December Birthday gurl ~ Majlis doa selamat paling simple~






Assalamualaikum readers, Ahad yang baru lepas ni, kami semua adik beradik sempat berkumpul di kampung ~ rumah emak di Banting,cumanya Kak Long kat Pasir Mas je yang tak ada,mintak tolong semua readers doakan kesihatan kakak sulung saya ea, kami sekeluarga pun tak putus kirim doa semoga cepat Allah sembuhkan penyakitnya.

Kembali ~ kami berkumpul untuk majlis doa selamat paling simple, Birthday gurl my dotter Sufi Insyirah 3 tahun dan sepupunya Nur Iman Athirah 7 tahun. Sekali harung la kan sebab bulan Disember, Sufi 22 Dec dan Iman pulak 17 Dec , sekali Anniversary saya dan suami 21 Dec, 4 tahun dah kami berumahtangga. Semoga semuanya baik`baik sahaja, kami ingin positif mengharungi hidup~ kalau selagi namanya manusia sudah pasti Allah sentiasa datangkan cabaran dugaan dan ujian~ hidup perlu diteruskan, saya percaya selagi kita ingin dekatkan diri padaNYA,maka Allah pun akan semakin dekat pada hambaNya.

Kami mmg buat majlis paling  sederhana,semuanya last minute preparation dan fast food je..sebab malam tu saya pun baru sampai dan esoknya terus nak balik rumah mak mertua pula,mana sempat nak planning masak memasak pulak kan,kek pulak disponsor ibu Iman, hari Ahad paham2 je mmg byk sold out Alhamdulillah dapat gak akhirnya beli.Paling penting anak`anak hepi dan juadah tak membazir.Terima kasih Atuk bacakan doa,till then wassalam.











2 comments:

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...