Assalamualaikum.Petang tadi sesi mengemas rumah,menyelongkar almari dan membuang barang tak diperlukan,serta mempacking mana yg elok lagi - kebetulan sabtu ahad isnin nak balik rumah mak mentua,apa lagi - mission menghantar pulang barang2 tersebut sgt lah berjaya hendaknya.
Seperti minggu lepas juga cuti 3 hari di rumah mak saya , mission seperti ini juga berjaya - tapi segala barang2 bagi kat nephews,semuanya hepi dapat sekotak penuh macam2 souveniers dan sebeg tshirt yg baru lagi tak terusik pun.Semuanya kawan2 bagi buah tangan bila theyall balik travel from all over the world.Dah tak terlarat rumah kecil kami menampung semuanya,takpelah kalau shared pula ngan orang lain.
Beberapa minggu sebelumnya pulak,adik2 ipar datang bertandang,sempat lah hulur tudung2 bertimbun yang diorang sudi ambik,kebanyakan masih elok cuma dah tak pakai sangat tudung bawal sebab sekarang pakai tudung instant jer kan,daripada buang better bagi pada yg sudi.Alhamdulillah ada yg sudi.
Tapi yang bestnya hari ni,korek almari,jumpa harta karun..berhabuk sudah.
Hurmm..semua brooch ni sebenarnya di pakai waktu bertudung bawal dulu,masih lagi bekerja ,jadi rajin lah membeli brooch segala,sekarang tudung instant dah tak berapa pakai lagi.Lagipun dah resign duk rumah kurang lah menggayakan semua ni.
Saya pun dah tak ingat kenapa benda ini boleh tersorok kat almari bahagian paling bawah nun.Tu yang tak ternampak tu.Semuanya saya angkut kedapur,capai ubat gigi n berus gigi -my lil dotter punye - tak guna dah berus gigi dia tu hihi.. hah sental semua.. amacam? berkilau balik semuanya!suka suka!ada antaranya yang dah lebih lima belas tahun..jangan tak percaya!
yang ni semuanya brooch size besar2 punya..hehe yang kecik2 toksah story ler..tak snap sebab tak cuci kurang lah berkilauan yg kecik2 tu mmg banyak ..sedang berfikir, nak hadiahkan pada siapa yang sudi.Bolah tahan membazir dulu membeli segala ni,sekarang tahu pulak berjimat cermat,sebab dah ada anak2 kot,jadi automatik jadi penjimat.heh..
buat la ga akak,,, muja nak ni,, alamak,, tak tahan la tengok benda berkilau ni,, hehe3
ReplyDeletemalas pulak nak buat GA la sis..hehe dulu ada skali akak penah buat,tp malas pulak nak buat lg..lambat2 lagi ok kot..tapi akak nak bg hadiah kat muja.. hehe
ReplyDelete