Hari mengundi jatuh pada Ahad 5Mei 2013~ Mari buat Semakan Daftar Pemilih.










Baru tadi Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya mengumumkan tarikh-tarikh keramat untuk Pilihanraya Umum ke13  bagi kita rakyat Malaysia :


Tarikh penamaan calon: 20 April 2013 (Sabtu)

Tempoh berkempen: 15 hari selepas penamaan calon.

Tarikh mengundi: 5 Mei 2013 (Ahad)




Tahun ni hari mengundi jatuh pada hari ~ sehari selepas hari jadi saya yg ke dot dot dot.Aisy..ko nak sorok  fakta usia ye? ekeke..harijadi saya pada 4 Mei, undi 5 Mei MAKA wajib balik kampong saya ye encik soami [sambil kasi #tag kat soami huhu.] Tu dia.. tahun ni kiranya dah berapa kali korang mengundi ? atau baru pertama kali? Pangkah siapa,nak tahu boleh? ishk ishk ke korang jenis yg suka buat undi rosak..kehkeh ewahh melampau nak tahu rahsia pengundi..atau kau orang ni status pengundi hantu ? wahh celupar kau mulut..

Hape2 ajelah, marilah semak status korang disini ya SEMAKAN DAFTAR PEMILIH di http://www.spr.gov.my/ atau ingin tahu tentang urusan pilihanraya ke-13 sila ke sini http://www.pru13.gov.my

Semakan daftar pemilih melalui SMS

taip SRP   SEMAK  NO. IC  dan hantar ke 15888


Anda juga boleh membuat Semakan melalui talian telefon

Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)Bagi anda yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :


(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia

Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62690 Putrajaya

No. Telefon: 03-88856686


(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri


(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara


(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach

Tiada aktiviti ketika ini

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri



(f) Senarai Penolong Pendaftar


SELAMAT MENGUNDI!!


http://www.pru13.gov.my, http://www.spr.gov.my/, SEMAKAN DAFTAR PEMILIH, tarik hari mengundi PRU13, Semakan daftar pemilih melalui SMS,Semakan daftar pemilih melalui talian telefon

1 comment:

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...