunga
ni pokok keladi gergasi mak saya, memang besar gaban ~

laman bunga

laman bunga

laman bunga

laman bunga

balik kampung,bunga

Paling nyaman bila anak anak lepas bebas main sendiri.. untungnya dapat duduk kampung.. untungnya jadi orang kampung...Alhamdulillah,beruntungnya saya dilahirkan di kampung..!




Majlis Konvo PASTI Sufi Insyirah


Alhamdulillah, 15 hb Nov hari Ahad  baru lepas ni  selesai sudah majlis Ihtifal ~ Konvokesyen di PASTI Al Firdaus, tempat Sufi Insyirah belajar untuk umur 5 tahun ni, InshaAllah tahun depan pun belajar situ lagi.Banyak ilmu yang Sufi timba di PASTI , ada banyak peningkatan sepanjang tahun ni, Alhamdulillah dapat result  6A 3B untuk exam akhir tahun.. improve banyak juga dari exam penggal pertama tu aritu dapat banyak B dan C ..

Untuk persembahan kelas Sufi kena pakai gaun Frozen sebenarnya, tapi saya tak sempat nak buat persiapan sebab aritu balik kampung Sufi pun cuti lama then smartphone rosak, tak dapat info terkini dari whatsapp Group Ibu Bapa PASTI  ..tinggal sehari dua baru cikgu inform tu yg grab je terus gaun princess kat kedai dekat-dekat rumah.Classmate dia yg lain melaram ngan gaun Frozen..tapi utk cukup syarat pakailah tudung dan beg Frozen, hehe

gambar konvo PASTI

 PASTI kampung melayu subang,

Turun je pentas, abis buat persembahan dan ambik scroll terus Sufi mintak nasi,lapar sangat katanya..Ya Allah kesiannya,paham paham ajelah kan take time kalau layan majlis konvo cam gini..sanggup tahan lapar sebab nervous nak buat persembahan . Kebetulan atok nenek ngan Cik Yah datang tido umah kami  sebab balik Konvo tu terus kami ramai ramai nak gi kenduri kahwin rumah sedara di Taman Datuk Keramat KL..Tukar tukar baju Sufi terus posing ngan tuk nek.. ..


Pastu kan....
lepas je posing posing
^
^
^
^


Belum sempat gerak gi  kenduri.. Sufi dah terlena atas sofa..kepenatan...





Kenapa doa tidak makbul atau ditolak?


Kenapa doa tidak makbul atau ditolak   

Kenapa doa tidak makbul atau ditolak?

Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf) pernah ditanya, "Mengapa doa mereka tidak dikabulkan (ditunaikan) oleh Allah, padahal mereka selalu berdoa." Beliau dengan penuh hikmah menjawab:
  • Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
  • Kamu mengaku yang kamu sendiri cintakan Rasulullah S.A.W tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya.
  • Kamu sentiasa membaca Al Quran tetapi kamu tidak melaksanakan isi kandungannya.
  • Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  • Kamu telah berkata Syaitan adalah musuh kamu yang nyata tetapi kamu tidak menentangnya, bahkan kamu sendiri patuh padanya.
  • Kamu berkata syurga itu benar adanya tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu selalu berdoa agar dilepaskan daripada seksa neraka tetapi kamu membiarkan (mencampakkan) dirimu ke dalam api neraka dengan perbuatan amalanmu.
  • Kamu berkata bahawa kematian itu benar tetapi kamu sendiri tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  • Kamu sibuk memperkatakan aib (cela) saudaramu sendiri tetapi kamu lupa akan keaibanmu sendiri.
  • Kamu kuburkan saudaramu yang telah mati tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar (pengajaran) daripadanya.

Bunga bawang pink ~ munge cinta


Bunga bawang pink

Subhanallah, bunga bawang pink dah keluar, ini munge cinta saya [maaf perosak bahasa] haha lamanya saya tunggu bunga bawang ni berbunga,makan tahun tau. Kenapa saya panggil munge cinta, kerana ketika baru kahwin lebih kurang 6 tahun dulu inilah bunga pertama yang saya bawa ke rumah sewa, bunga nilah kesayangan saya, tahun pertama walau terbiar je dia berbunga juga, oleh sebab saya jarang jenguk belakang rumah, saya bawa dia masuk dalam.. yang kelakonya saya letak dia atas flush dalam toilet.. memang gebus sangat.. tapi dia merajuk takmo bunga sebab kurang cahaya matahari dan letak pula dalam toilet, kata munge kesayangan, tapi buh dalam tempat gitew ya... 

