Ego dan dendam | mari buang sifat mazmumah ini.


auww..takut i tengok gambo ni..


Assalamualaikum.Ini entry peringatan,khas untuk diri sendiri dan kamu yang sudi membaca atau juga terbaca.Jika kamu ego,ada pula sikap dendam,ini adalah sifat mazmumah,yang wajib kita kikis dan buang segera! Ia perkara biasa sekiranya dendam ini hanya perkara yg datang sedetik cuma dan kita mampu mengawalnya,TETAPI bagi mereka yg mempunyai perasaan dendam terlampau sekiranya perkara yg berlaku tidaklah serius mana,maknanya ini adalah penyakit jiwa dan perlukan rawatan segera.

Faktor sifat pendendam boleh jadi disebabkan seseorang itu tidak mendapat didikan untuk berakhlak mulia dan nilai2 murni,hati dan jiwa yang kosong juga lebih mudah terdidik dengan sifat ego dan dendam berpanjangan.

Dari sifat ego,kemudiannya menjadi seorang pendendam,umpama menyalakan api lantas membakar diri sendiri,jangan ia dibiarkan kerana bukan diri sendiri juga yg rugi,malahan ada yg bakal menjadi mangsa tragedi.

*bacaan 18SG
Saya masih teringat waktu saya masih bersekolah rendah,di kampung berhampiran telah berlaku satu tragedi ngeri . Mangsa seorang gadis ~ kata orang ~ cantik boleh tahan.Telah dibunuh kejam,kuku,gigi dan rambutnya telah dicabut menggunakan playar.Ngeri sehh ~ tapi kes tu dah selesai bila tertangkap pembunuhnya ~ lelaki mekanik,selalu duk mengorat si mangsa ni tapi tak terlayan,kena pula maki hamun dengan si mangsa ni katanya tak sedar diri mekanik je pun nak ngorat awek cun cam dia pulak ~ pergh camtu ler lebih kurang story yg saya ingat..kerana dendam,berlakulah tragedi berdarah..!

Nampak?segeralah buang sifat ego dan dendam :
  • Beringatlah selalu,apa yg berlaku adalah ditakdirkan oleh Allah swt keatas diri kita.Ini untuk mentarbiyahkan diri kita agar menjadi orang yang beriman.
  • Belajar bersabar,bersabar dan bersabarlah.Dendam tidak menyelesaikan masalah.Ia hanya mengusutkan minda dan jiwa,jangan rumitkan keadaan!
  • Jangan sentiasa mengizinkan minda kita mengulangi peristiwa menyakitkan hati itu.Tepis dan padamlah seboleh mungkin.Bayangkan perkara yang indah2 dan positif.
  • Jika berlaku perkara buruk,positiflah menghadapinya,pasti ada hikmah dan kebaikannya,jangan lagi melebih2kan pula keburukannya.
  • Doakan kebaikan untuk orang yang menyakiti hati kita itu.Allah itu maha adil dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau siapa saja.Ini akan membuatkan hati kita lebih tenang.
  • Memaafkan dan mengalah bukan bermakna kita lemah,berundur bukan bererti kalah..Jadilah seorang yang pemaaf!

Setiap hari,marilah kita berazam untuk menjadi insan yang lebih berperibadi mulia,Insyaallah.



16 comments:

  1. setiap orang ada ego.. lebih2 lagi lelaki..

    ReplyDelete
  2. sekarang byk sgt jenayah sebab dendam.tq for sharing.i like this post.

    ReplyDelete
  3. manusia sekarang memang kejam...

    ReplyDelete
  4. @ZIZIE:betul,jenayah ada kat mana2 je

    ReplyDelete
  5. nauzubillah..moga kita dijauhkan..

    ReplyDelete
  6. @Domu-kun : Na'uzubillah.. berdoa slalu semua ini tidak menimpa kita

    ReplyDelete
  7. rasa bersemangat bila baca n3 ni....kata2 yg sgt positif, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  8. @ikatan : sharing is caring kak

    ReplyDelete
  9. terima kasih berkongsi... peringatkan utk semua orang kan...

    ReplyDelete
  10. @dela: sharing is also power..

    ReplyDelete
  11. doakan moga hati x sekeras batu nak maafkan org sebab hidup singkat jer....:((

    ReplyDelete
  12. All of us has ego but the only difference is how we handle it. hello all!!! Smile!
    Uniforms

    ReplyDelete
  13. @lady n jeremy : setuju dgn kamu

    ReplyDelete
  14. ego dan dendam kalau simple2 takper..takut melarat jika tak dpt kawal emosi..

    ReplyDelete
  15. @bella: pengawalan emosi mmg sgt penting

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...