Jika anda telah berjaya mengikuti pelan diet ataupun sudah memiliki berat badan idaman anda,cuba ikuti tps ini untuk mengekalkan berat badan tersebut:
- Pelbagaikan jenis makanan
Jika anda menikmati hidangan yam semalam,cuba pula hidangan ikan dan sayuran pula hari ini.Ia memastikan anda dapat terus menikmati pelbagai jenis makanan dan mendapat khasiat yang sepatutnya.
- Pilih makanan asli [tidak diproses]
Makanan yang tidak diproses lebih memberikan banyak khasiat.Beras perang contohnya mengandungi lebih Vitamin E dan serat berbanding beras putih.Sayuran dan buahan organik lebih tinggi kandungan vitaminnya berbanding yang ditanam secara tradisional.
- Kawal saiz hidangan
Lebihan kalori daripada semua makanan akan tersimpan didalam tubuh sebagai lemak.Ukur saiz hidangan yang diambil pada permulaan program diet.Srtelah biasa dan mahir,anda boleh mengagak saiz hidangan anda.Pastikan ia saiz hidangan yang kecil.
- Nikmati lemak sihat.
Kajian menunjukkan bahawa lemak mono tak tepu yang terkandung di dalam minyak zaitun,kekacang dan avocado tidak akan meningkatkan paras kolestrol.Lebih baik lagi,ia tetap menyedapkan sajian hidangan.Lebih sedap menu diet anda,lebih lama anda akan mengamalkannya.
- Minum lebih banyak air dan bersenam.
Anda disarankan untuk mengambil lebih banyak air putih atau teh hijau pada setiap wakti makan.Kajian mendapati teh hijau mengandungi sebatian kimia yang merangsang kadar metabolisme.Jangan lupa mengamalkan senaman yang konsisten,tak perlu terlalu kerap tapi memadailah dengan berjalan kaki atau berjogging seminggu 2 atau 3 kali.
Jom baca yang ini pula:
susah gak GKA nak ikut nie
ReplyDeleteboleh cuba buat yg termampu =D
ReplyDelete