Harum sangat bau pokok pudina ni , fresh macam ada calit ubat gigi pada hidung bila cium dia.. cerr tanam banyak banyak di halaman rumah mesti segar je bau harum rumah kita kan.Ramai peminat daun pudina ni, bila dah gemuk sikit mulalah daun dia abis kena makan peminat peminatnya ~ sang belalang dan ulat. Sama kes dengan pokok kunyit , kangkung dan pegaga gergasi yang saya tanam, bijak pulak serangga ni pilih mana sedap berkhasiat tu la yg diratahnya, kalau tak pekena racun serangga.. habis botak cin pokok kita.. sabo jelah ~
Saya beli di market, biasanya kami suami isteri beli daun pudina, utk buat jus detoks, daun pudina bersama hirisan lemon dan timun, tu yg selalu beli. So saya rendamkan beberapa batang pudina ni dalam air ,bila dah keluar akarnya terus tanam. Cuba dua tiga kali juga baru mahu hidup. Sangat bermanfaat dan menaikkan bau masakan, elok sangat la kalau tanam sendiri,lagipun setiapkali penggunaan mmg tak guna banyak jadi daripada selalu beli kemudian simpan stok lama sangat dalam peti ais pun dia akan membazir juga sebab daun pudina ni cepat rosak, my suggestion,rajin rajinkanlah tanam sendiri, jimat, everytime nak guna baru petik sikit dan banyak pulak khasiat lainnya, baunya pulak... urmmmm segar .senang sangat nak tanam tau~
Daun Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha, Siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila dikunyah ini mempunyai manfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan.
- Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
- Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.
- Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
- Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
- Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
- Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.
- Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
- Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.
- Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
- Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
Teh pudina boleh digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. .
Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).
sumber : http://panduan-tips-petua.blogspot.com/2014/04/18-khasiat-dan-kebaikan-daun-pudina.html
No comments:
Post a Comment
thank you for ur comments!