MOMEN TERINDAH DISEMBER

Assalamualaikum.Dah lama rasanya littleimie tak update blog.Banyak masa terluang sepanjang Disember ni dihabiskan dengan bercuti di kampung keluarga.Kebetulannya cuti sekolah mmg banyak event menarik berlangsung.So masa untuk berblogging  memang agak terhad,facebook pula dah berkurun rasanya tak update status.huhu terasa agak malas sekarang sebab ada banyak perkara lain nak disettlekan sebelum 1 Januari ni.Apepun,tak lama lagi gudbye to 2010..farewell huh? n of course welcome 2011.Dah merangka azam terbaru,sama jer ngan azam tahun baru Hijrah yg baru lepas..expand je ke tahun baru Masihi ok tak? Tapi yg pasti dalam merangka keindahan tahun 2011, beberapa hari lagi menghabiskan baki 2010..harap ada keajaiban berlaku..apa tu??Berdoa my angel cupicira boleh panggil 'bubu'..dah usia setahun dah my baby..jadi sepanjang tahun 2010 ni adalah pengalaman terindah menjaga dan membesarkan si manja ni :D!Upload beberapa gambar untuk shared ngan u ollz..


Resepi Onion Ring





Assalamualaikum.Jom kita cuba resepi onion ring -bawang goreng tepung yg rangup.Kalau nak sedap biasanya beberapa minit selepas di goreng terus makan sementara panas,baru sedap..Saya suke pilih bawang besar yg bentuk dia bulat cantek baru comel bila buat onion ring..kalau yg bujur pun ok..tp ring ade yg bujur ker?heheh..try sini..!!!


Resepi Onion Ring

Bahan-bahan

[4org makan]
  • 2 biji bawang besar
  • 85g tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Kupas bawang besar. Basuh dan keringkan. Potong bulat-bulat lebih kurang 1cm tebal.
  2. Campur gaul semua bahan-bahan kecuali bawang.
  3. Panaskan minyak
  4. Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga perang atau garing.
  5. okey dah siap boleh makan cicah sos n mayo.



BILA AKU BERBLOGGING

Assalamualaikum,hari ni ada sedikit masa untuk New Post dan blogwalking ke blog kengkawan dan juga blog2 yg sudah femes amous..eheh mmg thumbsup bila dapat singgah ke blog yg Follower dah ribu2..entry nya mmg agak mengkagumkan pembaca.Design blognya pun user friendly.Camna nak jadi mcm blogger2 ni?Dapat pageviews ratus ribu dan takyah susah2 nak invite advertiser  menebeng kat blog diorang ni..tak pasal2 $$$$ pun boleh tahan..huhuh rezeki tu.



Agaknya mereka ni mmg banyak masa terluang untuk dunia online kan,kalau tak masakan new post sehari jer 4/5 entry.Aduss tak pening ke menghadap komputer hampir berjam2..kalaulah duniaku banyak terluang seperti itu..Nih terlau banyak perkara perlu diselesaikan.kalau duk menghadap laptop saja dunia offline ku jadi caca merba..lebih diutamakan tentulah dunia nyata yg serba serba memberi impak pada kehidupan masa depan kita.Mmg ada impian untuk melayan blog ku lebih dari biasa..Insyaallah nanti bila schedule telah tersusun bulan Januari kita cuba2 aktif kat sini.Laptop pun tak berapa sihat lagi..almaklumlah dah antik..hehe ni duk komplen laptop ni jap lagi dia merajuk hambekk kehkeh.

Bila aku mula berblogging,aku jadi terlalu asyik mengupdate blog,tochup template..godek2 encik Google dan menggasak Photoscape sampai lar skali satu2 masa smp 10 blog aku open in new tab utk berblogging..tapi aku bukan rajin mengkomen..aku cuma rajin visit shoutbox utk tinggalkan link..dan jd Follower  dengan harapan mereka jd Follower aku pulak.. makk aii itu bulan2 pertama aku menjadi Blogger yg tak sejati.hehe
Tapi 2011 ni aku dah bosan permainan itu semua..aku ada visi yg lebih penting utk disempurnakan di dunia realiti..terlalu ralit dengan dunia maya membuat aku bermimpi ... takut nanti tertinggal yg hakiki.Ada banyak yg belum aku gapai di dunia ini..
Ahah bukan bermakna aku mahu lupakan blog aku,tapi selepas ini aku mahu jadi ikhlas berblogging..apa maksudnya?Maksudnya adalah aku mahu aktif berblogging,membaca dan memahami entry dan memberikan komen positif.Aku mahu tulis Post yang bermakna untuk dikongsi bersama.Aku mahu blog ku matang dan user friendly.Aku mahu Follower yg benar2 ikhlas mengikuti entry di blog aku.Boleh ker?Insyaallah.Orang lain boleh..takkan aku tak boleh!!Langit mendung tebal..berguruh kuat skali..siap ada kilat..orang kata kalau angin takde maknanya hujan nak lama turun ni..ye ker?Pause dulu kat sini..Salam.



