Lisa Surihani comelnya~ tak ragu lagi





Lisa Surihani memang comel,macam anak dara hehe dah nama pun retis giteww lah kan, nak cerita pasal Lisa ni apa kata jom join contest mudah ni,hadiah2 menarik belaka cer tengok video ni dulu :


ini hadiah-hadiahnya jika anda menang Peraduan Jom Meriah Bersama Lisa Surihani



Minat nak join klik je gambar diatas ni ya, tq dear


 Gambar Lisa surihani, contest, giveaway, giveaway dan contest, lisa dan yusri gambar terkini, 

Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka




Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka
[pinjam dari Majalah Saji bil 193]

Bahan-bahan

3-4 potongan ikan tenggiri

Bahan Tumis

2 cm halia dihiris nipis
3 ulas bawang putih dimayang
5 ulas bawang merah di mayang
1 sudu kecil biji sawi
sedikit kunyit
minyak utk menumis

Bahan sampingan

10 ulas bawang putih dipotong dua
10 ulas bawang merah dipotong dua
2 tangkai cili padi merah
5 sudu besar cuka makan
2 sudu kecil gula
1 cawan air
garam secukup rasa

Caranya

-Goreng ikan tenggiri hingga sedikit garing
-Tumis bahan-bahan yg telah dimayang  hingga naik bau kemudian masukkan cuka, gula dan kunyit,
-Masukkan sedikit air agar cuka tidak terlalu masam
-bila mendidih masukkan bawang putih dan merah serta garam. hingga lembut.
-Masukkan kepingan ikan tenggiri tadi masak seketika kemudian hidangkan.




Resepi Ayam Tempra






Resepi Ayam Tempra
[pinjam dari Majalah Saji bil.193]

Bahan-bahan
1 ekor ayam~ potong 12
1 labu bawang besar ~hiris
1 tangkai cili merah ~hiris
1 tangkai cili hijau ~hiris
6biji limau kasturi ~ ambil jusnya
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
sedikit garam
minyak masak

Caranya

-Bersihkan ayam dan ketepikan
-Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing,angkat dan ketepikan
-Satukan jus limau kasturi,kicap pekatdan kicap cair,masukkan gula dan garam sebatikan rasa
-Panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar dan cili
-Masukkan kicap pekat dan didihkan,Masukkan ayam dan kacau sebati.


resepi ayam, resepi masakan ayam tempra,resepi ayam tempra

Kala hati berduka ~ Zikir munajat pengubatnya.







Duka lara di taman sunyi
Duri dalam daging tersiat
Nestapa tersembunyi
Terpendam maksud tersirat

~pinjam dari http://pantundanselokaninotaziz.blogspot.com



Astaghfirullah - Hafiz Hamidun ( Zikir Terapi Diri )




Kala hati terluka~ aku jiwang atau aku sendu? Dah berminggu aku perap beb, ingatkan hati yg terluka boleh terubat dengan berlalunya masa, tapi la ni dah berminggu sejak peristiwa itu,hati aku masih menangis. Masih sayu sedih pilu perghhhh. Hanya kerana lidah berbisa manusia.

Memang aku menangis, Allah je tahu betapa sedihnya aku.Sekarang baru tahu seriknya aku, sepanjang hidup aku la kan, memang banyak kali dah hamba Allah yg satu ni lidahnya bak pedang berbisa, aku tahu , aku sedar akan dirinya yg 'ahli syurga' , ameen aku doakan betul dia ahli syurga kerana siapalah aku utk marah sampai maki hamun orang lain,aku hanya hambaNya yg hina.

Aku redha dengan setiap kata² nya , biasanya aku buat tak layan umpama angin lalu,tapi kali ni betul² dah melampau aku rasa, bijaknya hamba Allah ni berdrama dikala ada orang lain dan bila aku sahaja,macam² kata bisa dia hamburkan.Kali ni aku dah serik,mungkin ada perkara banyak berubah selepas ni,  aku dengan rendah diri memaafkan 'ahli syurga' ni,tapi bila kata aku dah serik maknanya aku tak mahu terlibat dengan   apa² lagi sebarang urusan dia. Sedih beb,sengaja melukakan hati kami anak beranak..apa maknanya tu?

kau menang 'ahli syurga' , kau nampak mulia dimata mereka kan? semoga kau juga mulia di mata Allah. ameen.

