Serius , jumpa harta karun!

Assalamualaikum.Petang tadi sesi mengemas rumah,menyelongkar almari dan membuang barang tak diperlukan,serta mempacking mana yg elok lagi - kebetulan sabtu ahad isnin nak balik rumah mak mentua,apa lagi - mission menghantar pulang barang2 tersebut sgt lah berjaya hendaknya.

Seperti  minggu lepas juga cuti 3 hari di rumah mak saya , mission seperti ini juga berjaya - tapi segala barang2 bagi kat nephews,semuanya hepi dapat sekotak penuh macam2 souveniers dan sebeg tshirt yg baru lagi tak terusik pun.Semuanya kawan2 bagi  buah tangan bila theyall balik travel from all over the world.Dah tak terlarat rumah kecil kami menampung semuanya,takpelah kalau shared pula ngan orang lain.

Beberapa minggu sebelumnya pulak,adik2 ipar datang bertandang,sempat lah hulur tudung2 bertimbun yang diorang sudi ambik,kebanyakan masih elok cuma dah tak pakai sangat tudung bawal sebab sekarang pakai tudung instant jer kan,daripada buang better bagi pada yg sudi.Alhamdulillah ada yg sudi.

Tapi yang bestnya hari ni,korek almari,jumpa harta karun..berhabuk sudah. 



Hurmm..semua brooch ni sebenarnya di pakai waktu bertudung bawal dulu,masih lagi bekerja ,jadi rajin lah membeli brooch segala,sekarang tudung instant dah tak berapa pakai lagi.Lagipun dah resign duk rumah kurang lah menggayakan semua ni.

Saya pun dah tak ingat kenapa benda ini boleh tersorok kat almari bahagian paling bawah nun.Tu yang tak ternampak tu.Semuanya saya angkut kedapur,capai ubat gigi n berus gigi -my lil dotter punye - tak guna dah berus gigi dia tu hihi.. hah sental semua.. amacam? berkilau balik semuanya!suka suka!ada antaranya yang dah lebih lima belas tahun..jangan tak percaya!


yang ni semuanya brooch size besar2 punya..hehe yang kecik2 toksah story ler..tak snap sebab tak cuci kurang lah berkilauan yg kecik2 tu mmg banyak ..sedang berfikir, nak hadiahkan pada siapa yang sudi.Bolah tahan membazir dulu membeli segala ni,sekarang tahu pulak berjimat cermat,sebab dah ada anak2 kot,jadi automatik jadi penjimat.heh..



Jom guna Fibox gantikan Shoutmix.



Assalamualaikum. Saya dah mula gunakan Fibox ! Oleh kerana semua pun dah sedia maklum Shoutmix tak beri service percuma lagi,jadi memang wajiblah kita cari  free service shoutbox yg baru.Kebetulan saya terbaca tentang Fibox  kat sebuah laman blog..Menariknya Fibox dihasilkan oleh orang Malaysia dan memang wajar kita sokong sebab pemiliknya orang Melayu dan Islam juga.Terima kasih dari sumber maklumat ini,mohd azam blog sila lawati blog tersebut bagi mengetahui kelebihan Fibox.


 
hehe dah siap customize pun.excited kot!

Okey selamat ber Fibox.. nget nget



Blog saya kena removed | apa patut buat?


Assalamualaikum kawan².Apa lagi nak dikata kalau tetiba saya nak view blog semalam around  6pm tapi  tiba² keluar camgini.
Redha sajalah! walaupun dalam hati rasa nak meraung.


Blog saya sudah kena removed.account gmail pun disabled.
semua tak boleh nak acces pun.
selalu dok baca blog milik blogger lain kena removed..
tetiba harini datang pulak giliran saya.
Gelabah la jugak sebab tahap kecintaanku pada blog semenjak dua menjak ni memanglah over sikit..nget nget..
sambil aku termangu mengenangkan nasib,
kebetulan hubby balik dari opis
dia sangat suka hati bila blog wife nya ni kena removed,
takdelah duk menebeng depan laptop,katanya.sengall