Resepi Mashed Potato | kentang putar




Penat memikirkan error pada blog ku yang sangat aneh ni..[bayangkan Add widget pada Page Element dah ghaib!!] dan laptop yg dah berhari2 kembung..pastu aku duk pening memikirkan ape nak bg cupicira makan-my baby ler bukan kucing!huhu
Punyalah dok rajin bubu dia ni cipta resepi bubur yg pelbagai..langsung tak dilayannya,mmg dia tak nak makan bubur.Sabo je lah melayan si manja ni.Paling dia suka kentang goreng,kentang rebus..sume2 yg kentang.takut nanti terlebih karbo..obes pulak anak dara aku nih..hurm..anyway kentang byk jugak khasiatnya kan.Ape pun hari ni cuba buat kentang putar utk cupicira.Dengan sosnya skali.Memang simple dan sedap.urmm :thumbsup:!




Resepi Kentang Putar| Mashed Potato sedap dan mudah
[2orang makan]
  • 2 biji kentang
  • 4 sudu besar susu segar
  • sedikit butter
  • sedikit garam
  • sedikit daun parsley potong halus
Caranya:
  • Kenalah cuci,buang kulit n bersihkan kentang tu.
  • Rebus sehingga empuk[kalau potong dulu pun ok,cepat lembut]
  • Lenyekkan kentang  yg dah masak
  • Panaskan butter+susu+garam.
  • bila dah sebati dan cair,padamkan api kemudian masukkan ubi kentang tadi.
  • Gaul dan  masukkan hirisan daun parsley.
  • dah siap dah jom buat sos pulak!
Sos Kentang Putar
  • 500 ml air
  • stok ayam [secukup rasa]
  • sedikit sos tomato
  • sedikit sos tiram
  • sedikit garam
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 30gm mentega
  • 10gm tepung gandum
Caranya:


  • Stok ayam,saderi dan bawang besar dimasak dalam air hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  • Mentega dicairkan kemudian campurkan tepung gandum.[kecilkan api] 
  • Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  • Tambahkan sos tomato dan sos tiram,garam secukup rasa. 
  • Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
p/s: bagi yg mahu rasa pedas letakkan blackpeper,jika suka warna sedikit gelap tambah kicap pekat sedikit.Ini saya buat paling simple tuk anak saya makan,boleh juga tambahkan Mushroom :O

Selamat mencuba..next time ade resepi Onion Ring pula tau,so check it out!

Nak tahu khasiat ubi kentang? ni dia :
  • kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
  • Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber.
  • Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.
  • Ubi kentang sesuai bagi golongan yang mengalami kekurangan gula dalm darah tetapi menghidap darah tinggi.
  • sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah.
  • sumber yang boleh menjamin sistem ketahanan badan kerana kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di dalamnya.
  • juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ia lebih efektif daripada yang terdapat dalam kacang soya.
  • Kulit kentang pula kaya dengan clorogenic polypherol, iaitu ia membantu mengelakkan mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.
  • hirisan ubi kentang mentah dan juga jusnya dianggap boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis) dan radang otot dan sendi-sendi (rheumatism).
  • Kesakitan biasa seperti salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dapat dilegakan dengan cara melekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih.
  • Sos ubi kentang yang digunakan untuk sos salad  dikatakan boleh mengurangkan luka, mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kesakitan serta pencemaran bakteria.
  • Parutan ubi kentang yang ditepekkan pada bahagian mata mampu menghilangkan bulatan hitan pada mata (dark circles) dan sekiranya dicampur bersama krim putar boleh melambatkan berlaku kedut-kedut di muka.
  • Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan perubatan malah turut menyumbang dalam bidang kecantikan.
Baguskan?makanlah kentang selalu ok :D

resepi mashed potato, resepi kentang putar sedap dan mudah,khasiat kentang,kebaikan kentang, resepi masakan kentang

ADUSS>>>BLOG KU SUDAH MASUK ANGIN!


