Bercucuk tanam ~ Daun Saderi


 Daun Saderi celery

Lama dah saya cuba tanam pokok saderi atau senang je panggil daun sup, sebab kita wajib masak sup bubuh daun ni kan. Dah cuba tanam guna pokok yg beli dipasar tu, memang dia akan subur, tapi sekejap je.. tengok le gambar bawah ni.. dia terkulai je setelah subur cantik beberapa minggu tu, Tak ikut petua yang mak saya bagi agaknya, katanya boleh tanam guna pokok yg kita beli di pasar tu tapi kalau boleh jangan masuk dalam peti sejuk dulu, lagi saya baca , dah kerat  bahagian daun yg kita nak masak tu, kemudian bahagian yg berakar tu rendamkan dulu dlm sedikit air selama 1 hari , kemudian baru cuba tanam, letak pasu di tempat redup. 



Kemudian cuba tanam guna biji benih , siap beli masa pergi ke Cameron Highland aritu , banyak jugak la cuba semai, tapi dia tak mahu membesar , kecik je  saiz jari  kita ni, ada satu pokok tu dia nak besar tapi sebab kita letak pasu tu tepi longkang belakang dapur..hehe jadi tempat lepak encik katak menumpang tidur sampai kemek kemek pokok yang nak kembang tu..sabo ajelah.. Last sekali pergi nursery bunga tu beli sepasu RM8.. geram tengok gebus gebus .. letak kat tepi tingkap dalam dapur je.. setakat ni alhamdulillah okey..sihat walafiat.Dah senang nak masak sup kerat je sikit sikit daun dia.

biji benih daun saderi

KHASIAT DAUN SADERI @ DAUN SUP

Daun Saderi atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.

Kegunaan

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalamdarah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

Penanaman

Beli Daun Sup dari pasar yang mempunyai akar. Rendamkan pokok daun sup itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari. Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 - 2 inci. Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ia akan reput.

Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.
kredit http://segalanyadisini-chindek.blogspot.com/2010/05/khasiat-daun-saderi-sup.html


7 comments:

  1. ya la SB tu yg jarang online tu.. ada masa melayan bunga boleh tanam macam-macam..

    ReplyDelete
  2. cantik segar, rimbun je daunnya
    teringat dalam program afc
    nak masak je petik kat dapur, senang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg senang kak nak masak kerat je sikit, lagi satu bila masuk dapur seronok je tengok pokok merimbun.. terapi diri

      Delete
  3. tu la ... nk guna sikit je tp kena beli seikat klu dpt tanam mmg berbaloi la ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sometimes beli seikat pastu bakinya busuk dlm peti tak guna kan..

      Delete
  4. Bestnya kalo dapat tanam macam ni kan.
    Tak payah dah nak beli2.
    Ambil je dari pokok yang kita tanam ni.
    Nak try la..

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...