So,ape langkah perlu diambil sekiranya blog kita kena removed? 
Dia akan keluar statement camgini ,



senang story,malas nak pening² kepala terus emel ke Blogger Help,
tanya kenapa blog saya disable,
padahal saya tak melakukan sebarang kesalahan
melanggar T&C yang ditetapkan Google.
hah dah bosan pulak dok melangut melayan perasaan geram..
better tak payah duk serius sangat..smile aku sorang² hehe
After send email ,
kuar sekejap antar comforter gi dobi..
my lil dotter bagi  dot dot kat comforter dia huhu..
balik dobi gi singgah pasar malam
sampai rumah kul 10 cuba view blog picisan saya ni,
hooreyy dah okey dah..
rasanya pada yg miliki akaun blogspot tu,hati-hatilah yer..
tak mustahil lepas ni turn you all pulak..
hurm..kalau jadi,cepat2 lah email ke Blogger help.

Alhamdulillah semuanya dah okey..

hubby :( heheh


You're Beautiful | James Blunt







you're beautiful
by james blunt

My life is brilliant.
My life is brilliant
my life is pure
I saw an angel
of that I’m sure,
She smiled at me on the subway,
she was with another man
but I won't lose any sleep on that
cause I got a plan.

You’re beautiful
You’re beautiful
You’re beautiful, it’s true
I saw your face in a crowded place
And I don’t know what to do
cause I’ll never be with you.

Yes she caught my eye,
as I walked on by
she could see from my face
that I was flying high
and I don’t think that I'll see her again
but we shared a moment
that will last til the end.

You’re beautiful
You’re beautiful
You’re beautiful it’s true
I saw your face in a crowded place
And I don’t know what to do
cause I'll never be with you.

Lalalalalala Lalalalalala Lalalalala La

You’re beautiful
You’re beautiful
You’re beautiful it’s true
There must be an angel with a smile on her face
when she thought up that I should be with you.
But it’s to time face the truth,
cause I'll never be with you





Jom tukar nak tak? #2

*post melekat melekit..scroll bawah untuk entry terbaru..!

sebelum tu,KLIK SINI untuk rahsia kecantikan terbaru!


Assalamualaikum. Okey ladys n gents..dengan rasa humble dan muka tak berapa nak malu [nget nget] saya open lagi 'Jom tukar nak tak ? #2'.. hehe ape ke bendanya ni?  Okey relax dulu,sebenarnya setiap beberapa  bulan saya akan cuba bertukar2 feed blog dengan rakan2 blogger yang lain,itupun sekiranya anda sudi,ini dapat membantu meluaskan lagi trafik blog kita dan sesama kita saling membantu.Nak tahu ape tukar Feed? Klik sini okey.

Sesiapa yang sudi,silalah tinggalkan komen anda di bawah ni okey,terima kasih!

jangan lupa KLIK SINI  untuk cari ubat lenguh2 badan dok menghadap komputer jer..!



Wordless Wednesday #18








Mari cantikkan postur tubuh anda..!




Bukan hanya rupa,malah tubuh juga penyumbang terbesar untuk kelihatan cantik.Cuba bayangkan dengan wajah yang cantik,anda kelihatan membongkok ketika berjalan.Tidakkah ini mencacatkan rupa yang sedia ada.Latih dan olah tubuh anda menjadi sempurna untuk menyerlahkan lagi kecantikan.




  • Perhatikan posisi anda ketika berdiri.Usahakan tubuh agar tegak dengan lutut rileks sambil perut di tarik kedalam.

  • tidak perlu tercangak-cangak ketika bercakap.Pastikan leher dan kepala tegak ketika bercakap,ia turut membantu postur tubuh anda.

  • Dalam keadaan duduk,pastikan punggung menyandar dengan baik pada belakang kerusi.Regangkan kaki dengan membiarkan kaki betul2 di atas lantai.

  • Bila anda mahu mengangkat sesuatu bebanan,pastikan bengkokkan lutut untuk meminimakan tekanan pada bahgian punggung dan seterusnya bahagian tulang belakang.

  • Dihadapan komputer pula,tegakkanlah badan.Letakkan bantal kecil untuk lebih selesa.Pastikan sokongan kecil ini benar2 buat anda selesa.





Menderita AIDS.





hihi gambar yg tiada kaitan langsung!


