Earth Hour 2012 tidak mencapai sasaran!



Setiap tahun kami sertai Earth Hour.Kami suami isteri,sekarang anak beranak ~ kasi paksa tuu!! sokong Earth Hour.Baca sini.Kami switch off lampu 60minit.Kami bergelap juga.Kami sayang Dunia,kami sayang alam sekitar.Kami mahu berjimat tenaga.Tetapi apakan daya,tahun ni misi tidak tercapai! Kami tak boleh tutup lampu,tidakboleh bergelap kerana,Cik Boonga  dan si baby camim habis kena serang NYAMUK.. nyamuk gatai..weeee kesian budak kecik tak berdosa ni.Nak dijadikan story,hutan sekeliling rumah kami baru kasi clear,makanya sehari dua ni kami berhabis duit membeli ridsect segala membunuh nyamuk bersarang dalam rumah.Budak dua orang ni kulit alergik.Nyamuk dinosour  kau cam tak pernah bau darah manusia,selama ni jupe darah biawak jer ek'eh  nyamuk gigit biawak ker..ekeke i dont think sooo..!!

Apa lagi yg wajib baca :


Nuffnang dan churp-churp buat hal?


Assalamualaikum.ini entry  pendek berunsur bengang konpius untuk abang Nuffnang dan kakak Churpie,sila jawab soalan saya.Ok terima kasih ye abang Nuffnang sebab baru kasik BE semalam yg ke berapa entah  lupa lah pulak,.okey good.itu saya sayang kamu.tapi yang ini wajib jawab jugak.


Kenapa dah tiga hari saya tak boleh view Analytics Nuffnang saya?why?the reason is why?

Kakak Churpie yang tersayang pulak,kenapa semenjak dua menjak ni ada pulak iklan alcohol dalam kempen saya?walaupun saya masih boleh tidak memilih kempen tersebut,kenapa tidak hide saja kempen alcohol ini? konpius neh.dah dua kali jadik.Soalan seterusnya yang wajib jawab ialah


Kenapa Page Not Found pagi ni?adesss baru planning baek mahu mengcash out kedua2 ni..siapa tahu jawablah.Thank you in advance.



Pantai Bagan Lalang | simple picnic.



Ini entry yang terlupa publish [boleh?] Sabtu lepas,last minute planning,kami buat simple  picnic kat Pantai Bagan Lalang Sepang.Gi kul 11am gitu,sebab pagi sabtu tu mak tercinta takde kat umah jadi , kalau mak takde,rasa tak besh la duk umah.Sampai kat sana,mmg sunyi jer,pagi sabtu takde orang? why???this is gud or bad? tak happening la beach kalau takde adegan2  jemur berjemur ..kehkeh  kami pun buat simple picnic.No meals,no BBQ no bikini hanya ada bakul susu cik bunga wokey!!Tak turun pantai pun sbb air surut n jauh lagipun cahaya matahari garang  pulak arituh.weeee  hitam legam nanti kami anak beranak,dahler mmg suram2 jer kami neh.heeeee  

Silalah mensnap gambar..ai tak jenjalan ai menebeng bawah pokok ni jerr!
Ramai orang?nampak?tak nampak kan?dah kata owang takderrr


nampak nuunn  tulah dia Gold Cost Sepang.

ada nampak bubble?tak nampak kan,sebab cik bunga tak pandai main!

Wooowee line wifi bersepah tuuuu..ni picnic sambil berfacebook ing!

sayalah cik bOOOnga  sila vOte saya..!!


I love dis moment...


Pizza Hut Triple Chicken Sensation 3D the best ever!



There are many movies available in 3D, but how about pizza in 3D? Yes! 3D sensation is now available for your taste buds instead of just your eyes. Give your taste buds a 3D treat today!

Try the new Triple Chicken Sensation from Pizza Hut. Flavourful chicken loaf on a bed of succulent chicken salami, topped with fluffy chicken floss. The best part? You don’t have to wear 3D glasses for this.

Order a take-out and enjoy 50% off Family Favourite Pizza!



 

 

Awal dan Scha nikah 4 Mei | Harijadi ku !



Buat short entry.Awal Ashari dan Scha Al Yahya akan bernikah pada 4 Mei di di Pullman Putrajaya manakala majlis persandingan pula pada 6 Mei di PICC, Putrajaya.Terima kasih la Awal dan Scha meraikan tarikh harijadi saya yang ke tuuutttt pada tarikh yg sama.Walaupun begitu mintak mahaplah saya tak dpt attend majlis u olls kerana saya mungkin sedang berada diatas gunung Kinabalu pada tarikh tersebut.Sudah planning chantek maaa date itu kami akan travel ke Kota Kinabalu...!!! Perasan bestfren kepada awal dan Scha ekeke weee tak boleh blahh la ayat.


