Kala hati berduka ~ Zikir munajat pengubatnya.







Duka lara di taman sunyi
Duri dalam daging tersiat
Nestapa tersembunyi
Terpendam maksud tersirat

~pinjam dari http://pantundanselokaninotaziz.blogspot.com



Astaghfirullah - Hafiz Hamidun ( Zikir Terapi Diri )




Kala hati terluka~ aku jiwang atau aku sendu? Dah berminggu aku perap beb, ingatkan hati yg terluka boleh terubat dengan berlalunya masa, tapi la ni dah berminggu sejak peristiwa itu,hati aku masih menangis. Masih sayu sedih pilu perghhhh. Hanya kerana lidah berbisa manusia.

Memang aku menangis, Allah je tahu betapa sedihnya aku.Sekarang baru tahu seriknya aku, sepanjang hidup aku la kan, memang banyak kali dah hamba Allah yg satu ni lidahnya bak pedang berbisa, aku tahu , aku sedar akan dirinya yg 'ahli syurga' , ameen aku doakan betul dia ahli syurga kerana siapalah aku utk marah sampai maki hamun orang lain,aku hanya hambaNya yg hina.

Aku redha dengan setiap kata² nya , biasanya aku buat tak layan umpama angin lalu,tapi kali ni betul² dah melampau aku rasa, bijaknya hamba Allah ni berdrama dikala ada orang lain dan bila aku sahaja,macam² kata bisa dia hamburkan.Kali ni aku dah serik,mungkin ada perkara banyak berubah selepas ni,  aku dengan rendah diri memaafkan 'ahli syurga' ni,tapi bila kata aku dah serik maknanya aku tak mahu terlibat dengan   apa² lagi sebarang urusan dia. Sedih beb,sengaja melukakan hati kami anak beranak..apa maknanya tu?

kau menang 'ahli syurga' , kau nampak mulia dimata mereka kan? semoga kau juga mulia di mata Allah. ameen.

1 comment:

  1. saat berduka kita merasaakan hidup ini sendirian padahal maseh ramai yg mengambil cakna tentng kita.. berdoalah semoga kesah duka dihanti dgn sejuta kebahagiaan (:

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...