Seorang lelaki sedang menderita kerana kanser.
Anaknya yang keliru bertanya,
"Kenapa ayah bagitahu semua orang yang ayah ada AIDS?"
Si ayah menjawab,
"Bila ayah mati,tak adalah lelaki lain yang kacau mak kau !"
Si anak  =( 
"pulakkk.."



*hehe melawak jer..bagi ketawa penawar duka,mengurangkan tekanan.nget nget..



How am i supposed to live without you | Michael Bolton






How am i supposed to live without you
by Michael bolton

I could hardly believe it
When I heard the news today
I had to come and get it straight from you
They said you were leavin'
Someone's swept your heart away
From the look upon your face,
I see it's true
So tell me all about it
Tell me about the plans you're makin'
Then tell me one thing more before I go

Tell me how am supposed to live without you
Now that I've been lovin' you so long
How am I supposed to live without you
How am I supposed to carry on
When all that I've been livin 'for is gone

I didn't come here for cryin'
Didn't come here to breakdown
It's just a dream of mine is coming to an end
And how can I blame you
When I build my world around
The hope that one day we'd be so much
More than friends
And I don't wanna know the price I'm
Gonna pay for dreaming
When even now it's more than I can take





Ada apa dengan 22 december.



*seminggu dua ni weather tak menentu,kerap sgt hujan lebat,jadi internet broadband automatic bertukar jd monster gorgon berukband,pada yg belum di follow tu sabar yer..tunggu network ok..i follow u dear.. hehe yg kelakarnya aritu join segmen mak dara pun ramai lg  tak dpt terjah blog diorang..lambat sket takpe kot.. tak sengaja ..!



Assalamulaikum,
Ada apa dengan 22 december
semalam 21 december
hari ulangtahun perkahwinan kami suami isteri,



hari ni,
22 december pula adalah tarikh ulangtahun kelahiran puteri sulung kami,
sufi insyirah hari ini sambut ulangtahun kedua.
Jadi saya decided untuk letak je terus twenty2december sbg nama blog,
kebetulan setahun selepas sufi insyirah lahir baru saya sign sebagai blogger.




teringat detik2 hampir melahirkan sufi,
sakit sejak 20hb dec lagi,
dalam hati terdetik baik jugak kalau sufi lahir 21 dec
sama dengan tarikh kami suami isteri diijabkabulkan,
tapi dah takdir
22 dec Isnin 8 pagi lahirnya.. hihi janji selamat semuanya!


Selamat hari lahir puteriku sayang,
bubu doakan sufi agar menjadi manusia berguna dan berjaya
didunia dan diakhirat,Insyaallah.
Semoga jadi contoh teladan yang baik untuk adik Syamim Izzuddin.



Terima kasih Ya Allah
atas segala kebahagiaan yang engkau berikan
padaku sekeluarga.
peliharalah iman kami sehingga ke akhir hayat kami.
amin.




Nuffnang - Buffered earning!





Assalamualaikum.
Entah kenapa semenjak dua menjak ni  broadband dah bertukar jadi monster gorgon berukband.sampaikan arini supposed  publish entry birthday my lil dotter tapi sebab network liat sgt nak upload gambar pun kantaoiii.. adoii tu dah  bg resize sume pic bg small skett pun liat jugak..so lambat2 sket lah story besday gurl.

Kita buat story simple sudah kengkawan.Kebetulan dah hampir 2 minggu tunggu BE dari Nuff akhirnya alhamdulillah,rezeki masuk arini.Rezeki besday gurl.Terima kasih nuffnang! siapa belum daftar Nuffnang tu cepat2 lah join ok.Tak sia sia [promote sehh hee].kalau tak silap ni BE ke 12 [eh ye kot]...





Ada apa dengan 21 December.