Scha sila pakai tudung untuk kelihatan sangat cantik manis+ solehah.


Dulu time grand wedding Mawi dan Ekin,  saya pun tak dapat attend walaupun terima jemputan,nak tahu kenapa? kerana pada tarikh dan waktu yang sama saya juga sedang naik pelamin! so tolong jawab macamana kami nak datang kenduri kawen Mawi itu?paham kannn? emo 5 saat.



Rumah idaman hati yang mampu dimiliki dan praktikal?


Assalamualaikum.Marilah jangan segan2,kita cuci mata lihat rumah baru saya.weeee tipah tertipu.Okey saya sekarang ni mmg sedang mencari rumah. Jadi kebanyakan aktiviti hujung minggu sekarang kalau takde events lain,kami suka pergi tengok showhouse,kat area mana2 yang agak praktikal,logik dan mampu untuk dibeli especially kat shah alam.Almaklumlah harga rumah sekarang makk aii cam intan berlian Afrika. 2020 nanti katanya rege rumah mayb tak termampu utk dibeli lagi.Kesian anak cucu kita.Semalam lepas balik injection syamim utk 6m,kami gi terus Sek25 Apartment Damai.Kebanyakan dah sold out.Baru open utk blok baru tapi kitchen pulak letak kat depan tepi foyer.Kalau boleh kami nak bedroom kat situ,tapi dah sold out.How?Weee takpelah hakak. utk u olls yang suke interior design cam gini boleh copy sket2.














okey sudah cuci mata,boleh mula fikirkan rumah dan design macamana kamu mahu..peace!




Berat badan turun mendadak | baik atau buruk?



Assalamualaikum.Berat dah turun.Tak yah susah2 gi London.London Weight Management.Kali terakhir saya naik timbang pagi tadi kul 8am.Total semua dah turun 7kg.Kali pertama saya terkesima kerana berat turun tanpa susah payah berdiet adalah sebelum ke Fraser Hills BACA SINI  hujung Februari lepas.Seluar dan baju semuanya longgar2..ek eh hakak macam takleh percaya..do believe me,saya tak berdiet atau adakah hanya dengan berangan2 diet, berat badan boleh turun?aissshhhh ekekeke its magic its magic ~ cam cik bunga slalu nyanyi.

okeh ni bukan kaki dan penimbang saya

Gembira lar sangat sambil nyanyi ~ nyanyi senang hati  ~♫♪♪ ... apesal berat turun mendadak pulak,kalau tak diet tetiba turun ngan sendirinya.Walaupun belum mencapai sasaran BMI yg sepatutnya  turun lg 5kg,tapi dalam minda macam persoalan pulak menggasak..why? the reason is why? TENGOK SINI.

Alar maybe sebab saya tengah dok breastfeeding si kecik syamim ni kowt..kan diorang cakap kalau kita susukan badan, berat badan kita boleh turun kan,logik tak?Saya makan macam biasa.selera pun ok ok jer takde sebarang perubahan..macam biasa coklat Cadbury,aiskerim Walls double Dutch dan teh tarik memang lar wajib...buruk makan kau hakak!

Nehh baru betul kaki cik bunga..

Pastu Kak Ngah saya yg tengah duk mengeram umah mak datang semput2 bwk inhaler dia,baru balik checkup kat Hospital,last appointmen doctor cakap Kak Ngah maybe ada Heart Cracked -  O mak kau ngeri dengar ni.Kesian dia,saya doakan selalu kesihatan Kak Ngah.

Tapi dia sempat mengingatkan saya,last time adik iparnya dapat kes cam saya, turun berat badan mendadak dari level gebu sampai ke level slim dan cun,bila gi checkup doktor kata ada Kencing Manis,kiraan 12 beb.! 12. Wisau ni..wisau.wisau hakak.





Morning sickness itu memang sangat tidak best!