Biskut Oat Coklat lagi~ melayan contest WHITEN YOUR WORLD





Assalamualaikum readers. Biskut Coklat Oat lagi , 2 hari lepas punya projek oven. Anak² dan hasben suka, jadi saya pun rajin membuatnya.Tapi kau... time bebudak ni makan,bersedialah dengan lantai berhabuk² dengan biskut bersepai².. sabo je kau. SINI resepinya. Meh saya interpreme bunga keladi kesayangan saya yg semakin gebu~ inilah pokok bunga hidup paling sesuai letak atas meja dalam umah, low maintainance, kau campak² je dalam pasu bubuh air..Insha allah hidup le tu.




Lagi,minggu ni my hasben sibuk mengecat rumah, saya pulak sibuk DIY frame gambo. Frame² kayu tu mmg  season giler  dah rosak dah,so kita kasik cat putih bingkai tu dan belikan sugar paper utk background dia, ni semua gambar guna printer biasa printing  atas A4 paper je,easy takyah kau nak pening2 kuar cost bagai sumenya FOC.Taraa not bad la utk frame gambo yg percuma lagi  sendiri buat haha .. gantung je belum~ cerita pasal gambar ni , jom join contest mudah ni:




Obses melayan Contest WHITEN YOUR WORLD, u olls nak join jugak klik gambo atas  ni ya, mmg senang sangat n hadiahnya sangatlah membuatkan haku tak sabo menang [poyos] dahhhhhh  kalau join mestilah ada impian nak merangkul sebarang hadiah khen..caranya just submit gambo² yang berwarna putih sahaja.haaa tak ke mudah aka senang kan..cakap dah tak caya. Meh join skali ya,jgn malu2 kalau u jenis kulit putih melepak lg bagus, ambik gambo muka sendiri  tu hehe sadis till then wassalam.





Hijabslover~ dah sampai pun tudung utk my mom.






Dah terima pun tudung yg  dibeli online di Hijabslover , untuk my mom.. paid on Saturday, harini dah received. tq Hijabslover. Kenapa beli utk mak, sebab tengok corak dia mmg saya berkenan, hopefully my mom pun suka, lagi satu ini size L , walaupun my mom pakai lebih labuh dari tu tapi boleh pakai jugak kan sebab ini pun kira labuh tutup dada.


Cenggini lah rupanya,ini bukan me or my moms, ini model Hijabslover wokey..pinjam sat gambo.. u nak shopping tudung try singgah Hijabslover. Sharing is caring , Till then,wassalam.




review produk, beli tudung online, tudung cantik



Ayam Tempra & Ikan Tenggiri Cuka menu simple hari ini~





Mood nak makan masam-masam arini. Tak tahulah encik hasben nanti boley telan tak..tapi biasanya dia layan je sambil-sambil jadi juri Master Chef ,pekakkan telinga sudey..hihi First time masak Ayam Tempra,tengok di Majalah Saji edisi entah  zaman bila,katanya ini resepi Baba Nyonya dari Melaka ~ ,nampak cam masak kicap jekan,tapi ini ada lain sket sebab ada campuran limau kasturi. Terpikat nak masak sebab mmg simple dan xpress beb! Ini hari kita masak yg senang lagi mudah hokey ! Nak resepi ayam Tempra tengok sini.


Lagi satu paling senang Jeruk Ikan aka Ikan masak cuka, memang mudah gilerrr, campak-campak dah siap.. pemalas haku..semua orang tahu kiki  nak respi lihat sini okey.

             


resepi masakan ayam, resepi masakan mudah, resepi masakan ikan,


Makan nasi Arab D' Arab Cafe Seksyen 7 Shah Alam





Assalamualaikum readers. Mood makan nasi arab ni, last weekend sebelum gi jogging kami anak beranak melayan dulu menu nasi arab di D'Arab Cafe   ~ tempat yg sama di medan selera tempat kami layan burger gergasi,  Giant Burger di Medan Selera Anjung 7 seksyen 7 Shah Alam. Selalunya hujung minggu kalau hasben tak onduty atau kami tak kemana², mmg bawak anak² gi taman je jogging sambil main badminton. Almaklumlah kami ni mmg sebatang kara di Shah Alam takde saudara mara,jadi takyah risau kot ada orang nak bertandang ke rumah.Sebelum tu kalau terkeluar awal sket, gatal la kaki menyinggah  D'Arab Cafe. konon lepas tu jogging boleh lah bakar lemak hehe 'lemak kambing' kata hasben,sebab dia suka ambik menu Kabsah Lamb yg mmg ada lagi rasa lemaknya tu,katanya yg berlemak tu ubat sakit jantung...sadis kehkeh  saya dan anak² akan pilih Roasted Chicken je~Layanz