Assalamualaikum..ni entah hari keberapa aku melayan kepeningan..betui ker ayat ni..haha tensen ada lucu pon ade gak..rasanyer last update blog 9hb lepas pastu suddenly laptop kembung...dah tersadai berhari2 atas meja makan[tempatku melepak layan dunia maya sambil makan2]..tunggu mR.hubby service tak sempat2..hari2 asik balik malam camner nak merawat laptop ku yg dah senget benget ni..tetiba jer kata not found hard disk..mereng betul!!

Jom sihat & Chanteqsss..!!!




Terlebih dahulu littleimie nak ucapkan salam Maal Hijrah 1432 'Satu Malaysia Satu Ummah'. Hehe harap tak terlewat buat ucapan sempena tahun baru kepada kawan2 semua,yang sebenarnya  dah 4/5 hari littleimie tak update blog sebab terlalu busy dan kebetulannya cuti panjang jadi apalagi,balik kampung ler..kalau dah duk kampung tu paham2 ler mana  network nak full bar..
>Azam baru adalah nak buat hijrah secara sederhana tetapi konsisten agar hasilnya lebih berkekalan nanti,insyaallah nak buat [dah start dah] hijrah dari segi fizikal dan mental..doakan yer kawan2..dan apa pula azam  kamO semua..semoga tercapai goal kamO..caiyok caiyok. ^wink^ littleimie percaya,kalau azam dan niat yg baik..Insyaallah Allah beri apa yg kita mahu..asalkan berusaha dan jgn putus asa,paling penting apa yg kita buat nanti memberi kebaikan kepada kita dan insan2 di sekeliling kita.Jangan sesekali kita lupa apa tujuan sebenar Allah jadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.





>Berbalik tadi nak hijrah dari segi fizikal & mental..[dr segi mentaliti  littleimie nak ubah cara berfikir - apply mind power..hehe] Insyaallah dah start dah terutama dari segi physicly..azamnyer nak ubah penampilan kearah yg lebih diredhai Allah swt..amien..apa lagi yg kita cari bila dah berkahwin n ade anak untuk dibesarkan..pendidikan melalui teladan,jadi harap2 anakku nanti menjadi muslimah sejati.Huhu sepatutnya ini semua sudah di'apply'kan sewaktu dolu2 lagi kan..tapi agak terlambat kah ini?owwhh tidakkk..semoga masih panjang umurku ...


>Lagi,littleimie ingin mengurangkan berat badan..dah terover ni OpppSSs belum obess lagi ye cik puan..cuma nak kurangkan 5 - 6 kg lagi camner eh?[1st skali nak detox dulu]..dah bosan cuba pelbagai produk kuruskan badan di pasaran,kali ni buat pilihan paling murah n boleh diterima pakai >ambil diet seimbang.Paling penting nak sihat pastu baru chanteqzz..huhu tak salahkan?Wanita tak boleh dipisahkan dengan isu ni .betulkan?Jom cerita pasal makanan yang menyihatkan.


tengok gambar buah2an ni chanteqs sangat kan..bukan saja cantik di pandang,
sedap di makan,tapi warna2 yg cantik buah dan sayuran ni sebenarnya mempengaruhi kesihatan kita.

>Allah ciptakan sesuatu di dunia pasti ada sebab dan manfaat pada kita.Warna pada tumbuhan terhasil dari fitokimia,bukan saja kelihatan sedap dipandang tetapi juga membekalkan khasiat yg penting kepada kesihatan kita.Sebab itulah kita >especially ibu dan isteri perlu bijak memilih hidangan sayur dan buah untuk  isi rumah.Amalan pemakanan yang baik boleh menjadi perisai tubuh daripada serangan penyakit merbahaya.

>Warna merah pada sebiji tomato adalah disebabkan kandungan lycopene atau karotenoid di dalamnya.Ia bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu tubuh menyerap radikal bebas dan membaiki sel badan yang rosak dan menyahkan toksin yang menyebabkan penghasilan barah.


>Lobak merah pula mengandungi beta karotena,secara semulajadi tubuh akan menukar beta karotena kepada vitamin A jika diperlukan.Pada masa yg sama ia bertindak sebagai ejen antioksida yang melindungi tubuh dari pelbagai jenis penyakit kanser dan jantung,perlahankan kemaraan penyakit mata seperti katarak dari merebak.

>Bromelin dalam buah nanas dan papain dalam betik adalah enzim yang boleh membantu dalam penghadaman tubuh badan kita.Pisang pula membekalkan vitamin B6 yang mampu mengawal hormon.


