Cerita biasa.


Assalamualaikum.





Paling mutakhir saya belajar buat donut.Menggoogle di Resepi.net.Kebetulannya hubby planning bawa cupicira pegi mandi waterfall di Templer Park.So cantik sangat la sekiranya donut pertama saya ni menjadi.Saya bayangkan donut pertama saya hasilkan ni nanti gebu dan sedap.Cantik rupa parasnya macam saya beli selalu -bukan big apple donut yer--jauh sgt imaginasi hik hik.Owh hakikatnya bila dah di goreng,dia jadi kegelapan dan kurang cantik.Tapi bagi saya,ini dah cukup baik sebab gebu dan sedap.Lain kali saya akan cuba perbaiki lagi =)..tak snap sebab donut tak chanteqs.

Sebelum tu saya cuba hasilkan kek pandan.Suami baru belikan oven baru.Jadi sangat excited untuk hasilkan kek untuk insan2 tersayang.Macam biasalah..imaginasi melampaui realiti..kek bantat kuikui.. Memang inilah saya-tak pandai masak apatah lagi mencipta resepi.tapi biasanya saya tak cepat putus asa.Saya akan cuba beberapa kali sampai menjadi.Tapi kemalasan melampau kengkadang membuat saya sanggup membeli dari masak sendiri.Kemalasan membuat kita kehilangan daya kreativiti.Jadi mulai sekarang saya berazam membuang malas dari hidup saya.

Minat sangat makan coklat,tahun ni planning nak attend class buat coklat.Tapi ter'pregnent' [ade kah??] pulak awal tahun ni..morning sickness n kesihatan tak mengizinkan berbulan membuatkan bermacam2 planning -termasuk kembali bekerja -terkantoi begitu sahaja..takpelah labu..tunda next year  sajalah...

Waktu saya menaip post ni,suami saya baru siap masak untuk makan malam.Saya tak suruh pun dia masak.Tapi rasanya 4 hari cuti ni buat dia terajin nak memasak.Cupicira saya baru bangun tidur terus makan jagung rebus.Merengek sikit sebab petang tadi baru dapat injection kat pehanya.

Saya biasanya tiada modal nak buat new post.Cukup untuk tulis apa yg saya fikirkan secara spontan.Lagipun ini blog peribadi.Cukuplah saya tidak menyinggung perasaan  pihak lain atau mengundang kemarahan orang.Saya tidak dambakan komen atau kunjungan visitor.Tapi saya hargai jika ada yang sudi melakukan itu.

Saya tiada sesiapa untuk mengadu.Saya sedari kecil tiada tempat bermanja.Tapi Allah sentiasa ada untuk kita.Mengadu hanya padaNya.






No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...