Assalamualaikum.Kenapa bukan lelaki yang mengandung ? Baca sini . owhh serius saya tak tahu.Ada hikmah dan rahmatnya Allah setting semua perkara ini.Hari ini cerita sket pengalaman morning sickness ketika mengandung.Semua adik beradik saya 6 perempuan,bila mengandung semuanya mengalami morning sickness yg bukan ringan2,tapi boleh tahan tahap pening2 lalat dan muntah2,sampaikan mak cakap,kalau kakak2 saya mengandung abis sekampung tahu sebab bila muntah hijau setiap hari tak henti2.Jadi pada siapa yang tidak  mengalami morning sickness ketika mengandung,bersyukurlah,kamu sangat bertuah.serius.Isteri kawan saya  morning sickness sepanjang 9 bulan kehamilan.Memang simpati.Alhamdulillah pertama kali mengandung,bulan keenam baru saya sihat sepenuhnya.Kali kedua pula lebih cepat hilang morning sickness 4 bulan saja pastu dah bolah makan macam2.

Surat cinta | sila jangan jeles!


Assalamualaikum.Lupakan la header yang blurrr ~ readers yg sakit mata tu mintak hampun yer,jgn tak singgah lagik blog hakak..hakak tak salahhh...ni tengah duk syok sendiri tunjuk barang hasil godak  menggodak kat kampung.Sila jangan jeles tau ~ sape yg rasa nyampahh tu silalah jgn stalker ~ tiada paksa memaksa ~ heh bebel banyak bikin orang bussann.

Jumpa surat cinta lama,haduii syahdu ni yang.Dah story kan sebelum ni,sebelum membina rumahtangga ngan hubby,kami berkawan baik teman tapi mesra gitu hampir 10 tahun,alolo kiranya penyabar la jugak isterimu ni,kalau hubby terbaca silalah menambah darjah kecintaan pada isterimu ini yep,mekasihlah.Sambung tadi ~

Kiranya dulu banyak lah koleksi surat dan kad cinta,malangnya dah banyak terbakar tahun 2006,alamaks sedihlah nak ingat balik,peristiwa rumah kami terbakar dulu,hangus segalanya alhamdulillah tiada yg terkorban tapi sedihnya beberapa ekor kucing kami mati termasuk yg baru beranak.Sighh ~ malas ingat.Tapi baiknya part kat bilik tidur saya terselamat pulak beberapa barang kemas n kad2 cinta dari hubby. Jom layan gambar terbakorrr...

Header jadi blurr,why?


Entry pendek ketika minda kusut jiwa tak keruan.Sila lihat header diatas tu,kenapa jadi blur?siapa pakar sila bagitahu saya apakah agaknya penyebabnya.Dah lama tak tukar header,harini kononya terajin nak buat header baru,alamaks jadi camni pulak..tak best langsung feeling ni!! Bantulah saya yang blurrrr ni.Terima kasih.

Jom tengok apa yang menarik di sini :


Bila rindu datang,aku jadi emo!!

 
Pencil box paling saya sayang,dah 13 tahun saya simpan pencil box ni.
Dah cakap kan,2 minggu ni saya duk mengeram umah mak,jadinya saya selongkar barang2 lama dalam bilik,nak mengemas supaya bila saya tidak gunakan bilik ni,orang lain pulak boleh guna bilik ni.Memang skrg ni sedang windu kat member2 lama - teringat zaman skolah n kat kolej dolu2 sebabnya selongkar barang terjumpa byk buku2 zaman sekolah.weeeee  mana minah2 tu semua? Jaya Letchumi, Kak Ila,Aida,Rozie,Sue, kak ana,Mawar..di mana dikau kengkawankuuuu...sudah berapa dozen anak2 korang..sob sob sob..ingat lagi u olls buat surprised bufday party utk imie?nak ulang balik memori tu boleh tak?boleh? boleh takkk?emo gila aku ni.. sighhh!
 
Baca sini pulak jom :
 

Bukan hidup je perlu berubah,broadband pun!!



Saya dah bertukar dari Maxis Broadband ke Celcom Broadband Prepaid. Beli sim Instanet BACA SINI yang baru,kasi topup RM50 utk satu bulan.Pergh puas hati....takyah nak membengangkan diri guna berukband lagi..Walaupun begitu,saya masih belum melupakan Maxis,kerana dongle broadband masih memberikan khidmat setia,utk sim instanet mengeram..ekeke..jangan marah Maxis...Internet mmg wajib ada sekarang! Nak wat camne..sume dah try..tapi terjun ngan labu2nya! Last skali guna prepaid barulah dapat ber broadband sambil goyang kaki depan TV,kalau tidak hujung dunia baru line cantik.Paham kan?

Jom baca sini :

 

Bikin ibu malu.. haduii telepon punya pasal.



