Tanda-tanda hati yang kotor | Ubat hati yang kotor.




Tanda-tanda hati yang kotor  Ubat hati yang kotor.

Assalamualaikum.Sila anda awas dengan tanda-tanda ini. Jika kita ada gejala seperti ini,maknanya kita telah diserang penyakit hati kronik yang bakal menyusahkan diri kita kelak.
TANDA-TANDA HATI KOTOR
  • Gelisah walaupun tiada masaalah
  • Selalu berbangga dengan diri sendiri
  • Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
  • Sombong dan bongkak
  • Selalu mengintai keabaian orang dan menyebarkannya
  • Suka mengumpat dan membuka aib orang lain
  • Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
  • Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
  • Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
  • Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang
  • Menyampaikan ilmu dengan riak
  • Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
  • Berpakaian elok untuk dipuji
  • Derhaka kepada kedua ibu bapa
  • Talam dua muka- manis didepan tapi jahat dibelakang
  • Suka mentuhkan dan memijak orang dengan kuasa yg ada
  • solat yang tidak boleh khusyuk
  • kagum terhadap diri sendiri
  • selalu mencari salah orang
  • cinta ikepada duniawi dan materialistik
  • mudah bersangka buruk terhadap orang
  • membesar besarkan hal yang remeh temeh
  • suka bergosip dan menabur fitnah
  • Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.
Hati adalah raja bagi tubuh kita,bersih hati,bersihlah hidup kita,maka berilah makanan terbaik untuk hati kita.

MENGUBAT HATI YANG KOTOR
  • Dirikanlah solat lima waktu yang sempurna setelah berwudhu' dengan sempurna,setelah itu banyakkanlah berdoa " Ya Allah bersihkanlah hatiku " 
  • Berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad saw minima 100x sebelum tidur,mencetuskan ketenangan akal dan fikiran serta membawa banyak kebaikan. 
  • Lakukan solat taubat-ini dpt menenangkan jiwa dan mencuci hati. 
  • Membaca Al-Quran - mencuci,menenangkan,menyembuh dan terapi terbaik dalam hidup kita.Sekurangnya bacalah Qulhu -allah sebanyak 3x. 
  • Sentiasa bermaafan jika memerlukan. 
  • Bisikan dalam hati dan diri perkara yang positif2 sahaja. 
  • Berpuasalah- ini dapat menahan dan mendidik diri kita jadi lebih tenang dan menghindari kejahatan. 
  • Sentiasalah ingat tentang mati. 
  • Kekalkan wudhu' 
  • Bersedekah , belanja orang makan 
  • Sentiasa menjaga makanan - halal dan suci serta tiada unsur syubhah.Makanan membentuk hati kita! 
  • Berkawan dengan ulama 
  • Berkawan dengan orang miskin-dapat menginsafi diri kita selalu. 
  • Sentiasa berpesan- pesan - supaya menjadi orang yang lebih baik. 
  • Menjaga pancaindera-elakkan mengumpat,fitnah dan elakkan diri dari golongan yang sebegini. 


* Diolah dari pakar motivasi Datuk Dr Hj. Fadzillah Kamsah ,semoga bermanfaat dan mengingatkan diri saya, dan juga anda semua,Insyaalah.






7 comments:

  1. Alhamdulillah....buat ilmunya

    kita perlu ambil langkah yg cepat, sebelum hati kita mati...

    ReplyDelete
  2. tenkiu for this sharing
    harap dapat memperbaiki diri sempena buln ramadhan ini :)

    ReplyDelete
  3. thanks untuk info. muhasabah diri lepas ni :)

    ReplyDelete
  4. thanks , hope boleh perbaiki diri lagi selepas ini.hhuhu

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...