>Bagi kumpulan sayuran hijau mengandungi glucosinolates,sulforaphane,isothiocyanates adalah ejen antioksida dan mengandungi enzim penyahtoksin asli yg mujarab kepada tubuh.Indoles pula mampu mengelakkan sel-sel badan dari kerosakan sel dan penyakit kanser.


>Brokoli kaya dengan vitamin A,C,beta karotena dan asid folik yang sangat baik.Juga ia tidak mengandungi kolesterol,berkalori rendah dan pembekal folat yang baik.

>Bawang putih,merah dan kucai tergolong dalam kumpulan makanan putih dan berbau tajam.Ia mengandungi allyl sulfides yg juga ejen anti tumor,dapat mengurangkan kolesterol tidak baik dan tekanan dalam darah.

>Kumpulan berwarna ungu samada buahan atau bunganya mengandungi anthocyanin iaitu ejen antioksida terbaik.Termasuklah buah anggur unggu,beri biru,rasberi,buah prun,kismis,kubis ungu,blackurrant tergolong dalam kumpulan makanan ungu.Ia mampu melindungi badan dari kerosakan osidatif yang menyebabkan penyakit jantung,kanser dan penuaan.

>Nak mula berdetox, littleimie suggest produk Juvanex,kesan positifnya boleh dirasai selepas 7hari berdetox,lil imie dah apply 2 kali,setiap tahun akan dapatkan produk ni untuk membuang toksin dalam badan.Untuk info klik sini ok.Tolong promote kamu huhu..


>Amalan peminuman jus dan sayur boleh mula diamalkan selepas ini secara konsisten.Cara menyediakannya juga penting,gunakan susu low fat untuk campuran jus dan sebaiknya jangan campurkan gula sebagai pemanis,biarkan jus tersebut dengan rasa semulajadinya.Sayur pula jangan digoreng,boleh stim kan atau rebus sebentar saja.Paling penting pengambilan makanan yg seimbang mengikut pyramid makanan.



>Makan sekadar mengikut keperluan,juga masih boleh menghayati rasa makanan,makan untuk cantik dan sihat,makan juga untuk rasa seksi..owwhh huhu.Sekian dulu..i nak buat jus ni..bubye dear.


CERITA PAGI AHAD

Assalamualaikum kamO...,
Semoga kamO semua sihat n hepy2 selalu,
huhu pagi2 littleimie dah pOtpEtpOtpEt kat cni..tengah duk tunggu potato fries dalam kuali..
untuk my cupicira..sempat ler bubunyer mengupdate blOg..baguih baguih!
Kena standby terus lepas solat subuh coz packing barang sket2 tuk g jenjalan arini..
kul 8am kena bertolak dahh..lokasi? biarlah rahsia..kwang3..alar takkan setiap kali nak g
sesuatu tempat kena bagitau kamO kan?takleh lar...takde privacy gitu..relax ler ..
kami nak g berekreasi merehatkan fizikal n mental jew di hujung minggu ni..
sO sepanjang harini littleimie takdapat menjenguk blog sendiri n kamO2 juga tau...
ade pahammmm???



*nyumNyum..huhu layan cicah sos n mayo..urmm

Tadi pepagi view blog tengok FOLLOWER dah 98! warghh sukenyer..walaupun orang lain dah ratus2 dah ribu2..tp bg littleimie yg baru blajar berblogging ni angka 98 dah kira orait tuu ^wink^ ..lalalala

CORAT CORET




Oleh kerana harini seolahnya  kurang keja nak diselesaikan..littleimie decide berblogging...lalala.. yang sebenarnya ada bbrp masaalah perlu diselesaikan..tapi daripada dOk tension memikirkan kesulitan itu lebeh baik i mencorat coret...n pOtpEtpOtpEt..bla bla bla..huhu mulalah membebel  aku ni kalau tensen sket..hek eleh tak cool langsung ler minah ni..jgn giler tensen nanti bertambah 1 lg kedut kat bawah mata..uhuk..smiling  :D


*pinjam sat senyum kambing dr Utusan Online

Pernah tak u oll g pasar malam kat umah korang..tapi tetiba je rasa macam kat Bangalore .... ataupun kekadang kat Mynmar..uhuks..itulah yang aku alami bila berkunjung ke pasar malam kat area umah setiap Isnin, Rabu or Jumaat...Aduss penuh dengan warga asing sampaikan conpius mana satu yg melayu yang mana satu foreigner..tapi of course boleh kita bezakan ngan dressing or rupa paras mereka.