So kita pun bawak dia keluar semula.. tanam semula, baja cukup.. matahari cukup..sayang sayang dia.. Alhamdulillah.. pagi tadi dah kembang , buat my heart pun munge munge teringat memori baru kahwin.. dalam hati ada taman giteww Dengan excited nya saya pun snap snap sampai jiran belakang umah tegur, jadi photograper ke pagi pagi ni? hehe malu lah pulak kena tegur ngan mokcik ni,semalam borak dia baru kata, gemuk gemuk pokok bunga dan sayur kami, rajinnya ibu Sufi ni.. hehe malu lah~

Silalah layan munge cinta saya.. hopefully dapat pulak kaler lain selepas ni...

Bunga bawang pink

Bunga bawang pink

Bunga bawang pink




Bersauna katanya ~


Lama tak bersiaran. Saya baru balik dari kampung, lama Sufi Insyirah ponteng sekolah, Jumaat lepas dah abis periksa,jadi ibunya dengan tak pikir panjang terus bawak anak berjimba balik kampung 'nenek ibu'.Padahal cikgu dah pesan nak buat training untuk persembahan utk hari Konvokesyen 15 hb Nov nanti, tapi perasaan nak balik kampung takleh tahan.. kemudian cikgu whatsapp supaya beli baju Frozen utk dipakai Sufi hari persembahan nanti,elok sangt la tu Frozen mmg kegilaan bebudak sekarang ni..Sufi pun hafal sudah lagu  Let it go tu.

Excited sangat nak balik kampung,sebenarnya sy ambik peluang ni utk memandu sendiri bawa anak anak balik kampung, honestly ni pertama kali drive jauh balik kampung, suami ada agenda lain, jadi dah nekad kali ni mesti belajar drive jauh sendiri. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang, selama ni sukar nak atasi rasa takut dan kecut perut tu kini dah confident Inshaallah next time tak perlu susahkan husband nak hantar kemana mana.

Alang alang balik kampung, baliknya mengangkut menda alah ni, nak bersauna sendiri di rumah katanya.My sister punya beli dan pakai sekali dua pastu tersadai je berhabuk, mak kata gi bawak balik rajin rajinlah bersauna,boleh kuruskan badan , wakaka tengok dagu berlapis lapis la tu suruh kita slim ~

kebaikan bersauna

Ni sebenarnya sedang berdetoks, matlamatnya nak kurus mesti buang segala toksin dalam badan dulu,supaya lebih berjalan lancar proses nak kurus . Selain sedang amalkan detoks minum jus buah buahan, ni dah beberapa hari bersauna,boleh bantu bakar lemak dan banyak lagi kebaikannya pada kita. Kalau bab nak kurus, bab kesihatan ni saya suka  baca pelbagai info oleh   Kevin Zahri di laman webnya. Bukan  nak kurus kering sangat pun, nak sesuai dgn BMI dan sebenarnya nak SIHAT. InshaAllah, saya sedang berusaha. 




Jumaat yang mekar berbunga ~


Salam Jumaat yang indah, berkongsi bunga bungaan yang sudi mekar hari ni..betul betul buat hati berbunga sama, Alhamdulillah dipanjangkan usiaku untuk melihat semua keindahan ini~

petunia ungu
Petunia ungu


bunga raya
Bunga raya putih


keladi bunting
Keladi Bunting ungu


Petunia pink putih





Pesona Ros Jepun ~


Ros Jepun

Saja la nak share ros jepun terbaru yang saya tanam, dah mula glowing  tu yang hepi.. bertambah koleksi warna Ros Jepun sedia ada .. dah tambah beberapa kaler baru gitu makin meriah taman bunga,macam biasa ler khen, sumbernya dah tentulah ambik dari rumah bonda terchenta hehe ~ Ada beberapa email saya terima nak beli dan bertanya tentang bunga ros jepun ni, sebenarnya saya tak jual ini cuma hobi saja..tetapi siapa yang nak kongsi hobi ni, boleh email saya ya,kita chit chat. Bunga ni senang sangat nak hidup dan membiak tak rugi menanamnya, bunganya pun pelbagai . Thanks sudi baca entri bunga disini ya ~

