Tak Mudah Melupakan


Saya kenal dengan Cekgu  lebih kurang 11 tahun lalu.Waktu tu saya bekerja sementara di showroom sebuah syarikat komputer.Cekgu pula masih menuntut di maktab perguruan.Sebab tu saya panggil dia Cekgu.Dia selalu hantar assignment untuk saya tolong taipkan..Orangnya simple dan lucu,tua 3 tahun dari saya.

Bila  lunch hour,dia selalu datang office saya.Agaknya waktu tu dia cuti -dah lama tak hengat.Tapi saya selalu tanya kenapa ngam2 je time dia datang tu time lunch.Macam2 alasan dia buat nak cover.Contohnya  "temankan mom dia ke pasaraya" , " member ajak jumpe tapi cancell", "saje kuar nak tapau mee goreng", "nak tengok keta kat bengkel" , huhu padahal saya tahu dia mmg datang nak lepak ngan saya.Kadang2 dia bawak skali member2 dia .

Selalu sangat spent time ngan cekgu,kami jadi sahabat baik.Saya selalu tapaukan nasi goreng pattaya untuk dia,sebab saya tahu dia pasti akan dtg time lunch.biasanya dia akan makan di rumah,lepas tu saya akan terima sms "sedapnya nasi goreng pattaya hari ni".

Suatu petang dia datang lagi,dia singgah sebelum balik ke terengganu untuk mulakan sesi baru di maktab.Sempat bagi saya sepucuk surat-katanya dia sangat sayangkan saya dan bla bla bla..dah tak hengat sangat apa lagi isinya.Malangnya-saya dah ada boyfriend masa tu.Memang saya tak cakap sepatah kata .Apa lagi nak kata-dah ada bf tp nak gedik2 ngan dia?What?Owhh..hakikatnya mmg saya perlukan dia sebab dia lebih dekat di hati saya berbanding bf saya masa itu.Dia sangat budiman dan memahami.Dia sangat dekat dan caring.Tapi bf saya?sangat jauh..           


*google
          

Tak lama dia kembali semula ke maktab.Saya pulak sambung belajar di ipts di pantai timur.Tapi sesekali time weekend kebetulan kami balik kampung,kami akan hang out kemana saja makan2.Seingat saya dia tak pernah bercakap kasar atau kurang sopan dengan saya.Dia cuma selalu berkongsi suka duka hidupnya.Dia suka kalau saya bg nasihat,di mata dia saya agak islamic sebab dulu saya belajar di sekolah menengah agama.

Entah macamana lama2 kami jadi terlau sibuk untuk lepak2 bersama lagi.Mula2 cuma call n sms,pastu emel saja.lama kelamaan saya jd rindu pada dia sebab kami langsung lost contact.Padahal no.tel masih sama tapi entah knp ia jd berlalu bersama masa.


Bertahun2 tak ambik tahu sesama sendiri.Tiba2 dia datang bertemu saya.Dia tanya saya keadaan saya pada masa itu.Saya gembira dalam hati Allah saja yg tahu.Satu rumah  n housemate tahu saya paling teruja nak jumpe dia.Akhirnya hilang jugak kerinduan saya bertemu lelaki ini yg bertahun saya ingati dan tak pernah lupakan.Kali terakhir saya ingat kami makan kfc waktu kami cuti hujung minggu entah bertahun2 dulu.Saya ingat sebab tarikhnya 14 feb hari valentines .
Saya tengok dia tak berubah langsung.Sama jugak macam yg mula2 saya kenal.Cool je.Buat saya senang hati selalu dan selesa dgn dia.Tapi mcm biasa,saya sebenarnya sgt pemalu dlm hati.Dia tanya kalau saya dah berpunya atau belum.Saya tahu kalau  kata saya single dah tentu dia ajak saya kahwin.Waktu tu,dia dah bergelar guru.Dah ada kerjaya.Kereta pun tak pinjam kereta ayahnya lagi.Dah beli yg baru.

Malangnya,saya dah hampir bertunang waktu tu.Dengan boyfriend saya.Memang cekgu terlambat.Atau saya yg dangkal.Tak tahu memilih.Tapi inilah keadaannya yg berlaku secara semulajadi..ia berlaku tanpa kita rancang dan inilah takdir namanya bila apa yg kita mahu kita sendiri tak tahu usahakannya.Ataupun tak tahu pilih yg terbaik.Ataupun ambik ringan sesuatu perkara walaupun ia untuk kebahagiaan kita di masa depan.
Akhirnya ia berlalu begitu sahaja.Tapi dalam hati saya sangat terluka.Entah kenapa,tiada siapa yg melukakan hati saya..patutnya cekgu yg terluka hati tapi saya yg rasa lebih parah bila perkara seperti ini sering berlaku antara saya dan cekgu.Atau mungkin pendek cerita,mmg tiada jodoh.Sampailah baru2 ni saya balik kg seorang saudara bercerita,cekgu bertanyakan tentang saya.Rupanya dia dah berkahwin dan ada 2 anak.Saya tumpang gembira,kerana dia masih mengingati saya.

Saya tak kata saya masih sayangkan cekgu kerana perasaan ini bercampur2.Itu cerita dulu.Sekarang saya dah cukup dewasa untuk menyayangi dan mencintai kekasih saya yg seorang saja-suami saya.Tapi,tak mudah melupakan kenangan yg satu ini.sebab terlalu banyak kisah antara kami yg tak dapat saya tuliskan.best friend?soulmate?tak tahu mana satu tapi dia istimewa.




"Tak mudah melupakan seseorang,insan yg hadir ketika kita memerlukannya.Orang sentiasa di sisi kita di waktu kesukaran adalah sebenarnya keluarga kita."


 *google

No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...