Rupa2nya negara kita belanja RM350,000 sehari untuk biayai banduan warga asing huhu banyak tu..agaknya para warden penjara pun rasa suasana yg aku alami bila kat pasar malam..mungkinkah diorang rasa diorang seolah sedang bekerja di penjara luar negara?oleh kerana dikelilingi banduan warga asing ..hehe  :) macam-macam


cupicira 6months old..gambar ni time g cameron we oll g petik strawberry tp dia pulak tdo ngan jayanyer.. kena mengusung dia pOn cam usung sebakul strawberry daa.. bila tengok gambar mybaby terus hilang tensen ni..nak masuk 1year  pOn  22dec ni..ishk ishk dah anak dara cupicira..owh..adakah aku sudah perlu merancang grand wedding day nya??.. huhu beranganlah!! lebih baik aku merancang tuk celebrate 1st bufday anak daraku ini...jeng jeng skali harung ngan anniversaryku nanti  :D hopefully bubu n ayahnya dapat membesar dan mendidik cupicira menjadi muslimah sejati berjaya di dunia dan akhirat amien..ini harapan kami dalam menjaga amanah yg telah Allah swt berikan..Anugerah terindah dalam hidup kami.owhh so sweet my baby u..




>tolong promote skali tuk Wall's hehe..tak tipu icecream ni mmg best gileww..Wall's Selection feveret kami sekeluarga..tapi aku lebeh suke yg Double Dutch.. n mR.hubby suka Very Rocky Road choco flavour..hurm..dua2nya nyum2..ada almond n marshmallow n etc  dalamnyer..korang cubalah kalau tak caye..:thumbsup: lalalalala..anyway makan biarlah berpada..bg balancing pada menu makanan  yg kita ambil wokey..baru sihat n chanteqs gitu..nanti dah obess susah pulak nak bagi slimm balik..ingat tuuu.. littleimie pun nak kurangkan 6-7kg lg nak  BMI yg sepatutnya.






ada kalkulator? telefon? mesti ada kan? ha cuba tengok pada calculator ,pastu tengok pula pada telefon kamu..ada apa yg berbeza selain fungsinya? bezanya pada susunan nombor2nya.. kalau kalkulator no 1 bermula dari bawah sebelah kiri.Telefon pula no 1 bermula dari atas kiri.. kenapa erk?
ni jawapannya yg agak  logik..tertengok kat tv semalam..ini kerana pada zaman dulu kita nak bezakan penggunaan kalkulator dan telefon.jadi mereka ubahkan kedudukan nombornya.tu jer kar?eheh no pada telefon dicipta agak tinggi bg mengelakkan pengguna menekan  terlalu cepat >seolah2 guna kalkulator. ini bg mengelakkan kesilapan semasa mendail..nanti operator banyak komplen..huhu..any comment? untuk pengetahuan saja kan?....

lalalalalalalalal....sampai terlupa ku nak angkat kain diampaian..ujan lebat ni ...daaa



'banyak tanya betul'

Oleh kerana dah kena tag so littleimie  decide nak buat post 'banyak tanya betul'.... pagi2 ni
Jom layanzz soalan yg simple tapi berjela2 ni..tarik nafas dulu...fuhhhh
kwang kwang kwang
instruction : once you are tagged, answer all the questions honestly


Person who tagged : Me Suya
Starting time : 8.30am

Name : littleimie
Full name : imie fatimah MS
Sibling(s): 7 >the youngest one
eye colour : Hitam sama ngan parents aku [tak yah cek DNA :P]
Shoe size : 5 or 6 (depend)
Height : 162 cm
Where do you live : Subang airport >nearlah
Hair : strait quiet frizzy gitu

What are you wearing right now : black tshirt with pink sluar tdo
Favourite number : 21450
Favourite drink :ice lemon tree , tembikai laici
Favourite month : any
Favourite breakfast : sandwich + coffee

SEKITAR MAHA 2010


26Nov - 05 Dis 2010
10am - 10pm
MAEPS,Serdang Selangor


Inilah aktiviti aku beberapa hari ni.Melepak -lepak sambil menimba ilmu di tapak ekspo MAHA. Ni memang event favourite kami sekeluarga..last 2 years pun kami berulang alik ke ekspo ni gak..yang ibu2 memborong pokok bunga..ayah2 pulak memborong buah2an n  pokoknya skali.. yang kami2 ni dok pusing naik tram n memborong apa yg patut sambil cuci mata plus plus tambah pengetahuan...cuti sekolah tambah lg kalau g weekend  mak aiii crowded tapi takper ada tempat massage tuk yg berpenat lelah tu..ni sebahagian saja gambar2 yg sempat  di ambil.. layannnnn.. zasss lalalala



kat sini dah disediakan tram n bas untuk anda pusing2 ke tempat yang kamu mahu pergi...lalala naik je lah kalau tak nak patah kaki kepenatan huhuh

