Itu~
Assalamualaikum readers.Itu hari saya jenjalan Kuala Terengganu sempat singgah ke Masjid Kristal. Subhanallah, cantik pemandangannya, sempat solat dalam tu. Tapi itulah storynya,kami ke Dungun nak settlekan majlis pertunangan adik ipar, tapi hanya sempat ke Pasar Payang dan Masjid Kristal.Hurmm..tak puas berjalan kat sana ~ bila nak pergi lagi ni ???
Ini ~
Yang ini adalah cupcakes sempat saya buat untuk majlis tunang adik .hihih simple² aje.Bukan pakar ya.Storynya adalah takde satu pun gambar kat majlis tunang tu,saya tak bawak camera sebab anak bujang saya dah hempas pulas sampai cedera parah kamera kesayangan,sabo ajelah.Gambar² pada handpon cap ayam saya n hubby sumenya blur,kalau tayang pun buat saket mata. So tunggu tuan Photographer rasmi tu email kat kita.Comel sangat tunang adik tu, familynya pun sangat friendly..suka dapat saudara baru yang peramah belaka~
Begitu~
Kalau sudah takdirnya begitu, ini cerita sayu saya ingin mohon semua readers berlapang dada untuk mendoakan kesihatan Kak Long kesayangan kami sekeluarga.Pulang dari Terengganu saya directly ke Pasir Mas Kelantan ziarah Kak Long.Kebetulan mak bapak saya pun dah seminggu kat sana,jadi balik kami bawak mak bapak sekali. Cerita sayu adalah dah berbulan Kak Long tak sihat ,keluar masuk hospital dan buat surgery itu ini,finally doktor detect sel kanser pada Along, minggu ni mula sesi rawatan Kemo, sekeluarga mendoakan kesihatan Along,Ya Allah semoga dipermudahkan segalanya dan semuanya baik² saja dan letakkan kami selalu dalam lindunganMU.Ameen.
*gambar masa makan kat Pak Usu Steamboat Shah Alam.sengaja tayang~
Begini~
Ini pula cerita perjalanan hidup, kita hanya hambaNya,sudah dijanjikan hidup pasti akhirnya mati.Begini cerita sedih, baru sehari di Pasir Mas, dapat berita ~Makcik kat kampung meninggal dunia, Ini Kakak sulung kepada ayah saya,tapi kami sebelum pergi jauh² ni dah sempat menziarahi arwah sebab dalam sebulan tu arwah mmg dah uzur,masa tu mmg sedih menitik² airmata bila lihat arwah dah uzur sangat.Mak bapak saya pun kelabu asap~ bayangkanlah kakak kandung meninggal dunia kita pulak duk jauh nun, nak drive balik makan 8~9 jam,sure tak sempat lihat jenazah,kalau flight pun belum tentu dpt ticket or ambik masa gak 3~4 jam nak sampai sama je tak sempat lihat jenazah,so kami decide tak apelah redha aje esok pagi² je kami drive ~ alFatihah.
*Nota kaki
Ini cerita seminggu dua lalu, banyak betul perkara berlaku tanpa kita agak itu bakal berlaku.Ada yang baru bermula nak dirikan masjid,ada pula yang pergi menghadap Ilahi, gembira dan sedih inilah rencam hidup manusia, saya sedang blur~ bila ada terima phone text yg agak keliru bila tempahan mereka asyik delay n postpone sahaja,inilah penjelasannya,sepatutnya saya balik Shah Alam lebih awal,tapi byk hal berlaku menyebabkan semua perkara tertangguh,maafkan saya ye para pelanggan yg dihormati~ saya cuba yg terbaik,harap penjelasan ini dapat menyejukkan hati anda.Till then,wassalam.
masjid kristal... sebelah kampung kita... ;)
ReplyDeletein shaa Allah, semoga kak long tabah menghadapi dugaan Allah..semoga cepat sembuh..
ReplyDeletecomeynya cupscake....order boley..
ReplyDeletecupcake mmg comey...geram je tgk..
ReplyDelete