Ros Jepun

Ros Jepun

Ros Jepun

Ros Jepun




Pegaga gergasi ~



Pegaga gergasi

Sedang tunggu pegaga plus size saya membesar, so far dia dah mula sihat... tak sabarnya tunggu saiz dia cam gergasi .. hehe memang besar tau..dia bukan macam pegaga kampung saiz biasa yang kita buat makan ulam tu, ni bila dia dah gebus..mmg cantik.. saiznya boleh besar tapak tangan dewasa, geram je tengok.. 





Untuk suamiku ~


harijadi suami

Untuk suami ku tersayang, , isterimu mendoakan kejayaanmu selalu di dunia dan diakhirat nanti,InshaAllah.. kerana pastinya dirimu termasuk dalam senarai insan insan kesayanganku, semoga Allah SWT melindungimu selalu, memberimu kesihatan yang baik.. semoga kita akan terus seiring sejalan mencapai matlamat perkahwinan terindah..mengasuh dan mendidik anak anak permata hati anugerah Ilahi..Terima Kasih O Allah memanjangkan usia suami hamba..Terima Kasih O Allah  menghadirkan lelaki ini sebagai suami kepadaku dan bapa kepada anak anak ku ~ 



Berjimba CPUV bulan ni ~



Tips dapatkan CPUV BE Nuffnang


Euwww.. ni baru namanya berjimba ~ haha 25 CPUV sedang running.. first time gini , kita dah macam seronok tak hengat , terima kasih Nuffnang, dan para pengiklan..uolss.. rajin2 la jenguk iklan ya ~




Cek Nuffnang ke 7 ~


Alhamdulillah, cek ke 7 dari Nuffnang dah sampai semalam, dah masuk CDM pun tak ingat snap gambo..so far  walaupun tak dapat aktif sangat update blog cam dua tahun lalu, tapi masih juga dapat income sikit sikit..tahun ni dapatlah cashout 2 kali rasanya.Terima kasih Nuffnang dan para pengiklan,serta para tetamu blog ni yang sudi klik klik ~

tips cash out nuffnang dan churp churp




Tips ajar anak guna tandas.



Tips ajar anak guna tandas


Tips ajar anak guna tandas.

Perlu diingatkan,seorang ibu memerlukan kesabaran ketika mendidik anak menjalani latihan ke tandas,jadi pastikan usaha ini berterusan tanpa putus asa.


Sebelum membeli tandas duduk, ibu perlu mengenali tanda yang menunjukkan anak sudah bersedia ke tandas sendiri. Antaranya ialah:

  • Apabila anak sering cakap, "Mama, dah basah" atau " nak tukar lampin lain". Ketika ini anak sudah mula rasa kurang selesa dengan kebasahannya.
  • Sudah mula membuka lampin pakai buang sendiri dan mengambil lampin lain. Si anak sudah mula rasa kurang selesa dengan lampin pakai buang kotor.
  • Anak mula bangun tengah malam dan memberitahu ibu untuk menukar lampin pakai buang lain atau memberitahu sudah ´poo poo´ sedangkan sebenarnya tidak.
  • Apabila ke sekolah, anak selalu berkata, "Eeee...malu pakai lampin". Ini menunjukkan anak sudah ada perasaan malu untuk memakai lampin pakai buang.
  • Memakai lampin pakai buang lebih sukar untuk melatih anak ke tandas berbanding memakai lampin kain. Ini kerana lampin kain menyebabkan kanak-kanak berasa basah dan ingin segera menukar lampin.

Apabila anak sudah menunjukkan tanda berkenaan, suami isteri perlu bekerjasama untuk mengajar anak menjalani latihan ke tandas. Katakan pada anak, "Ini maknanya kakak/abang  dah boleh belajar buang air kecil sendiri".