Pukul 11.55 malam tadi
reminder telefon suami berbunyi
selepas tu dia - suami - kata
o'owh esok ulangtahun perkahwinan kita
saya kata - nak hadiah , nak hadiah, nak jugakk
suami kata - ayang lah bagi abg hadiah
dalam hati senyum ketelinga
terima kasih lah suami sebab set reminder..ngeettt
saya tak dambakan hadiah pun untuk menggula2kan saya.
ingatan dari suami sudah cukup membahagiakan
lagipun,mmg malam td outing n dinner di luar sebab dia nak celebrate
saya tahu cuma buat bodo jer
kalau slalu sy selitkan kad comel kat poket blazer  suami time nak g office
kali ni mmg takde surprise ape2
biasanya suami send wish via email,
so saya dah tergedik2 check email..
belum ade lagi neh..nanti2 kot
tapi 2/3 hari  ni suami attend course so probability tu low sket lah..
takpe2 semua tu kurang penting,
yang penting kasih sayang berterusan bawa ke akhirat nanti
saya lebih gembira dapat solat berjamaah dengan suami
daripada dapat a bouqet of flower yang boleh tahan seminggu pastu layu
saya lebih hargai pelukan ikhlas sang suami sebelum ke office
daripada nak claim 'free of charge ticket' MAS ke Paris..[hehe ye ker]
ini saya,terus berdoa setiap detik
agar Allah memanjangkan kebahagiaan kami sekeluarga
dengan limpahan rahmat dan hidayahNYA.
amin.
ada apa dengan 21 december..
Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ketiga,suami.

Wordless Wednesday #17






Top 10 Smartphones.




Samsung Galaxy Note



Samsung Galaxy S II






HTC EVO 3D





HTC Sensation


Apple iPhone 4
 



LG Optimus 3D







Sony Ericsson Xperia Arc


 

Motorola Atrix





Nokia N9




Blackberry Bold 9900


*Mana satu pilihan anda ?

Nak kulit cantik,elakkan ini...





  • Kopi
Pengambilan kopi berlebihan boleh menyerap kelembapan dalam tubuh hingga menyebabkan kulit kering dan tidak bermaya.

  • Garam
Terlebih garam dalam tubuh juga boleh membuatkan kulit hilang kelembapan.

  • Piza atau burger keju
Selain ia boleh menyebabkan obesiti,pengambilan hidangan berminyak juga boleh menyebabkan tubuh menyimpan lemak tepu yang berlebihan.

  • Gandum
Ketinggian kandungan selenium dalam roti,pasta dan nasi boleh mengakibatkan radang pada kulit.

  • Daging sejuk beku
Anda mungkin malas untuk pergi ke pasar dan mengambil keputusan untuk membeli daging proses di pasar raya.Tahukah anda bahawa pilihan mudah ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan kulit kerana kendungan garam dan lemak yang tinggi.


Keutamaan Basmalah.



  • Membacanya dapat membuatkan syaitan menjadi kecil.Imam Ahmad bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang ditumpangkan oleh Nabi s.a.w berkata,"Tunggangan Nabi s.a.w tergelincir,maka aku katakan ; 'Celaka syaitan'. Nabi bersabda,'Janganlah engkaulah mengucapkan 'celakalah syaitan'."Kerana jika engkau mengucapkannya,maka ia akan membesar dan berkata : 'dengan kekuatanku,aku jatuhkan dia'.Jika engkau mengucapkan bismillah,maka ia akan menjadi kecil hingga seperti seekor lalat." (Riwayat Ahmad,Abu Daud)

  • Disunnahkan membaca basmalah sebelum memulai pekerjaan,pada awal setiap ucapan mahupun perbuatan,pada awal khutbah,sebelum memasuki bilik mandi.
  • Tidak sempurna wuduk sebelum membaca basmalah.Berdasarkan hadis dalam musnad Imam Ahmad dan juga dalam kitab Sunan dari riwayat abu Huraira,Sa;id bin Zaid dan Abu Sa'id secara marfu',Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak sah wuduk seseorang yang tidak menyebut nama Allah Ta'ala (mengucap basmalah)" (Riwayat ahmad abu Daud,Ibn Majah)

  • Membaca basmalah sebelum jimak kelak anaknya akan dijauhkan dari gangguan syaitan.
  • Menjauhkan rumah dari syaitan.Dari Jabir r.a berkata,saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,"Jika seseorang masuk kedalam rumahnya lalu ia menyebut asma Allah ketika ia masuk dan ketika ia makan,maka syaitan berkata kepada teman temannya, 'Tiada tempat bermalam bagi kalian dan tiada makan malam' dan jika ia masuk tanpa menyebut nama Allah,maka berkatalah syaitan , 'kalian mendapatkan tempat bermalam dan makan malam'.(Muttafaqun 'alaih)

Demikian beberapa keutamaan Basmalah di antara keutamaannya yang banyak.

