Bawa anak ke masjid susah tak ?


Assalamualaikum,selamat berpuasa semua yg berpuasa ya..yg tak puasa tu tak payahlah ambik ucap selamat ni.. hihi. Alhamdulillah dapat balik kampung puasa 1 Ramadhan ni, sahur dan buka di kampung walaupun malamnya terus balik rumah sebab husband keje tapi Sufi dapat cuti awal Ramadhan , so dia tak sekolah. Adeii sesak la jalan sekarang, sampaikan ke Bazar Ramadhan tu takleh nak gerak kereta..pastu jalan bersesak dalam bazar tu.. jadi hilang mood nak nengok kuih muih, ni story kat Banting.. next week balik Tanjung pun macam tu juga ler..


Ni dah berazam awal tahun lagi, terawih dan solat raya kali ni mesti  bawa anak ke masjid, sebab diorang macam dah boleh kawal  sikit walaupun syamim masih berpampers, kalau nak tunggu diorang besar sampai kesudah ibunya tak kemasjid nanti, yelah mana boleh tinggal kat rumah mana ada siapa nak jaga..

So terawih pertama tu decide bawak diorang, dah bincang ngan husband kalau diorang hyper tak boleh kawal, buat terawih 8 rakaat je..kalau ok boleh perabis.Risau tu sebab dua orang ni mmg lasak..takut ganggu orang lain pulak.Takut main sampai keluar kawasan masjid nanti hilang ..kan terlalu banyak kes culik sekarang kenalah fikir sume tu..

Pergi masjid kat kampung ngan makcik n cousin diorang.. syamim ikut ayah sufi ikut ibu... memang ramai budak budak, lega sikit sebab nanti diorang ada kawan la kan.Alhamdulillah, so far diorang okey sangat sebab sebelum pergi dah advice beribu kali  supaya jaga akhlak kat masjid.

Abis 8 rakaat terus tanya husband, ok tak syamim meragam tak.. tapi dia okey main dan tak meragam so continue la smp habis, kak sufi dah kepanasan penat dia duk diam diam,bagus.So nnt kat shah alam boleh bawak lagi.Budak baik..sayang sufi dan syamim.

Hilang kerisauan selama ni ,bawa anak kecik ke masjid, tak susah mana , kita kena bagitau awal awal jaga akhlak dan tak mahu ganggu orang lain..kita pun kena faham mood anak, kalau haritu dia okey bolehlah pegi kalau rasa lain macam takyah le pegi.. kalau meragam teruk sangat balikla awal sikit kan..nak melentur buluh parents kenalah banyakkan bersabar.. till then,wassalam.



1 comment:

  1. tak berterawih tahun ni sebab anak pun masih kecil lagi...

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...