Mendidik anak harus dimulakan dengan kesungguhan. Perkara pertama yang boleh dilakukan ialah:

  • Belikan tandas duduk kanak-kanak supaya latihan berjalan lancar.banyak kebaikan menggunakan tandas duduk kanak-kanak ini.
  • Anak akan lebih berdikari kerana ibu bapa tidak perlu mendukung anak ketika dia ingin membuang air kecil di dalam tandas dewasa.
  • Sebagai motivasi, anak akan lebih bertanggungjawab apabila mengetahui tandas duduk itu adalah kepunyaannya dan lebih bersemangat untuk menggunakannya.
  • Namun, tandas duduk ini tidak sesuai untuk anak lelaki disebabkan ada anak lelaki diajar untuk membuang air kecil secara berdiri.
  • Namun untuk latihan membuang air besar, menggunakan tandas duduk sangat fleksibel dan mampu melatih anak lebih berdisiplin.
  • Ajar anak mencuci sendiri bekas yang sudah dipenuhi najis di bawah pengawasan ibu bapa.
  • Minta pembantu rumah alihkan semua karpet. Ini bagi mengelak anak terbuang air kecil di atas karpet mahal anda.
  •  Ibu harus memberitahu kepada anak rasa apabila ingin membuang air dengan sudah membuang air.Ini kerana dua perkara ini adalah berbeza.
  • Bercakap dalam bahasa sendiri mengikut kebiasaan apabila berbual dengan anak kemudian minta anak anda memberitahu bila dia ingin membuang air atau sudah membuang air.
  • Sentiasa prihatin dengan masa. Contohnya, jika dia sudah lama tidak membuang air kecil, ajak dia ketandas untuk membuang air kecil.
  • Biasakan bertanya setiap satu jam atau terus bawa anak ke tandas dan tunggu sehingga dia membuang air.
  • Aktiviti menggembirakan di dalam bilik air ialah bermain air selepas membuang air.
  • Beri pujian selepas dia pandai membuang air kecil. Katakan kepadanya dia memang sudah besar dan selepas ini dia boleh mengajar adiknya ke tandas pula.
  • Peluk dan cium anak jika dia berjaya ke tandas.
  • Berdoa dan bertawakal adalah sebaiknya.
  • Beri dia masa jika ada hari dia tidak mahu ke tandas dan ada masa dia masih mahu memakai lampin.
  • Di sekolah jika anak masih memakai lampin, berbincang dengan guru kelas untuk melatihnya ke tandas.
  • Begitu juga jika ditinggalkan dengan pengasuh atau pembantu rumah.
Panduan dan cabaran:

  • Ibu hendaklah sentiasa bersabar mengendalikan anak yang sedang belajar ke tandas. Semuanya memerlukan masa.
  • Ibu bapa tidak boleh mengharap anak mereka terus faham dan belajar dengan cepat.
  • Biar mereka menjadi diri mereka sendiri.
  • Apabila ada kalanya anak mengalami sembelit, mereka mungkin sedikit terganggu dan takut untuk melalui latihan ke tandas.
  • Yakinkan mereka dan sentiasa berada di sisi mereka.
  • Belikan mereka buku mengenai tandas duduk yang menunjukkan kepelbagaian gambar kanak-kanak yang sedang belajar ke tandas.
  • Tanyakan apa yang mereka tahu mengenai tandas.
  •  Berdoa paling baik dalam apa jua keadaan. Mintalah pertolongan daripada yang Esa untuk permudahkan urusan ini.
Source : Harian Metro 
By : Siti Zarinah Sahib 


Tips ajar anak guna tandas, tips ajar anak, tips didik anak, 

Peti ais antik ~




Haha .. sila abaikan keseksian si dia tu ya.. memperkenalkan peti ais antik kami , jangan komplen panas panas nanti suami hangit sebab ni kesayangan my hasben.. peti ais antik ni my hasben dah beli dari zaman bujang dulu kiranya ni berusia  lebih 15 tahun jugak dia kata.So masa baru kahwin tu mmg kami guna peti ais ni sebab dia masih berfungsi dengan baik. Paham paham ajelah bila dua budak kecik ni dah wujud kat dunia  ni maka bermulalah episod bukak tutup pintu tanpa henti..cam nak tanggal je pintunya tu...

