Kenapa doa tidak makbul atau ditolak?


Kenapa doa tidak makbul atau ditolak   

Kenapa doa tidak makbul atau ditolak?

Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf) pernah ditanya, "Mengapa doa mereka tidak dikabulkan (ditunaikan) oleh Allah, padahal mereka selalu berdoa." Beliau dengan penuh hikmah menjawab:
  • Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
  • Kamu mengaku yang kamu sendiri cintakan Rasulullah S.A.W tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya.
  • Kamu sentiasa membaca Al Quran tetapi kamu tidak melaksanakan isi kandungannya.
  • Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  • Kamu telah berkata Syaitan adalah musuh kamu yang nyata tetapi kamu tidak menentangnya, bahkan kamu sendiri patuh padanya.
  • Kamu berkata syurga itu benar adanya tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu selalu berdoa agar dilepaskan daripada seksa neraka tetapi kamu membiarkan (mencampakkan) dirimu ke dalam api neraka dengan perbuatan amalanmu.
  • Kamu berkata bahawa kematian itu benar tetapi kamu sendiri tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  • Kamu sibuk memperkatakan aib (cela) saudaramu sendiri tetapi kamu lupa akan keaibanmu sendiri.
  • Kamu kuburkan saudaramu yang telah mati tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar (pengajaran) daripadanya.

2 comments:

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...