Tehehe rasa nak tergelak sorang2 pun ada jugak.Cik bunga suka godak godam telepon buruk saya. Macam anak2 orang lain jugak rasanya,suka bebenor bebudak ni mengacau gadget2 mak ayahnya.Pantang terletak sket mulalah menggatal jari jemari mereka tu..weee tak payahlah tunggu terletak,time kami tengah guna pun mereka ngan selambanya mintak tengok upin lah,abata lah cam tak nampok lah pulak mak ayahnya sedang bekerja..sabo sajalah.

Nak dijadikan story,malam tadi nak tido,cam biasalah,saya mengecheck handphone - ada spelling gini ? abaikan sudaaa. ada SMS dr kawan sekerja ,lelaki dah kawin pun,wife nya pun keje ngan kami. Dia tanya nape SMS mlm2,tulisan pun dia kata tak paham saya taip ape. Then bila check kat sent items,hurmm cik bungalah sent SMS merapu main taram je sent kat sapa2..bukan sekali ni,dah banyak kali,keypad lock dia dah pandai freekan so..nak simpan fon mmg payah..sbb kalau dia mintak tak bagi meraung lah jawabnya.

Paling tak boleh blahh beberapa bulan lepas,lepas balik kenduri kawin kawan saya - kawan lelaki,malam tu tengah2 malam dia sent SMS kat saya,dia tanya napa call,ada urgent kerr?line tak clearlah,..hadoii bila check rupanya cik bunga dah call dia tengah2 malam..orang tu sdg merasmikan 'malam pengantin' lagi dikacaunya..malu muka ni tak tahu letak mana.Sabo sajalah anak ibu ni.

Sila baca sini juga :
 
 
 

Buku terbaik untuk jadi orang baik.


 


Menguruskan  hidup kita untuk melakukan yang terbaik setiap hari  bukan perkara mudah.Mahu jadi leader untuk diri sendiri juga liat,macamana pula mahu tunjukkan leadership pada keluarga dan anak-anak kita?

Mencari  sumber pembacaan untuk menimba ilmu menjadi  pembimbing terbaik bagi menjalani rutin hidup agar segalanya baik2 sahaja

Itu adalah Al-quran nul karim buku terbaik dari Allah swt yang mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya! Al-quran mengubah kita dari manusia botol kosong kepada manusia botol berisi permata.Tanpa al-quran kita hanya botol kosong tiada nilai!

Baca seterusnya sini dan di sini.





Hujung minggu di Pantai Morib




Minggu ni balik kampung sebab kena attend kenduri kahwin cousin.So pagi ahad pergi Pantai Morib lepak2 kejap.Pantai Morib dah banyak berubah since 2 tahun lalu,dah cantik dan bersih..yang ni lepak di pantai lama yang memang dah dinaik taraf ,jadi view pun memang agak menyejukkan mata,ada lagi dua pantai di Morib,pantai baru dan lagi satu pantai kelanang.Facilities semua dah lengkap n tempat makan pun happening bila malam.Datanglah.

 












Malam ahad,hubby balik shah alam semula untuk bekerja,kami pulak tinggal kat kampung temankan nenek yang berdua je ngan atuk...seronok tengok cik bunga ramai kawan  n cousin dapat main..kalau tak mmg sunyi takde member =)



Wordless Wednesday #25




*baju tido cik bunga dapat map,tak boleh hilang.. =( then bubu buat ladybug  guna kain felt kasi cover itu map..see tadaa dah boleh pakai lagik!!! =P  mekasih bubu ..[konon2 ucapan dr cik bunga tehehe]



Mari melukis sambil menyanyi | versi merapu,tapi ini kenangan termahal.


Masa saya kecil,saya memang suka melukis,bakat tak seberapa,jadi masa kecik2 biasalah,duk terperap ngan buku2 kosong n kaler pensil yang dibelikan.Lukisan ntah hape-hape merapu bagai,jadi suatu hari kakak saya datang dekat,dia cakap 'meh nak blajar melukis tak ? senang jer, melukis sambil nyayi,ikut tau...!'

bulat kecil bulat kecil  ♫♪
 
bulatlah besar...♫♪

bulat kecil bulat kecil ♫♪

bulatlah besar...♫♪

bulat kecil bulat kecil... ♫♪ tadaaa...dah siap..comel tak..??? =P
Ini kakak saya no4 yang mengajar saya [dia baru melahirkan anak ke-6 beberapa minggu lalu..]..tehehe sampai sekarang saya tak lupa..walaupun ia cuma lukisan cekba  yg cute..ketika itu cuma untuk melawakkan saya , saya akan ingat momen itu..kerana kenangan waktu kecil hanya datang sekali dalam hidup kita...!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...