AKU MEMILIH UNTUK 'HEPY'

Assalamualaikum,
>sehari suntuk ni aku 'mengupdate' blog.Bukan ape tau,kengkadang tu aku tengok blog aku ni cam zoo pon ade..time pepagi celik mata tengok blog pulak aku rasa hepy..sebab colourfull [ aku mmg suka fancy n kaler2 ni > anyway kena gak berpada2 kan]..kaler2 ceria bagi motivasi gak kat aku yg pemalas ni..huhu kiranya poyo lar aku ni memuji blog sendiri..alar aku tak kesah pon apa kate orang..tapi logik lar aku dah mulai busssan ni nak tukar template kot..berselerak ni aku poning pun ade gak..
>banyak gak aku blajar benda2 baru  arini..alhamdulillah,kiranya ini pon cam hidayah dari Allah swt juga kan..bila kita blajar sesuatu yg baru dan memberi manfaat dalam hidup..contohnya : Bila aku baru tahu tentang sesuatu,terus aku terfikir..lambatnya aku dapat tahu..orang lain dah tahu  dulu,maknanya aku dah agak ketinggalan..next time aku perlu lebih sensitif,berdaya saing dan explore.

Blog Peniaga Online






Salam semua blogger,

KHAS KPD BLOGGER2 YG ADE BLOGSHOP!!!!!!!!!

JOM KITA BERKUMPUL KT SINI


BLOGPENIAGAONLINE

hari ni jenjalan singah blog kengkawan,
terserempak plak ngan
Himpunan Blog Peniaga Online..
terus join.u oll nak join klik sini ok.






My favourite movie - once upon a time lerrr

>ni  feveret movie i time bebudak dulu..
tetiba aku teringin mengimbau kenangan silam
zaman bebudak,
zasss cepat jer jariku search terus pada cite2 ni..
tahun bila aku dah tak hengat.. sowi lah yer
>u oll mesti ingat lagi pada cite2 ni kan..


heidi > dolu2 nengok cite ni sedey ni
tapi lokasi dlm filem ni pergh cantekks
sangat so bertambah ler suke nengok.

Salam Eid ul Adha 1431H



> Salam aidil adha kepada muslimin muslimat di seluruh dunia,semoga ibadah haji,ibadah korban kita di terima Allah SWT. Tahun ni eid ul adha i sambut kat kampung hubby, pastu baru balik kampung sendiri..tak jauh pon cuma 2-3 jam perjalanan kalau jalanraya tak sesak =P This year bapaku buat ibadah korban lagi sekor lembu..sama jugak cam tahun2 sebelumnyer..

> Urmm.. nak minta maaf gak pada bbrp org customer yg order di blog tapi 2/3 ari ni tak terlayan..sebabnya adalah - laptop i tertinggal di rumah ketika menghabiskan cuti di kampung.. sesampainya disana baru sedar ia sudah tertinggal.. :( sowi yer..anyway pesanan kamu akan di proses secepatnya,bagaimanapun terpaksa juga ia di pos selepas hari raya haji..kerana kamO memberi alamat opis..nanti  off day kan???

Next Trip >>> Roses English Vantage Collection!

Assalamualaikum ,
>ni hobby baru i..hehe English Vantage gitu..baru nak berjinak2 ni..tak nak semak2 sangat nak yg simple2 jer..
 >Next trip i nak borong Roses English collection nak jual pada yg berminat..ok tak?
>sesiapa yg minat.. tolong ler share kan kat sini yer apa yg diingini dan paling di minati..dining set ker..bed set ker..etc..or koleksi DIY yg u all dah hasilkan..
"..sharing is caring right ..ke3"



> yg paling femes amous of course lah kaler pink red tu kan..yg sebelah ni colour jingga pink..tak berapa nak popular gitu..tapi i still minat jugak..

>sesiapa yg de info lebeh tu attach ler link kat i yer..
kalau bley i nak carik info ttg koleksi ni bebanyak..

>orait...nanti i survey2 dulu kat kedai tu mana yg paling cunn meletopp!!

bubyee....



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...