Sarung ~



Aktiviti tatkala balik kampung, pertama kalinya saya tahu buah nangka ada sarung yang cunnn..selama ni mak saya balut guna baju buruk je..ni balik kampung tengok mak mentua dan suami membuat sarung nangka. Cantiklah, guna daun kelapa atau  sawit.. Sampaikan ralit sufi dan syamim tengok ayahnya buat, nenek pun baik hati buatkan budak berdua ni pangkin kat bawah pokok nangka tu,seronok diorang melepak.




Ni kiranya makeover la sarung buah nangka tu, dari sarung baju buruk ke sarung yang cantik.. sampai kena serang kerengga  si suami panjat pokok nangka tu nak tukar sarung punya pasal.Bukan nak bodek laa,tapi suami saya ni mmg anak soleh..mak dia memang goyang kaki je kalau anak solehnya ni balik..pintu tercabut dia baiki, gril karat dia catkan semula, racun baja sawah semua dia gi borongkan..apa lagi..paip bocor dia betulkan..Tebang pokok ke hape mmg tunggu dia ni balik.. kalau nak raya mmg suami yg kemaskan pelosok rumah tu, thats why mak sayang lebih kat dia..agaknyalah..hehe alhamdulillah..mintak mintak turun perangai ni kat anak anak.ameen.


Haa kan comel gitweee



3 comments:

  1. dah lama tak tengok sarung nangka ni
    biasa pakia baju lama :)

    ReplyDelete
  2. baju belang2 tu guna tuk sarung nangka juga ke?..

    ReplyDelete
  3. kreatif ni...kira macam ketupat nangka dah tu..huhu..untung dapat suami rajin...

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...