Mengawal pemakanan adalah tindakan yang paling baik untuk kesihatan.Tetapi jika tanda-tanda berikut anda alami ketika sedang berdiet,ini bermakna diet yang sedang anda lakukan adalah merbahaya.Ikuti 7 tanda dan faktor yang menyebabkan ia berlaku :
1. Kekurangan tenaga atau lemah
faktor : anda kekurangan karbohidrat,pengambilan zat besi yang kurang dan tidak minum air yg mencukupi.
2. Rasa tertekan
faktor : anda kurang mengambil lemak omega3 atau vitamin B misalnya asid folik,vitamin B6 dan vitamin B12
3. Simptom PMS meningkat
faktor: anda mungkin kurang mengambil kalsium dan magnesium atau terlebih mengambil gula.Mengambil makanan yang kurang kalori juga boleh mengganggu mood.
4. Sering lapar.
faktor: mengelakkan waktu makan,bergantung terlalu banyak kepada minuman pengganti makanan,amalan 'fad diet' yang melebihkan kalori,karbihidrat atau protien,menghindari makanan kaya serat dan makan terlalu banyak makanan yang tiada kalori misalnya makanan ringan boleh menyebabkan perut anda sentiasa lapar dan tidak mampu dikawal.
5. Nafsu makan membuak
faktor: diet yang terlampau tegas,amalan mengambil snek yang penuh lemak dan terlalu manis serta mengambil alkohol dan kafein yang tingi mampu menyebabkan nafsu makan tiba-tiba menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya.
6. Mudah marah dan bimbang
faktor: perbuatan terlalu bergantung kepada kafein dan tidak mengambil makanan-makanan lain yang berkhasiat.
7. Lambat berfikir dan mudah keliru.
faktor: perbuatan menghindari sarapan pagi dan kekurangan antioksidan dan vitamin E.
diet blh biar cara yg betul dan mudah...
ReplyDeletecorrectly.kalau ade tanda2 ni skip diet n refer pada yg pakar =D
ReplyDelete