Lama tak bersiaran. Saya baru balik dari kampung, lama Sufi Insyirah ponteng sekolah, Jumaat lepas dah abis periksa,jadi ibunya dengan tak pikir panjang terus bawak anak berjimba balik kampung 'nenek ibu'.Padahal cikgu dah pesan nak buat training untuk persembahan utk hari Konvokesyen 15 hb Nov nanti, tapi perasaan nak balik kampung takleh tahan.. kemudian cikgu whatsapp supaya beli baju Frozen utk dipakai Sufi hari persembahan nanti,elok sangt la tu Frozen mmg kegilaan bebudak sekarang ni..Sufi pun hafal sudah lagu Let it go tu.
Excited sangat nak balik kampung,sebenarnya sy ambik peluang ni utk memandu sendiri bawa anak anak balik kampung, honestly ni pertama kali drive jauh balik kampung, suami ada agenda lain, jadi dah nekad kali ni mesti belajar drive jauh sendiri. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang, selama ni sukar nak atasi rasa takut dan kecut perut tu kini dah confident Inshaallah next time tak perlu susahkan husband nak hantar kemana mana.
Alang alang balik kampung, baliknya mengangkut menda alah ni, nak bersauna sendiri di rumah katanya.My sister punya beli dan pakai sekali dua pastu tersadai je berhabuk, mak kata gi bawak balik rajin rajinlah bersauna,boleh kuruskan badan , wakaka tengok dagu berlapis lapis la tu suruh kita slim ~
Ni sebenarnya sedang berdetoks, matlamatnya nak kurus mesti buang segala toksin dalam badan dulu,supaya lebih berjalan lancar proses nak kurus . Selain sedang amalkan detoks minum jus buah buahan, ni dah beberapa hari bersauna,boleh bantu bakar lemak dan banyak lagi kebaikannya pada kita. Kalau bab nak kurus, bab kesihatan ni saya suka baca pelbagai info oleh Kevin Zahri di laman webnya. Bukan nak kurus kering sangat pun, nak sesuai dgn BMI dan sebenarnya nak SIHAT. InshaAllah, saya sedang berusaha.
No comments:
Post a Comment
thank you for ur comments!