 

Samsung Galaxy Note




My new desires.The Galaxy Note is a primary device that will minimize the need to switch to other devices while on the go and open up the potential of your mobile experience.A new type of smartphone, borne of insight and innovation.It is the ultimate on-the-go device which consolidates core benefits of diverse mobile devices while maintaining smartphone portability. It empowers you with everything you can ever desire so that you can simply, feel free. It is truly smart.












Wordless Wednesday #16





Jom naikkan trafik blog!






Assalamulaikum.hi mak dara yang gojes,ni 1st time blog humble saya nak join segmen mak dara.Usia blog saya dah setahun..trafik ala kadar jer.. hehe join u yer naikkan trafik..mantop gitu. Jom ler ramai2 meriahkan segmen ni..klik blog mak dara or klik je kat banner atas tu okey.





Nak buang tapi sayang.





dah lama jam loceng ni tinggal skali ngan kami,cute sangat..tapi mmg berhabuk jer atas meja tak pernah dijeling pun padahal jarumnya bergerak,locengnya berfungsi..mmg tak rosak langsung..tapi haram nak guna..nak buang pulak sayang..


ni mmg majalah feveret saya,kalau ingat dulu saya pernah buat entry ttg going places kesayangan saya - klik sini untuk baca.Masaalahnya adalah bila dah bertimbun,tempat pulak takde sangat.Apa lagi si lil dotter mulalah menyelerakkannnya..sometimes digigit macam rabbit..last time magazine feveret - majalah Mingguan Wanita dah welfare kat klinik desa - bolehlah si ibu2 mengandung tu baca2 majalah sambil tunggu turn kan.Magazine Rapi pulak bertimbun dah angkut balik kampung umah emak..  time weekend sume org landing umah emak..terbacalah majalah tu.Yang ni  pulak mmg sayang giler..nak hantar gi klinik pun pikir dua kali..


yang ni cute sangat.sayangnya nak buang,tapi memang tak berguna.nak show pun tak suka sangat.Ni mug n spice punya.hurmm..kasik masuk kotak skali angkut rumah emak..hehe bebel mak semua useless things kasik stor kat umah dia.. nget nget


yang ni kemas2 rumah baru terjumpa.Memang sayang,hampir semua belum di guna.. set berpantang masa anak pertama,tengok date belum xpired lagi.. hurm..nape dulu tak guna ye?urm..ingat balik..ingat balik..entah..tak suka agaknya makan benda2 ni..sampai dah kuar anak kedua..hehe.. bengkung,balm,minyak urut,jamu,akar kayu semua tak terusik.. hubby cakap : membazir je beli!

*selalu sayang nak buang barang yang dah tak pakai..hurm..

5 fakta tip top tentang ibu mentuaku..






1. Di belakang kejayaan seorang lelaki,adalah seorang wanita - iaitu isterinya.Di belakang kejayaan seorang isteri adalah seorang wanita juga - iaitu ibu mentua lelaki tadi.

2. Biasanya seorang lelaki menyayangi ibu mentua isterinya berbanding ibu mentua dirinya sendiri.


3. Orang ketiga - iaitu wanita - memang biasa menjadi punca keruntuhan sesebuah rumah tangga.Biasanya wanita itu ialah ibu mentua lelaki tadi.

4. Seorang suami pasti akan mengeluh apabila ibu mentua hendak tinggal serumah dengannya.Tapi nak buat macamana,memang rumah itu ibu mentuanya yang punya!


5. Seorang isteri bila bergaduh pasti bercakap. "Menyesal saya kahwin dengan awak,kalau saya dengar cakap mak saya 20 tahun dulu,hidup saya takkan jadi macam ni." Si suami akan menjawab, "Pergilah...mak awak pun masih boleh bercakap lagi.."



*ni gurau2 jer sehhh nget nget..maaf lah semua ibu2 mentua yer =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...