                                                   LIHAT VIDEO







Ini orang kalau dah layan kambing dia,tak hengatt dah.. kami suka pilih duduk bersila je [kalau ada space lah kan] sebab senang bebudak dua orang ni nak lari sana lari sini takyah dah nak risau².. ice lemon tea yg wajib utk cuci lemak dan laicikang yg harus  utk sejukkan badan.. nak try,datanglah sini ya,mmg selalunya ramai kat sini sebab tempat ni  medan selera , till then,wassalam.







mee ketam, Nasi Arab D' Arab Cafe Seksyen 7 Shah Alam, restoren D'Arab Cafe, restoren nasi arab, review makanan, review tempat menarik, Yb burger, 


Zoo Negara Malaysia ~






Assalamualaikum readers. Ini story lama baru update ini hari. Last month punya story rasanya,tak ingat dah tapi kami pergi weekend sebelum PRU13 tu yang terjumpa abg Aziz Desa dalam NLKO TV9 sedang menghangatkan PRU13. Haha ini 1st time bawak anak2 datang Zoo mmg plan tunggu mereka besaw sket supaya senang nak intro mereka haiwan2 kat sini. Tapi ini kedatangan kedua saya selepas yang pertama tahun 1989 kwenk kwenk.. sangat lama tu haaa 24 tahun mmg banyak perubahan kan..hubby cakap last dia datang sini pulak time sekolah rendah jugak..leh kurang sama la ngan bini dia ni.hoho


Ini kadar tiket masuk Zoo Negara latest punya..



Parking  kereta , kami masuk 10am  keluar 3pm  charge RM 7.50 




Kami pilih jalan kaki je sebab bawak stroller anak, bagi yg malas jenjalan tu sila naik tram hokey..kureng la kepenatannya..beli  je map RM1, supposed FOC je map tu ~ LOL









Memang anak2 seronok dapat kenal haiwan, agak berbaloi datang sini bawak diorang khen, tapi bagi saya yg  best dekat Show Amphitheatre je..yelah kita yg dah tua2 ni dah kenal sume jenis binatang ~hoho tengok muka anak bujang tu blurr je..sebab dia ***** ek'ek hihi busuk tu tp tunggu gak sampai show abis baru cuci.



~ berhangan tu hihi




Bosan erk layan gambo haiwan, hehe tapi banyak Info Board tu banyak dah blurr,rosak~Zoo Negara mintak tolong upgrade ye, kalau tak caya tengok gambo bawah ni,ada lg yg lebih teruk tau , till then,wassalam.


zoo negara malaysia di gombak, harga tiket zoo negara, review tempat menarik, haiwan di zoo negara, gambar haiwan comel, 

Island BBQ Steamboat Kg Melayu Subang~ murah dan happening.





Assalamualaikum readers. Malam tadi kami makan di sini, mmg dekat sangat dengan lokasi rumah tapi ni baru 1st time nak berjimba disitu.KERANA kali ni baru dapat buat reservation. Apa yg hebat sangat sampai kami tak boleh terjah terus cam selalu kami buat di Pak Usu Steamboat , D'kayangan atau di Tupai² tu? Best sangat yer ? aha.. mungkin kerana harganya yg MURAH lihat kat website Island BBQ Steamboat  memang lebih murah dari tempat² yg disebut tadi. 





Ni dia sikecik champion makan mee dan eskerim.Lepas tu balik rumah jadi hyper,terlebih karbo keh keh..kul 2am baru nak tido.Sabo jelah. Kami plan nak terjah je cam selalu buat, tapi sebelum ni  selalu datang tengok dah full. Solution, kena buat gak reservation Datang seawal jam 8pm..coz dia mula beroperasi kul 6pm, sejam selepas kami sampai mmg meja semua mula full .happening lar kan~ i loike. Meja mmg banyak, environment dia best, view ok..kita boleh makan dikelilingi landskap hijau yang  cantik, makan pun santai je,saya mmg jenis tak makan banyak lagi² seafood cepat full kan, mmg hokey je bagi saya..kalau nak kata tak banyak choice atau variety, lihat balik kat regenya hokey ~ So far saya puashati.cuma eskerim je kena request~ siapa nak try,datanglah ya,till then, wassalam.








Island BBQ Steamboat Kg Melayu Subang steamboat murah dan sedap, jalan jalan cari makan, pak usu steamboat shah alam, review makanan, review tempat menarik, 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...