So tips untuk peti ais antik ni adalah..rajinlah membuang air buangan kat belah bawah skali tu bila kita defrost...sebab peti ais ni tak macam peti ais skrg dia sejat sendiri kan,so kalau kita lupa buang air tu maka busuklah bau air tu nanti..lagi kalau time storage penuh daging atau ikan.

Lagi satu peti ais antik wajiblah selalu bersih supaya tak nampak terlalu antik ya... contohnya jom bertukar ...

peti ais antik

Tukarlah botol air yang dah season kelabu hitam tu..

hello posco

Bertukar ..  tara  comel sikit  nak minum pun rajin..
hello!  Posco  bottle yg kami dpt foc di booth event Alami Proton tu ari ~
makin rajinlah budak tu bukak tutup pintu si antik ni ~





Tanda-tanda hati yang kotor | Ubat hati yang kotor.




Tanda-tanda hati yang kotor  Ubat hati yang kotor.

Assalamualaikum.Sila anda awas dengan tanda-tanda ini. Jika kita ada gejala seperti ini,maknanya kita telah diserang penyakit hati kronik yang bakal menyusahkan diri kita kelak.
TANDA-TANDA HATI KOTOR
  • Gelisah walaupun tiada masaalah
  • Selalu berbangga dengan diri sendiri
  • Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
  • Sombong dan bongkak
  • Selalu mengintai keabaian orang dan menyebarkannya
  • Suka mengumpat dan membuka aib orang lain
  • Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
  • Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
  • Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
  • Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang
  • Menyampaikan ilmu dengan riak
  • Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
  • Berpakaian elok untuk dipuji
  • Derhaka kepada kedua ibu bapa
  • Talam dua muka- manis didepan tapi jahat dibelakang
  • Suka mentuhkan dan memijak orang dengan kuasa yg ada
  • solat yang tidak boleh khusyuk
  • kagum terhadap diri sendiri
  • selalu mencari salah orang
  • cinta ikepada duniawi dan materialistik
  • mudah bersangka buruk terhadap orang
  • membesar besarkan hal yang remeh temeh
  • suka bergosip dan menabur fitnah
  • Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.
Hati adalah raja bagi tubuh kita,bersih hati,bersihlah hidup kita,maka berilah makanan terbaik untuk hati kita.

MENGUBAT HATI YANG KOTOR
  • Dirikanlah solat lima waktu yang sempurna setelah berwudhu' dengan sempurna,setelah itu banyakkanlah berdoa " Ya Allah bersihkanlah hatiku " 
  • Berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad saw minima 100x sebelum tidur,mencetuskan ketenangan akal dan fikiran serta membawa banyak kebaikan. 
  • Lakukan solat taubat-ini dpt menenangkan jiwa dan mencuci hati. 
  • Membaca Al-Quran - mencuci,menenangkan,menyembuh dan terapi terbaik dalam hidup kita.Sekurangnya bacalah Qulhu -allah sebanyak 3x. 
  • Sentiasa bermaafan jika memerlukan. 
  • Bisikan dalam hati dan diri perkara yang positif2 sahaja. 
  • Berpuasalah- ini dapat menahan dan mendidik diri kita jadi lebih tenang dan menghindari kejahatan. 
  • Sentiasalah ingat tentang mati. 
  • Kekalkan wudhu' 
  • Bersedekah , belanja orang makan 
  • Sentiasa menjaga makanan - halal dan suci serta tiada unsur syubhah.Makanan membentuk hati kita! 
  • Berkawan dengan ulama 
  • Berkawan dengan orang miskin-dapat menginsafi diri kita selalu. 
  • Sentiasa berpesan- pesan - supaya menjadi orang yang lebih baik. 
  • Menjaga pancaindera-elakkan mengumpat,fitnah dan elakkan diri dari golongan yang sebegini. 


* Diolah dari pakar motivasi Datuk Dr Hj. Fadzillah Kamsah ,semoga bermanfaat dan mengingatkan diri saya, dan juga anda semua,Insyaalah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...