Jimmy Shanley nikah lagi, comel isterinya ~


Jimmy Shanley nikah


Setelah hampir 2 tahun menjalani kehidupan sebagai duda, akhirnya pengacara dan juga pelakon terkenal Jimmy Shanley dan Mariam Jamilah Abdul Jalil sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz yang berwalikan bapa kepada Mariam, iaitu Tuan Haji Abdul Jalil dengan mas kahwin berjumlah RM 1,000.


Manakala wang hantaran berjumlah RM 15,000. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Tuan Haji Nurul Hisham yang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam Selangor 6.20 petang. Turut hadir adalah ahli keluarga dan sahabat handai terdekat termasuk di kalangan artis dan selebriti tanah air.


Pihak lelaki membawa 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak perempuan. Barang-barang hantaran seperti jam tangan G-Shock dan tali pinggang Louis Vuitton, wangian Armani Mania, sepasang kasut Louis Vuitton, jubah, set kemeja Dolce & Gabana dan sirih junjung. sumber rotikaya


No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...