Biskut raya..cantik rupa parasnya buatku tergoda.



Assalamualaikum,salam ramadhan al-mubarak.Terliur tak tengok biskut raya,kaler dia makk oii..sampaikan kita terbeli sebab rupa parasnya yang cun..rasanya entah ler..insyaallah ajelah sedap..hehe..terlalu awal ke nak beli biskut raya? alang2 dah balik kampung,singgah ler kilang kerepek dan biskut raya..rasa berdosa pulak tak beli terus kehkeh..






Al kisahnya kakak dan abang,kalau hendak membeli biskut raya lebih awal,sebaiknya tak perlulah bawak sekali anak2 kita..bukan..bukan hape..tapi..tak sempat buat stok raya ler jawabnya..sorok le kat celah mana kalau dia dah ternampak time membelinya tu..sampai kesudah tak lupa...


Adess rasa nyesal la pulok terbeli awal..takpe..next trip kita kasi beli sorok2 sket..takpelah yang dah terbeli tu kita kasi can jelah budak2 bahagia ni beraya dulu..comel sangat agaknya biskut2 ni..tart nenas,macam2 perasa,epal,blueberry..sedaplah kan..jgn kata anak2..mak budak bapak budak pun suka...till then,wassalam.






Resepi masakan Bergedil ayam sedap dan mudah









Resepi masakan Bergedil ayam sedap dan mudah

Bahan-bahan
1 ekor dada ayam
1/2 kg ubi kentang
5 sudu besar bawang goreng
sedikit garam halus
10 biji lada jarum
2 ulas bawang putih
kicap manis
2 biji telur ayam
minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

mula2 rebus dada ayam hingga empuk ketepikan sesudah masak.
ubi kentang di potong dadu kemudian digoreng hingga kekuningan.
tumbuk ubi kentang dan isi ayam tadi dan gaul sebati.
masukkan bawang goreng, garam secukupnya 
kemudian bentukkan bulat2 dan penyekkan sedikit
celurkan dalam telur yang sudah bipukul kembang
kicap, lada, dan bawang putih tu diblend sekali utk dibuat pemcicah.
sedap dimakan begitu saja atau bersama nasi.


Manik oh manik..!!





Saya dah terbayang manik-manik cantik. Entah kenapa sejak masuk 3series club ni manik dah jadi sebahagian hidup saya.Cinta saya pada manik bertambah2. Kalau nak compare ngan usia 20-an dulu,haram..saya tak suka langsung walau ada manik sebiji pada baju saya khasnya baju raya.Kenapa ye? apa merasuk diriku? hantu manik? ehehe betullah banyak perkara berubah pada diri kita,mental,fizikal,jiwa hati,minat,hobi.....seiring perubahan usia kita.




Dari tahun lepas lagi saya jahit sendiri hiasan manik pada baju sendiri dan my lil dotter sufi insyirah.Tahun ni belum sempat,mungkin malam ni baru nak memborong manik2 cantik,tak sabar rasanya.Aduii sampai terbayang2 dah design mana nak dibuat..ngeh ngeh obses tul aku ni ngan manik.

Saya rasa manik yang sesuai dengan corak baju dapat menampilkan lagi kecantikan baju dan si pemakainya..betul tak..tapi jahitan dan susun aturnya haruslah kemas dan betul kaler dan jenis manik,mutiara atau batunya..


Walaupun ada suara2 sumbang mengata, 'baju kau terlebih manik ' ataupun 'ambuii...gelinya nengok biji2 kat baju hang..'.. ada aku kesah....ahakss..mulut takde insurans cam gitulah gayanya. Pesanan khidmat masyarakat:   baju saya,saya punya pasal wokey..tolong jaga baju sendiri2 sahaja! haha...Bling Bling lagi lar raya ni..till then,wassalam.





Mouse Toy DIY | Jom buat sendiri Patung tikus comel.














Sinopsis drama Bukan Bidadari | Nad zainal dan Sharnaaz Ahmad







Sinopsis Drama Bukan Bidadari

Inas merupakan seorang gadis yang manja, kaya dan sempurna tetapi keadaannya berubah setelah ayahnya meninggal dunia. Selepas kematian bapanya, kehidupan Inas tidak stabil. Inas dan ibunya Puan Hani yang dilanda kesedihan terpaksa berpindah ke kampung.


Untuk menyelesaikan masalah keluarganya, Puan Hani menyuruh Inas berkahwin dengan Arif, seorang lelaki yang kaya. Tetapi malangnya, Arif seorang lelaki yang kasar dan suka menyakiti Inas. Dugaan sering menimpa Inas sehingga Arif dilaporkan terbunuh dalam suatu kejadian ngeri. Inas mula merasakan kebebasan tetapi kebebasan itu hanya sementara apabila Arif kembali dan sebenarnya dia tidak meninggal dunia.

Para pelakon Bukan Bidadari

Nad Zainal sabagai Inas

Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah yang comel bertudung.

Mesti ramai dah tengok kan drama best ni kat Slot Lestary TV3 setiap Selasa 9 malam kan,memang best.Dah mula minat kat Nad Zainal dan Sharnaaz Ahmad.Okey ape lakonan diorang.Nad tu sweet sangat and muka dia memang fotogenik.



Sharnaaz tu kan boyfriend Shila Amzah,you olls tengok gambar shila amzah bertudung,cun kan..cepatlah kawen diorang ni.. heee =)


Watermelon brain | seni buah tembikai.



Sudi makan buah tembikai ni ?









Free sample product ~ Susu



Assalamualaikum dan salam Ramadhan al-mubarak kawan2 bloggerz,lama sudah ai tak tulis entry begini,nampak gayanya agak jarang2lah boleh blogwalking kerana hal diuruskan mungkin lepas raya baru selesai.So ai decide autopublish entry2 Top story,amazing pictures..etc entry syok sendiri ea? haha WATEVER... =P  

Jomlah kaum wanita u olls kan suka free gift kan,ai suka free sample atau ape2 yg percuma..normal behaviour  kan, nget nget.Alolo jangan malu2.. ni semua ai de request free sample product,so mana yg dah received tu ai shared ngan u olls ye.Jangan lupa request juga untuk diri sendiri tau.Klik sini - Free sample product Malaysia | Part 2 dan Free Sample Product | Part 3


 free sample product Malaysia susu


 free sample product Malaysia susu

 free sample product Malaysia susu



Next trip kalau ada lagi ai inform ea, sharing is caring kan, ikut sunnah Nabi cepatkan berbuka,lambatkan bersahur, till then,wassalam
free sample product malaysia,sampel produk percuma,giveaway dan contest,hadiah percuma,sampel dan tester
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...