Balik kampung ~



Lama tak balik kampung, sebab Sufi Insyirah kan dah masuk sekolah tahun ni, so memang jarang boleh balik kampung belah  ibu atau belah ayah.Kalau tak balik yg sana, maknanya tak balik jugak yang sini.Kalau minggu tu balik sana, minggu depan pulak mesti balik sini.camtu lah gilirannya. Kali ni balik rumah mak mentua lama sikit mengeramnya, tapi padi dah tuai so tak snap gambar sawah padi yg cantik. 


Tapi tengah musim buah mangga kan, tu yang seronok hari hari mengadap colek mangga..adeii ni dah terliur lagi dah ni..pokok mangga depan rumah je,jolok je kalau nak makan..kan bahagia gitu haha


Petang pertama kat kampung teruja nak fishing kat sawah..kan dah kata memang rezeki..dapat ikan haruan besar gedabak..sungguh tak percaya..kerana ini first time saya cuba cuba akhirnya berjaya..berjaya melihat je ya..sebab yg dapat my suami sebenonya ,hehe  rugi tak ambik gambo si Haruan..besar lengan saya tau.. petang tu jugak mak mentua siang malamnya goreng dan masak pedas.. adeiii  makan gitu je ngan nasi panas mmg terbaiklah ya..


Dah biasa dah ngan nyamuk segala..tapi sebab kalini duk lama maka macamnilah memang kaki sufi Insyirah..dah kena serang nyamuk pastu dia garu sampai luka luka..kalau balik Sungai Sireh memang tak dapat elak..nyamuk suka sangat ngan kitorang..inilah solutionnya...

^

^

^

^

^



First time Sufi dan Syamim tidur berkelambu.. panas  betul tak tembus kipas angin..tapi kat kampung taklah sepanas duk bandar. Apepun  selamat nyamuk poning tak dapat masuk,padan muka nyamukk..teringat pulak zaman kecik kecik dulu tidur berkelambu..budak zaman sekarang,siap tanya apa bendanya ni..

Tulah storynya balik kampung..seronok sangat dua budak bahagia ni terlepas bebas takde sekatan macam duk rumah sendiri.. siap kena kejar angsa jiran sebelah.haha


2 comments:

  1. best nyer balik kg yg bebetul kg.
    emak abah aida and mak mertua dok kat bandar...
    ada pun kat umah emak abah aida ialah pantai :-)

    ReplyDelete
  2. asal nymuk suka gigit org ek?
    nymph..

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...