Sinopsis Drama Sedetik Cinta ~ Awal Ashaari dan Hanez Suraya





Drama Sedetik Cinta di Slot Akasia TV3 Jam 7pm  setiap Isnin ~ Khamis


Pelakon Sedetik Cinta: Awal Ashaari, Hanez Suraya, Tunku Hanis, Ridzuan Hashim, Khaty Azean, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Sofian Bujang, Fizz Fairuz, Zarynn Min, Nor Albaniah, Rahim Kidol, Puteri Fatin, Qazem Nor.

Sinopsis Drama Sedetik Cinta
Sedetik Cinta mengisahkan pengorbanan seorang adik, Emilia (Hanez Suraya) yang terpaksa berkahwin dengan kekasih kakaknya, Hakimi (Awal Ashaari). Ia bagi menyelamatkan maruah keluarga selepas kakaknya, Alisya (Tunku Hanis), nekad lari dari rumah sehari sebelum majlis pernikahan meretawaran menjadi model antarabangsa.

Walaupun menyintai Fuad, rakan sekolahnya, Emilia terpaksa akur apabila Hakimi bersedia menerimanya sebagai ganti Alisya.


Tanpa diketahui sesiapa, Hakimi sedia menerima Emilia selepas bapa Emilia, Taufik, bersedia menyerahkan separuh daripada hartanya jika Hakimi sanggup berkahwin dengan Emilia dan berjanji tidak akan menceraikannya.


Bagaimanapun kerana rasa terhina dengan sikap Alisya, Hakimi menjadikan Emilia sebagai tempat dia melepaskan dendam dan marahnya kepada Alisya hingga kehidupan Emilia penuh dengan penderitaan.


Sinopsis Drama Sedetik Cinta  lakonan  Awal Ashaari dan Hanez Suraya, sinopsis, gosip artis, hiburan, 

No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...