BILA AKU BERBLOGGING

Assalamualaikum,hari ni ada sedikit masa untuk New Post dan blogwalking ke blog kengkawan dan juga blog2 yg sudah femes amous..eheh mmg thumbsup bila dapat singgah ke blog yg Follower dah ribu2..entry nya mmg agak mengkagumkan pembaca.Design blognya pun user friendly.Camna nak jadi mcm blogger2 ni?Dapat pageviews ratus ribu dan takyah susah2 nak invite advertiser  menebeng kat blog diorang ni..tak pasal2 $$$$ pun boleh tahan..huhuh rezeki tu.



Agaknya mereka ni mmg banyak masa terluang untuk dunia online kan,kalau tak masakan new post sehari jer 4/5 entry.Aduss tak pening ke menghadap komputer hampir berjam2..kalaulah duniaku banyak terluang seperti itu..Nih terlau banyak perkara perlu diselesaikan.kalau duk menghadap laptop saja dunia offline ku jadi caca merba..lebih diutamakan tentulah dunia nyata yg serba serba memberi impak pada kehidupan masa depan kita.Mmg ada impian untuk melayan blog ku lebih dari biasa..Insyaallah nanti bila schedule telah tersusun bulan Januari kita cuba2 aktif kat sini.Laptop pun tak berapa sihat lagi..almaklumlah dah antik..hehe ni duk komplen laptop ni jap lagi dia merajuk hambekk kehkeh.

Bila aku mula berblogging,aku jadi terlalu asyik mengupdate blog,tochup template..godek2 encik Google dan menggasak Photoscape sampai lar skali satu2 masa smp 10 blog aku open in new tab utk berblogging..tapi aku bukan rajin mengkomen..aku cuma rajin visit shoutbox utk tinggalkan link..dan jd Follower  dengan harapan mereka jd Follower aku pulak.. makk aii itu bulan2 pertama aku menjadi Blogger yg tak sejati.hehe
Tapi 2011 ni aku dah bosan permainan itu semua..aku ada visi yg lebih penting utk disempurnakan di dunia realiti..terlalu ralit dengan dunia maya membuat aku bermimpi ... takut nanti tertinggal yg hakiki.Ada banyak yg belum aku gapai di dunia ini..
Ahah bukan bermakna aku mahu lupakan blog aku,tapi selepas ini aku mahu jadi ikhlas berblogging..apa maksudnya?Maksudnya adalah aku mahu aktif berblogging,membaca dan memahami entry dan memberikan komen positif.Aku mahu tulis Post yang bermakna untuk dikongsi bersama.Aku mahu blog ku matang dan user friendly.Aku mahu Follower yg benar2 ikhlas mengikuti entry di blog aku.Boleh ker?Insyaallah.Orang lain boleh..takkan aku tak boleh!!Langit mendung tebal..berguruh kuat skali..siap ada kilat..orang kata kalau angin takde maknanya hujan nak lama turun ni..ye ker?Pause dulu kat sini..Salam.



2 comments:

  1. In Shaa Allah.. saya akan jadi anak murid yang pertama yang akan mencontohi kamu.. hehe.. teruskan berkarya dengan ikhlas dan halalkan ilmu yang di share..kepada pembaca.. k..

    ReplyDelete
  2. Di awal penglibatan ku dalam dunia blogging aku kerap mengubahsuai theme blog aku.. Artikel lebih banyak copy paste ja. Tapi kini aku banyak buat kajian sebelum mengeluarkan sebarang artikel.

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...