Pelik ~ Tengkorak aneh ditemui di Mexico





Tengkorak luarbiasa  ditemui di tanah perkuburan Mexico.Rupa bentuknya hampir sama dengan makhluk asing atau watak predator.Dipercayai berusia 1,000 tahun, telah ditemui berhampiran perkampungan kecil di Mexico Onavas.




Ahli-ahli arkeologi di Mexico hari ini mendedahkan bahawa tengkorak yang menakjubkan ini sebenarnya bukanlah tengkorak alien atau makhluk asing seperti yang heboh diperkatakan, tetapi ia sebenarnya adalah rangka manusia  yang menderita di waktu hidupnya kerana penderaan pada tengkorak kepalanya.



Ia dipercayai  yang pertama di rantau ini menunjukkan amalan mengikat tengkorak untuk menukar bentuknya.

'Ubah bentuk tengkorak dalam kebudayaan Mesoamerika telah digunakan untuk membezakan satu kumpulan sosial daripada yang lain dan bagi tujuan ritual,' kata ahli arkeologi Cristina Garcia Moreno, pengarah projek penyelidikan.


Arkeologi mendedahkan topi keledar emas dan 90 khazanah Anglo-Saxon juga sebagai penemuan yang menakjubkan."Tanah perkuburan terdiri daripada 25 individu, 13 mempunyai ubah bentuk tengkorak yang disengajakan dan lima lagi mempunyai gigi yang dicacatkan.Keunikan  ini menunjukkan campuran tradisi dari kumpulan yang berlainan utara Mexico, "kata Moreno.
Sumber http://www.dailymail.co.uk













No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...